Memaparkan catatan dengan label Muhasabah Diri. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Muhasabah Diri. Papar semua catatan

Isnin, 10 September 2012

Akhirnya... Miss Ahjumma...

Hari ni tiba2 ada mood nak mengarang dlm blog ni.. kejap rajin.. kejap x der idea nak karang, bersawang pulak blog ni aa.. hehehe,,

Bukan nak hebohkan status.. tp at last.. yg tak nak sgt2 status ni.. diri ini kena terima hakikat bahawa dengan rasminya, jad jugak Miss Ahjumma.. (sesapa yg pernah tengok cerita bersisi korea tu.. tau laa kan.. ) I'm a single mama.. ^_^

Bukan nak berbangga dengan status ni.. bukan jugak nak kata tak sedih.. if ikut rasa sedih  hati yg gundah gulana disebabkan oleh orang yg dah memang bukan jodoh kita.. buat apa?? Menangis air mata darah sekalipun.. Allah dah tentukan bahawa dia bukan jodoh kita.. Teruskan hidup..
Menangis laa semasa dikecewakan.. menangis & meratap lah semasa di sakiti. tapi menagis & meratap serta mengadu pada Allah SWT.. Insya Allah.. setiap apa yg kita tempuh ada jalannya..

Alhamdulillah, berkat doa mama tercinta.. dorongan adik beradik.. ipar duai.. kawan2 tersayang.. bangkit dari rasa sedih &  kecewa.. anggap ini hanyalah secubit ujian yg Allah uji utk diri ini.. bersyukur kerana ujian Allah ini tak seberat dan seteruk drpd orang lain..Allah bg ujian ikut kemampuan hamba-Nya kan?? yakin.. dengan apa yg Allah firman dlm ayat suci al-Quran dan yakin dengan janji Allah..

Petikan dr fb Suzana Ghazali.. (memang minat sgt2 setiap tulisan & kata2 yg di publishkan..memotivasikan diri ini agar segera bangkit dr sakit dan jatuh)..

"Kita tak mungkin dapat mengubah sikap malah hati orang lain. Tapi kita boleh berusaha agar hatinya malah sikapnya berubah menjadi lebih baik. Usaha bermaksud laksanakan tindakan yg perlu beserta doa mohon yg terbaik drp-Nya. Jika DIA izinkan, insyaAllah usaha dan doa kita berhasil. Paling penting, pastikan setiap usaha dan tindakan kita tidak melanggar kehendak syariat. Matlamat tidak menghalalkan cara. Tak ada ertinya suami atau isteri kembali mengasihi setelah dia dikenakan air jampi. Anda takkan tenang dan bahagia biar dia kembali anda miliki sedangkan anda tahu, DIA tidak suka dengan ikhtiar anda biar DIA izinkan-Nya. Apalah ertinya cinta manusia jika anda disisih daripada rahmat-Nya?"

"Jika sayangkan seseorang; jangan dicurahkan semua kasih sayang yg ada. Simpan sedikit untuk diri sendiri agar diri kekal dihargai. Jika percayakan seseorang; jangan diberikan sepenuh kepercayaan. Biarlah berbaki sekelumit curiga agar anda dapat berhati2 dan tidak dianiayai. Jika sakit hati dengan seseorang; usah dibenci biar pun sedikit sebab kesannya amat besar- hati akan sakit, fikiran akan runsing dan jiwa takkan tenang. Tiada indahnya kemarahan dan dendam. Usaha untuk memaafkan, pasti hati akan tenang biar luka masih berparut dan kenangan silam masih kekal berpaut, insyaAllah! (",)"

Hurmm.. betul kan kata2 beliau.. bila cinta dah hilang dr sinar mata.. kenapa perlu di rayu lagi.. bila kita sayang & cintakan seseorang tanpa sebab.. lepaskan dengan rela walaupun sakit & perit.. biarkan dia bahagia.. dan kita akan turut bahagia..

Wahai lelaki2 yg bergelar suami.. kecurangan tu.. biasa.. kerana lelaki memang Allah anugerahkan begitu.. kalau tak, takkan laa ada hukum poligami.. tapi, biarlah muhasabah diri dulu.. sama ada anda mampu atau tidak?? adakah sunnah yg lain anda ikut? Adakah isteri yg satu itu anda jaga hatinya dgn baik? Adakah family yg satu itu anda dah penuhi tanggungjawab?? Jika tak mampu.. lepaskan salah satu.. jgn sakiti emosi & perasaan seorang isteri.. walaupun isteri byk kekurangan, dialah yg bersusah senang dgn anda.. yg melahirkan anak2 .. yg berkorban perasaan utk suami..jgn menghina isteri sehingga tiada nilai!! Jika jatuh cinta pd 100 wanita lain.. usah sekali2 merendahkan isteri hingga tiada harga diri.. 

