Isnin, 13 Ogos 2012

Jalan ke Syurga|||~~~~

Seorang paderi kristian tiba di sebuah kampung yang terpencil

Dia bertemu dgn seorg kanak-kanak yg berkopiah, lalu bertanya,"Wahai anak, boleh kamu tunjukkan kpd saya jalan ke rumah ketua kampung? Saya baru sahaja tiba di sini, maka saya kurang arif dgn kawasan ini."

"Boleh tuan," jawab si anak. " Tuan ikut lorong ini, kemudian jalan lurus. Apabila tuan nampak serumpun pokok buluh belok ke kanan. Apabila tiba di tepi sungai, tuan seberang sungai itu. Jalan terus lagi dan tuan akan nampak rumah yang ada telaga di sebelah kiri, itulah rumah ketua kampung."

"Terima kasih banyak-banyak anak kecil. Sebagai membalas budi kamu, inginkah saya tunjukkan kepada jalan ke 'syurga'?" tanya si paderi. Jelaslah si paderi itu ada misi menyampaikan ajaran agama Kristian kepada kanak-kanak tersebut yang sudah pastinya beragama Islam.

"Benarkah tuan boleh menunjukkan saya jalan ke 'syurga'?" tanya kanak-kanak itu kembali.

"Ya. Memang itulah tugas saya saban waktu setiap hari."

"Bagaimana tuan mahu tunjukkan saya jalan ke 'syurga' kalau tuan sendiri mahu ke rumah ketua kampung pun terpaksa bertanya kepada saya?"


Note:
Hanya mereka yang berada di jalan yg benar sahaja mampu membimbing orang lain ke jalan yg benar


Petikan:
Solusi #46 m/s120

Ahad, 5 Ogos 2012

Dah lama dah tak update!!!

Assalamualaikum..

Lama jugak x update blog ni aa.. sibuk dgn bisness yg kecik2.. sibuk dgn anak2.. sibuk dgn urusan harian.. x sempat nak mengarang.. sedar-sedar.. si tecik Hilmi Asyraf dah usia setahun..

Yup!! Hidup mesti diteruskan selagi Allah kurniakan degupan jantung & masih boleh bernafas.. Alhamdulillah.. still bernafas lagi.. dan Alhamdulillah dikurniakan kesihatan..

Sekarang dah pertengahan bulan Ramadhan.. lg 2 minggu nak Syawal.. cepat sungguh masa bergerak pantas.. usia meningkat.. anak2 pun makin membesar..

So, ini petikan status de FB.. Suzana Ghazali.. untuk diri ini..

~~Kita selalu mengeluh bila hajat dan kehendak hati tak berjaya diperoleh hinggakan terlupa untuk menilai dan menghargai segala yg telah dianugerahkan Ilahi kepada kita. Untuk berjaya dan bahagia; jangan dikenang kekecewaan dan kesedihan sebaliknya atur strategi, ubah pendekatan dan usahakan agar kekecewaan tak berulang, kesedihan tak berpanjangan. Bahagia kita tersendiri, bukan di tangan orang lain tapi kita sendiri tentukan dengan bantuan-Nya! (",)@Suzana Ghazali


Sesungguhnya.. bahagia itu kita sendiri yang ciptakan.. bukan org lain!!