Ya!! Sepanjang bergelar isteri.. memang sukar utk jadi isteri solehah.. cuba.. tp kerap kali kecundang dgn perasaan.. membebel.. marah2.. merajuk minta perhatian.. tertinggi suara. geram..  itu memang kelemahan yg memang x boleh dinafikan..

"Carilah hikmah dalam setiap ketentuan Ilahi supaya semarak rasa sabar dan tinggi nilai syukur kepada-Nya. Setiap kepayahan pasti diikuti kesenangan, setiap kesabaran pula pasti ada ganjaran. Pastinya setiap kesyukuran akan membuahkan kebahagiaan. Sungguh Allah SWT Maha Berkuasa! Jika sesuatu itu ditakdirkan untuk kita, tiada siapa mampu menghalangnya. Andai sesuatu itu ditakdirkan bukan milik kita, pasti takkan kita peroleh walau sudah berada dalam genggaman. "Boleh jadi kamu membenci sesuatu padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi pula kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu, Allah mengetahui sedang kamu tidak mengetahui." - surah Al-Baqarah ayat 216." di petik dr fb Suzana Ghazali

Kepada kawan2.. usaha menjadi isteri solehah!!
Wanita hiasan dunia.. dan sebaik2 perhiasan.. ialah wanita solehah!!!

Ok.. sambung lain kali..

Luv
Iemma



Isnin, 13 Ogos 2012

Jalan ke Syurga|||~~~~

Seorang paderi kristian tiba di sebuah kampung yang terpencil

Dia bertemu dgn seorg kanak-kanak yg berkopiah, lalu bertanya,"Wahai anak, boleh kamu tunjukkan kpd saya jalan ke rumah ketua kampung? Saya baru sahaja tiba di sini, maka saya kurang arif dgn kawasan ini."

"Boleh tuan," jawab si anak. " Tuan ikut lorong ini, kemudian jalan lurus. Apabila tuan nampak serumpun pokok buluh belok ke kanan. Apabila tiba di tepi sungai, tuan seberang sungai itu. Jalan terus lagi dan tuan akan nampak rumah yang ada telaga di sebelah kiri, itulah rumah ketua kampung."

"Terima kasih banyak-banyak anak kecil. Sebagai membalas budi kamu, inginkah saya tunjukkan kepada jalan ke 'syurga'?" tanya si paderi. Jelaslah si paderi itu ada misi menyampaikan ajaran agama Kristian kepada kanak-kanak tersebut yang sudah pastinya beragama Islam.

"Benarkah tuan boleh menunjukkan saya jalan ke 'syurga'?" tanya kanak-kanak itu kembali.

"Ya. Memang itulah tugas saya saban waktu setiap hari."

"Bagaimana tuan mahu tunjukkan saya jalan ke 'syurga' kalau tuan sendiri mahu ke rumah ketua kampung pun terpaksa bertanya kepada saya?"


Note:
Hanya mereka yang berada di jalan yg benar sahaja mampu membimbing orang lain ke jalan yg benar


Petikan:
Solusi #46 m/s120

Jumaat, 8 Jun 2012

Dunia hanya sementara....

~~Dunia tidak salah, selagi kita memburunya dgn niat yg betul. Kita jadikan dia alat utk memburu kebahagiaan akhirat.

Jadilah dunia umpama kebun yg kita pagar, kita bersihkan dan kita tanam dgn pohon-pohon kebaikan yg hasilnya kita tuai di akhirat.

Jadilah dunia umpama jambatan yg kita lalui. Pastikan ia teguh, kukuh tetapi kita tidak akan berlama-lama di situ... ia hanya jambatan.Tidak ada o...rg yg membina rumah di atas jambatan... Rumah kita yg hakiki ialah dlm syurga.

Jika ada rasa-rasa itu dlm jiwa ketika memburu karier, kejayaan dlm perniagaan dan apa jua aktiviti keduniaan, insya Allah cinta dan kasih sayang tidak akan diabaikan. Orang yg ada dalam hatinya cinta kpd Allah, sentiasa ada ruang yg lapang utk mencintai sesama manusia lebih-lebih lg suami, isteri, dan anak-anaknya. Dengan cinta itu kita akan menyelamatkan semua keluarga kita daripada neraka akhirat. Dan neraka di akhirat itu hanya akan dapat kita hindari jika kita berjaya menyelamatkan diri dan keluarga kita drpd neraka dunia...~~~

CINTA YANG HILANG
Pahrol Mohamad Juoi
SOLUSI 25 ms 49

Selasa, 21 Februari 2012

Harga Segelas Susu...

Seorang budak lelaki miskin berjalan dari rumah ke rumah untuk menjaja kerepek  yg di usahakan oleh ibunya. Menjelang tengah hari, dia sudah berasa lapar, namun tidak mahu pulang selagi belum habis jualannya. Bagi menghilangkan rasa lapar, dia berhajat meminta segelas air dari sebuah rumah berdekatan.

" Kakak, boleh berikan saya segelas air?"

Direnung wajah budak yang kelihatan lesu dan sayu itu.

"Tunggu sebentar ya." Seketika kemudian wanita itu keluar dengan segelas susu di tangannya. Budak itu terus minum tanpa berlengah.

"Berapa ya saya berhutang dengan kakak?" katanya sambil menyeluk poketnya.

" Tak perlu bayar."
"Tetapi saya hanya minta air kosong. Emak saya ajar, jangan ambil apa-apa daripada orang lain tanpa bayaran."
"Kalau begitu bayarlah dengan ucapan ' Alhamdulillah' dan terima kasih."
"Okey, alhamdulillah. Terima kasih kakak!"

Budak tersebut segera beredar kembali menjaja kerepek. Entah bagaimana, dia terasa begitu bertenaga dan penatnya hilang. Bukan semata-mata kerana segelas susu itu, malah lebih daripada itu, kerana sifat pemurah wanita itu walaupun tidak dikenalinya.

Beberapa tahun berlalu, wanita tersebut diserang penyakit serius. Dia dirawat di hospital di bandar tersebut, dengan kelolaan doktor pakar.

Rupa-rupanya doktor pakar yang merawat wanita itu adalah budak lelaki yang pernah diberikan segelas susu kepadanya suatu waktu dulu. Si doktot masih mengenali wajah wanita itu, walaupun sudah berusia.

Doktor muda itu berusaha nerawat wanita itu sehingga sembuh. Malah bil hospital pun ditanggungnya. Setelah wanita tersebut sihat sepenuhnya, tiba kepadanya sekeping bil hospital. Di atas bil itu tertulis:

" Bil ini telah dijelaskan dengan segelas susu. Alhamdulillah dan terima kasih - Dr. Muhammad."



Renungan untuk diri ini yang mudah lupa... ~~

Walaupun kecil bantuan yg dihulurkan namun disertai dengan ikhlas, impaknya tidak terjangkau oleh imaginasi kita. Hakikatnya bantuan Allah sering ada di mana-mana, dalam pelbagai bentuk dan kadang-kadang disampaikan melalui perantaraan orang yang berada berdekatan kita.



::Petikan Solusi Isu ke-41::



Yang Mana Dulu??

Korang pernah tak melalui saat-saat & kenangan, di mana time dedulu kan kita selalu main teka-teki..

Dan ada soalan yang kadang-kadang senang utk dijawab, dan adanyer perlu menggunakan logik akal.. kadang2 ada yg tak masuk akal.. hehehe

Salah satu soalan, contohnya.. 'Yang mana wujud dahulu, telur atau ayam??'

Pernah kan??

Ada sampai yang bergaduh2 nak menangkan jawapan masing2... dan ada macam2 alasan..antara telur dan ayam... yang mana dahulu wujud..?

Tetapi.. sememangnya dalam realiti dalam kehidupan kita, soal remeh temeh dan yang tak perlu difikirkan..kita ambil berat... sedangkan ada hal yang lebih penting perlu didebatkan..

Apa2 pun.. antara ayam dan telur.. tak perlu gaduh2.. jawapan yang pasti.. semua itu ALLAH S.W.T. yang wujudkan...

So.. kita sebagai makhluk.. yg merupakan ciptaan Allah.s.w.t. yg semestinya muncul kemudian.. ada awal dan akhirnya..

Yang pasti, Allah telah sedia wujud.. tiada permulaan dan tiada pengakhirannya..

^__^


Isnin, 20 Februari 2012

Rombongan Terakhir Masuk Syurga

"Daripada Abdullah bahawa Rasulullah s.a.w. bersabda yang bermaksud:

"Sesungguhnya aku benar-benar mengetahui bahawa ahli neraka yang terakhir keluar dari neraka dan ahli syurga terakhir masuk ke dalam syurga. Iaitu orang yang keluar dari neraka dengan merangkak, lalu Allah berfirman: 'Pergilah, lalu masuklah ke dalam syurga.' Dia pun sampai ke gerbang syurga. Dia membayangkan bahawa syurga sudah penuh, maka dia kembali seraya berkata:"Wahai Tuhanku,  aku mendapati syurga telah penuh.' 'Pergilah, lalu masuklah ke dalam syurga.' Dia pun sampai ke depan pintu syurga. Dia membayangkan bahawa syurga sudah penuh, maka dia kembali seraya mengatakan:' Wahai Tuhanku, aku mendapati syurga telah penuh.'

Allah berfirman:' Pergilah lalu masuklah syurga kerana kamu memperoleh semisal dunia dan 10 kali ganda - atau kamu mendapat seumpama 10 kali dunia.'

Dia bertanya:' Engkau mengejekku atau mentertawakanku, sedangkan Engkau ialah Raja.'"

Abdullah melanjutkan:' Aku melihat Rasulullah s.a.w. tertawa sehingga tampak gigi-gigi gerahamnya. Itulah ahli syurga yang paling rendah darjatnya."


~~Riwayat al-Bukhari dan Muslim~~

Selasa, 14 Februari 2012

Indahnya Redha Suami....

Rasulullah s.a.w bersabda yang maksudnya:

Apabila seseorang isteri meninggal dunia dan suaminya redha kepadanya, maka ia akan masuk syurga.”

Riwayat Tirmidzi dan Ibn Majah
Rasulullah SAW bersabda: "Mahukah aku beritahukan kepada kalian, isteri-isteri kamu yang menjadi penghuni syurga ialah isteri yang penuh kasih sayang, banyak anak, selalu kembali kepada suaminya. Di mana jika suaminya marah, dia mendatangi suaminya dan meletakkan tangannya pada tangan suaminya seraya berkata: "Aku tak dapat tidur sebelum engkau reda".
(riwayat al-Nasai dalamIsyratun Nisa no. 257.)
Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud: Demi zat yang jiwaku berada di tangan-Nya, tidaklah seorang suami memanggil isterinya ke tempat tidurnya lalu si isteri menolak ajakan suaminya (enggan) melainkan Allah SWT murka terhadapnya hingga si suami reda padanya.
(riwayat Muslim no. 1436)



credit to: http://www.anamarzablog.com

Isnin, 13 Februari 2012

Jom Tanam Jagung!!!

Seorang petani telah memenangi Anugerah Petani Cemerlang untuk sekian kalinya, selama lima tahun berturut-turut.

Anugerah itu hasil tanaman jagungnya yg membuahkan hasil yang begitu baik. Jagungnya berkualiti; lebih besar, warnanya keemasan, rasanya manis dan tahan lama untuk disimpan.

Seorang wartawan menemui petani tersebut untuk menemuramahnya.

"Apakah rahsia kejayaan tuan sehingga memenangi anugerah ini selama lima tahun berturut-turut?"

"Tidak ada rahsia sebenarnya. Saya cuma berkongsi benih jagung yang saya ada dengan petani-petani lain. Itu sahaja," terang petani itu jujur.

"Berkongsi benih dengan petani lain? Bukankah mereka juga masuk pertandingan yang sama? Petani lain sepatutnya menjadi pesaing kerana mereka juga menanam jagung dengan benih yang sama."

"Betul. Tetapi itu semua tidak penting. Yang penting ialah proses pendebungaan. Kalau pokok jagung di sekitar itu tidak ditanam dengan benih yang berkualiti, maka ladang saya pun akan terjejas,"

"Boleh jadi saya menanam jagung menggunakan benih yang berkualiti, namun proses pendebungaan yang mungkin bercampur dengan ladang berdekatan akan memberi kesan kepada hasil tanaman saya."



Renungan utk diri ini yang mudah lupa....
~~Orang yg berjaya ialah orang yg berkongsi manfaat dengan orang lain dan membantu mereka memperolehnya.~~~

Sabtu, 11 Februari 2012

Motivasi Untuk Hari ini.... Sabtu yg Indah...

Satu kisah yg dinukilkan oleh Dr. 'Aid Abdullah Al-Qarni dlm karyanya, Jannah al-Ma'wa.
Mudah-mudahan ia menambah kerinduan kita pada anugerah-Nya...

Ketika Abu Sulaiman al-Daraniy melaksanakan haji, beliau telah bertemu dgn seorang pemuda Iraq yang kemas penampilannya. Apa yang mengkagumkan Abu Sulaiman ialah ketekunan pemuda itu melaksanakan ibadat. Beliau berpuasa sepanjang hari, bibirnya basah dengan kalamullah dan zikrullah, sedang malamnya dihiasi dengan bertawajuh dan sujud kepada-Nya. Beliau juga tidak pernah tidur.

Lantas Abu Sulaiman telah bertanya kepada pemuda itu:
" Wahai anak muda, demi Allah, terangkan kepadaku apakah yang mendorongmu begitu bersungguh-sungguh beribadat kepada-Nya?"

Pemuda itu menjawab:
"Sungguh, aku telah bermimpi melihat istana-istana yang diperbuat daripada batu bata emas dan perak. Di dalamnya terdapat bidadari jelita yang menyapaku:' Aku berharap engkau menjadi milikku dan aku menjadi milikmu kerana Allah?'
"Setelah aku terjaga. Sejak itu aku berazam dan bersungguh-sungguh untuk memilikinya."

Mendengar kisah pemuda itu, Abu Sulaiman berbisik:
" Demi Allah, dia telah bersungguh-sungguh sehingga sedemikian rupa untuk memiliki bidadari syurga ciptaan Allah, lalu bagaimana keindahan menatap Tuhan kepada bidadari tersebut?"


Wallahu a'lam...


~~Petikan Solusi isu ke-38~~

Jumaat, 10 Februari 2012

Renungan untuk diriku yg mudah lupa...

Rama-rama, cacing & beluncas..

Seekor rama-rama terbang riang di sebuah taman bunga. Hatinya gembira memandangkan cuaca cerah, bunga berkembang mekar mengharum dengan bunyi kicauan burung mempersona.

Sang rama-rama ditegur oleh sang cacing.
"Wah, cantiknya kamu. Lihat kepak kamu yang berkilat dan berwsrna-warni," kata cacing.

"Corak kepak kamu memang menawan.Ia seolah-olah hasil karya seni seorang seniman," puji cacing lagi.

"Alhamdulillah, kita ini hakikatnya ciptaan Allah jua."
"Ada lagi yang menakjubkan kami tentang kamu, wahai sang rama-rama."
"Apa dia?"
"Di kala kamu terbang, gerak kepak kamu seolah-olah suatu tarian yang mengasyikkan."

Sang rama-rama sekadar tersenyum. Dalam hatinya turut kagum dengan cacing pula. Apa tidaknya, peranan cacing menggemburkan tanah menyebabkan tanah subur untuk pelbagai tanaman, yang seterusnya menumbuhkan pokok yanng mengindahkan lagi taman tersebut.
Rasa kagum itu disambut dengan lafaz Subhanallah.

"Eeei..apa itu?"
Tiba-tiba si cacing menunjuk ke arah seekor beluncas yang sedang memanjat daun.

"Buruk sungguh rupanya! Geli aku lihat..."
kata cacing tersebut.

Sang rama-rama yang mendengar tersenyum.
"Itulah diri aku sebelum aku menjadi rama-rama yang menawan ini. Sebelum itu aku terperuk dalam kepompong sempit," terang sang rama-rama.

"Oh, begitu? Maafkan aku kerana rupa-rupanya aku mengutuk kamu setelah memuji kamu."

 
***Renungan utk diri ini...
Kita seringkali cepat mengutuk tetapi lambat berfikir, apatah lagi    mengutip 'ibrah' di sebalik sesuatu. Jangan mudah mengutuk tanpa mengetahui asal usul sesuatu.



~~Solusi isu ke-39~~~

Selasa, 7 Februari 2012

Ya Allah, Lindungilah aku dan keluargaku daripada melakukan dosa..



Abdullah bin Abi Aufa r.a menceritakan:
Rasulullah s.a.w keluar bertemu kami pada suatu hari. Baginda duduk lalu bersabda yang bermaksud:

" Sesiapa yang mempunyai hajat kepada Allah atau kepada manusia, hendaklah dia berwuduk dan memperelokkan wuduknya, kemudian tunaikanlah solat dua rakaat, seterusnya memuji Allah, berselawat ke atas Nabi s.a.w. dan mengucapkan,
'Tiada Tuhan yang layak diperhambakan diri (ini) melainkan (kepada) Allah, Yang Maha Bijaksana, lagi Maha Mulia, Maha Suci Allah, Tuhan Arasy yang hebat. Segala puji bagi Allah, Tuhan (yang menguruskan) semesta alam. Aku memohon kepada-Mu pemberian rahmat-Mu, kepastian keampunan-Mu, dan kemenangan daripada segala kebaikan, dan keselamatan daripada segala dosa. Jangan biarkan diriku berdosa melainkan Kau ampunkan. Tiada kesusahan melainkan Kau bukakan jalan keluar. Jangan biarkan aku berhajat terhadap perkara yang Kau redhai melainkan Kau tunaikan, wahai Yang Sebaik-baik Penyayang.'"

~~Riwayat al-Tarmizi~~




Bersihkan Sangka Buruk dgn Takwa & Taubat

Allah melarang umat Islam mengintai-intai (tajassus) keadaan seseorang. Ketahuilah apabila prasangka diperturutkan, maka kadang-kadang tanpa berasa berdosa dia akan bertindak lebih jauh dengan mengintai-intai. Tindakan ini atas alasan untuk menelusuri kebenaran isu dan desas desus yg sebelumnya hanya sekadar menduga. Hal inilah yg biasa merosakkan suasana keakraban dan ukhuwah.


Firman Allah S.W.T;
" Wahai orang yg beriman! Jauhilah kebanyakan dari sangkaan (supaya kamu tidak menyangka sangkaan yg dilarang) kerana sesungguhnya sebahagian dr sangkaan itu adalah dosa dan janganlah kamu mengintip atau mencari-cari kesalahan dan keaiban org dan janganlah sesetangah kamu mengumpat sesetengahnya yg lain. Adakah seseorang dari kamu suka memakan daging saudaranya yg telah mati? (Jika demikian keadaan mengumpat) maka sudah tentu kamu jijik kepadanya. (Oleh itu, jauhilah larangan-larangan yg tersebut) dan bertakwalah kamu kepada Allah; sesungguhnya Allah Penerima Taubat, lagi Maha Mengasihani."

(Surah Al-Hujurat ayat 12)


** Peringatan utk diri sendiri..yg kadangkala kalah dengan emosi dan bisikan-bisikan syaitan...***

Khamis, 2 Februari 2012

Bila Bekerja Sendiri

Hubby belikan Mingguan Wanita (Isu 03-09 Feb 2012), terus terbuka ruangan Rahsia Wanita, teksnya oleh Dr.Azhar B. Haji Sarip.. tajuknya minggu ni,
BILA BEKERJA SENDIRI...

Tertarik dengan penulisannya.. bahawa bekerja sendiri memerlukan komitmen yang tinggi.. so apabila bekerja sendiri..
pertama yang perlu dipertimbangkan adalah disiplin diri,
keduanya pengorbanan..
Sambung beliau lagi.. ,
"Bila bekerja sendiri, kita perlukan jiwa yang benar-benar mantap.
 Bila bekerja sendiri, kita perlu menyandarkan segalanya kepada Allah S.W.T.
Bila kita bekerja sendiri, kita perlu benar-benar yakin bahawa rezeki itu ketentuan Allah S.W.T.
Kita perlu berusaha tetapi kita perlu ingat segala keputusan itu adalah hak mutlak Allah S.W.T."






Rabu, 1 Februari 2012

Sihat dalam Tidur...


Baby Hilmi Asyraf dah tidur.. baru jer lepas mandi... Abg Irfan Haziq ralit tgk TV.. mama?? Biasa laa.. ada masa ..curik2 update blog, tak pun baca buku... itu ler kerjanya.. sambil2 tunggu kain dlm mesin basuh tu berpusing.. sampai kering... heheheh

Hr ni, terbaca ... tajuknya, SIHAT DALAM TIDUR.. ruangan Mix Medik oleh Dr.Farhan Hadi Mohd Taib.. Majalah Gen Q.. dah lama dah beli majalah ni.. tp tak sempat abis baca.. ada masa terluang sambung baca.. pas tu lain kali sambung lagi.. ^__^

Ok.. kita sambung tajuk tu yer.. just nak share je laa..

Kita selalunya, bukan ambil berat pun cara yg terbaik untuk tidur.. posisi mcm mana elok utk kesihatan.. yg kita tahu.. kalau dah ngantuk tu.. ambil bantal.. tidur jer ikut keselesaan masing2.. ada yg suka tidur meniarap.. (yg ni sy mmg x boleh.. semput sbb tekan dada..tp anak2 mmg suka tidur meniarap.. ), ada yg suka tidur mengiring.. tak kira laa mengiring ke kanan atau kiri.. pas tu siap peluk bantal tu aa.. byk ler cara tidur..

Drpd teks yg  Dr.Farhan Hadi Mohd Taib nyatakan.. ada 4 cara tidur:

  1. TIDUR MENIARAP
  2. TIDUR MENELENTANG
  3. MENGIRING SEBELAH KIRI
  4. MENGIRING SEBELAH KANAN
TIDUR MENIARAP
  • Kita pasti rasa sesak nafas dalam tempoh yg singkat, sebab tulang belakang yg terletak  di atas akan menghalang otot-otot dada berkembang semasa menyedut dan menarik nafas.
  • Kita juga akan merasa sakit perut, sakit leher dan sakit2 seluruh badan
  • Jawapannya: meniarap bukanlah cara tidur yg terbaik
  • Lebih menakutkan, ia boleh menyebabkan kegagalan paru2 dan otak kerana kekurangan oksigen.
  • Para pengkaji dr Australia mendapati peningkatan jumlah bayi yg mati mengejut adalah kerana ditidurkan dgn cara meniarap.
  • Namun,bagi cara bayi yg ditidurkan secara mengiring, jumlah kematian bayi secara mengejut adalah hampir tiada

TIDUR MENELENTANG
  • Ramai yg beranggapan tidur menelentang adalah cara yg paling baik
  • Tetapi, tidur cara ini akan menyebabkan mulut terbuka semasa tidur kerana otot rahang sebelah bawah merenggang, ini menyebabkan udara yg disedut ke paru-paru akan melalui mulut, bukannya hidung
  • Allah SWT menciptakan hidung sebagai anggota pernafasan, dan fungsi bulu hidung dan kelenjar-kelenjar mukus ialah untuk menapis dan melembapkan udara sebelum masuk ke dalam paru-paru. Bahagian dalam hidung juga dipenuhi dgn salur darah yg berfungsi utk memanaskan udara yg sejuk agar udara itu sesuai dgn suhu badan
  • Maka, tidur menelentang akan menyebabkan udara yg tidak bertapis masuk melalui mulut dan terus ke paru2 kita. Ia akan menyebabkan kita terdedah kpd penyakit batuk, sakit tekak, dan juga jangkitan kuman pd paru-paru. Seseorang itu juga mudah terdedah kpd kekeringan gusi dan menyebabkan keradangan
  • Cara tidur ini juga menyebabkan kita berdengkur semasa tidur.


TIDUR MENGIRING SEBELAH KIRI
  • Cara tidur mcm ni pun tidak digalakkan, sebab jantung akan ditindih oleh paru-paru kanan yang saiznya lebih besar berbanding paru-paru sebelah kiri.
  • Ini akan melemahkan denyutan jantung terutama bg mereka yg menghidap masalah jantung
  • Sekumpulan pengkaji yg diketuai oleh saintis bernama Galteh mendapati bahawa pergerakan makanan dari perut ke usus kecil mengambil masa hanya 5 jam setengah, (jangka maksimum) jika seseorang itu tidur dgn mengiring sebelah kanan, tetapi akan mengambil masa 5 hingga 8 jam sekiranya mengiring sebelah kiri.

MENGIRING SEBELAH KANAN
  • Merupakan proses TERBAIK utk kita tidur sepanjang malam
  • Mungkin kita tidak biasa, tetapi jika diamalkan kita akan merasai kesannya.
  • Tidur dgn cara ini akan emmbantu mempercepatkan pencernaan, mengurangkan tekanan mekanikal ke atas jantung dan juga menapis serta melembapkan udara yg masuk ke dlm paru-paru.


Rasulullah s.a.w bersabda yg bermaksud;
" Apabila kamu hendak tidur, ambillah wudhuk sepertimana kamu hendak menunaikan solat, kemudian berbaringlah dengan mengiring sebelah kanan."

~~Riwayat oleh Bukhari, daripada al-Barra' ibn Aazib~~



Bila baca ni.. terfikir pulak kan... ramai yg kata tidur meniarap utk baby atau budak2 kecik tu bagus, tapi dr mana sumbernya..





Andai Kasihkan Rasulullah, ucapkan selawat..

Tempat dan waktu dianjurkan berselawat:

  1. Sesudah laungan azan
  2. Ketika hendak masuk dan keluar masjid
  3. Dalam solat jenazah
  4. Dalam takbir-takbir hari raya
  5. Sewaktu membaca tahiyat (tasyahud) akhir dalam solat
  6. Pada awal dan akhir bacaan doa..
  7. Pada malam dan siang hari Jumaat
  8. Dalam khutbah dan semasa bacaan qunut
  9. Ketika orang menyebut nama Rasulullah s.a.w
  10. Tiap pagi, petang ketika mengadakan majlis ceramah, ketika susah , sakit dan lain-lain..



Semoga kita semua dapat amalkannya...


Khamis, 1 Disember 2011

Usah Berkeluh kesah...

Semoga diri ini terus tabah menempuhi kehidupan ini.. dugaan dan ujian dtg  dan pergi.. just follow the flow.. tak mau terlalu berfikir kemungkinan2 yg akan datang menjenguk di dalam dairi hidup ini..

Dugaan dan ujian mengajar diri ini erti kesyukuran.. keredhaan.. kasih sayang.. kesetiaan.. tanpa ujian & dugaan kita akan hidup dalam ZON SELESA yg akan menyebabkan kita tidak dapat berfikir untuk keluar dr kepompong.. hanya menunggu, menanti, serta mengharapkan simpati.. sedangkan Allah menyuruh kita berusaha untuk meneruskan hidup ini dgn nilai2  dan cara2 yang sebaik2nya.. kita takkan dapat mengubah nasib diri kita jika kita sendiri tidak mengubahnya..

Tapi, kadangkala diri ini terbabas juga akibat dr tekanan.. kadang2 terkeluar dr bibir keluhan.. bukan menandakan ketidakredhaan atas ujian & dugaan tersebut.. Ntah laa.. Ia bagaikan tabiat & seolah2 diri ini tidak dapat menerima ujian itu dengan hati terbuka, sedang diri ini menyedari bahawa ujian itu datang kerana Allah sayang & kasihkan umatnya.. Ya Allah, ampuni laa daku kerana hati & diri ini kadangkala berkeluh kesah atas ujian Mu... Ya Allah... Lindungilah diri yg lemah ini drpd sikap mazmumah.. dan limpahkan diri ini dengan sifat2 mahmudah.. agar diri ini & keluarga mendapat keredhaan dari MU..

Sabtu, 12 November 2011

MADAH SUMAYYAH

Suamiku..
Bunga semalam telah layu..
Gugur dari jambangannya
Mujur...
cinta kita
bukan itu lambangnya.

Mulutku telah kaku merayu
Hatiku malu untuk terus cemburu
Tidak seperti dulu..
Kerna kini kau seorang mujahid
yang rindu memburu syahid!

Maaf kiranya tutur dan tingkah
Senyum dan seri wajah
Pudar dan hambar di matamu
Padaku yang baru belajar
menjadi seorang mujahidah!

Aku kini hanya mendokan
agar kau menjadi Yasir
Walau kiranya...
bukan aku sebagai Sumayyahmu!

Dalam tangis kucuba senyum
tika kau keluar bermusafir
Seperti redhanya Siti Hajar
waktu ditinggalkan Ibrahim.

Biarlah kita berpisah
selalu derita
Kerana syurga menagih ujian berat
Sedang neraka itu...
dipagar ribuan nikmat!!!


~~Dipetik dr Solusi ISU 26 oleh Pahrol Mohamed Juoi

Selasa, 27 September 2011

Soalan apakah ini???

Setelah menduduki satu ujian akhir semester, seorang pelajar cemerlang menemui profesornya. Tujuannya hanya satu, untuk bertanya kewajaran soalan terakhir dalam kertas soalan tersebut.
"Prof, adakah soalan terakhir itu dikira sebagai sebahagian daripada markah peperiksaan akhir?"
"Ya, sudah tentu."
"Tapi Prof, itu soalan luar daripada sukatan dan tiada kena mengena dengan mata pelajaran ini," pelajar itu cuba memberikan komen.
"Kamu silap. Ia ada kaitan dengan sukatana pelajaran."
" Mungkin Prof terlupa. Soalannya berbunyi,'Siapakah nama tukang cuci Jabatan Kejuruteraan Aeronautik?' Bagi saya, soalan ini langsung tiada kaitan dengan kursus yang saya ambil!"
"Pelajar seperti kamu tidak hanta semata-mata cemerlang dalam peperiksaan. Teori hanya sebahagian kecil daripada proses pembelajaran. Teori perlu dipraktikkan. Tetapi teori dan praktikal pun belum cukup. Sikap peduli seorang mahasiswa mengenai masyarakat sekelilingnya jauh lebih penting walaupun kamu nanti mungkin hanya akan bekerja dengan mesin."

~~~PenGaJaraN:~~
Kita sering melakukan sesuatu berdasarkan apa yg tercatat di atas kertas. Kita menjadi ibarat robot yg sangat patuh kepada sistem. Hakikatnya Islam membawa saranan agar mementingkan nilai kemanusiaan. Sebaik-baik manusia ialah manusia yang bermanfaat kepada manusia lain.

(Petikan: SOLUSI ISU 36)

Isnin, 26 September 2011

KISAH KATAK

Sekumpulan katak berkumpul mengelilingi sebuah perigi yg separuh siap.
Dua ekor katal terperangkap dalam di dalam perigi itu, akibat tidak berhati-hati ketika melompat.
Mereka melihat ke dalaman perigi tersebut. Ternyata terlalu dalam. Pantas mereka sepakat, sudah tiada harapan.

"Kamu tawakkal saja la. Mungkin ini nasib kamu!" jerit katak dari atas kepada dua ekor katak di dalam perigi itu.

"Kami pun tidak tahu macam mana kami nak bantu kamu naik ke atas," kata katak lain.
"Itulah kamu, kenapa cuai sangat.Ini padahnya tidak berhati-hati.Kalaulah kamu betul-betul semasa melompat, takkan jadi tragedi macam ni," tambah katak yang lain.

Namun kedua-dua ekor katak itu tetap berusaha naik ke atas dengan melompat. Masih gagal. Dari atas terus kedengaran suara-suara yang hanya membunuh harapan mereka.
Setelah agak lama mencuba, salah seekor katak berputus asa. Badannya sakit-sakit dan lenguh-lenguh akibat melompat tidak berhenti-henti.  Tenaganya pula semakin lemah. Dia hanya mampu tersandar di dinding perigi. Ditambah pula semangatnya lumpuh dek kata-kata yang tidak memberangsangkan dari atas.

Tidak berapa lama kemudian dia pun mati. Mati katak. Kumpulan katak-katak di atas hanya mampu melihat.
Melihat rakannya telah mati, katak yang seekor lagi meneruskan usaha melompat.

"Kamu tidak nampak ke kawan kamu tu dah mati? Kamu pun nanti akan menyusul sama!"
"Simpan saja tenaga kamu. Membazir je kamu melompat-lompat."
"Buat kali terakhir,kamu ingin makan apa?Kami akan bawakan."
Begitulah pelbagai teriakan kedengaran dari atas. Namun katak itu tidak mempedulikannya. Dia terus melompat. Akhirnya seperti ada satu semangat baru, katak itu melompat begitu tinggi dan berjaya keluar.

Takjub melihat apa yang berlaku, seekor katak menemuramahnya:" Kenapa kamu tetap melompat walaupun kami sudah menyuruh kamu menerima takdir yang kamu mungkin akan mati seperti kawan kamu?"

"Sebenarnya telinga saya kurang dengar. Saya ingatkan kamu semua memberi semangat kepada saya untuk terus berusaha melompat. Saya lihat mulut kamu semua menjerit  sesuatu, seolah-olah memberi semangat kepada saya. Sebab itu saya terus berusaha, tidak mahu mengecewakan kamu semua."

Pengajaran:
You're what you think.
Kadangkala, tersalah sangka juga ada manfaatnya,terutamanya apabila kita menyangka niat seseorang yang jahat itu sebenarnya baik untuk kita,lalu kita mendapat manfaat daripadanya.


~~Petikan: SOLUSI ISU 36