Sabtu, 27 Ogos 2011

Hmm.. Dah Nak Rayer...

Cepat sungguh masa berjalan.. sedar2 dah nak raya.. & aku sebulan x pose.. hiskhh.. biler laa boleh ganti semua ni.. Ya Allah.. kuatkanlah semangat ku dan kurniakan aku kesihatan untuk menggantikan puasa wajib ini.. Amin.. Baby Hilmi Asyraf pun dan usia sebulan lebih dah.. Alhamdulillah,bby sihat, cuma baru2 ni dia x sihat, sbb bertukar bulan dan batuk.. tp apa2 pun.. nampak dah sihat.. x melarat..

Tahun ni balik raya ke x?? hehehe.. x tahu.. kalau ikutkan aku,raya kat rumah sendiri lagi baik.. lepas tu baru pk nak gi mana.. tp bg my hubby.. mulalah ceritera sedih nak start dah.. nak suasana raya kat kampung laa.. syahdu bila dgt takbir laa.. mengalahkan perempuan pulak.. huhuhuh...aku x kisah, selagi aku raya dengan abg dan anak-anak..

Persiapan raya.. alhamdulillah.. dah settle.. sederhana jer tahun ni, sepasang seorang baju raya utk aku, hubby dan anak-anak.. tema.. biru.. hehhe.. ok tak?? Nanti lepas raya nak upload gambar family... heheh

Sabtu, 13 Ogos 2011

Novel lagi...

Semalam.. novel yg order dah dapat.. sekali order guna on9.. 6 novel aku rembat.. hehhe.. seronoknyer.. 2 novel dah aku habis baca.. abang cakap.. hiskh..hiskhh.. cepatnyer.. hehe.. mmg aku giler membaca.. sepatutnyer time pantang2 gini.. dok diam2.. tp nak wat cam mana kan.. dr melayan perasaan.. baik membaca.. x der laa terbuang je masa aku ni.. bila lg nak bersantai2..

Hari hari yang dilalui..

Hmm.. buat laa aper shj.. ckp laa apa shj.. abang masih boleh bersabar dgn aku.. aku ni kan bukan isteri yang baik.. ada2 jer yg aku buat abang terasa.. abang masih boleh sabar.. tapi sampai bila boleh bertahan??

Aku?? Aku bukan sengaja nak sakitkan hati abang.. tp mmg aku yg selalu lepas cakap.. kadang terlupa utk jaga perasaan abang.. dan x sengaja menyentuh perasaan abang.. tp abang masih bole
buat biasa.. kdg2.. apa yg aku luahkan pada dia.. sama ada melalui sms.. melalui skype.. melalui percakapan secara langsung.. dia x ambil pusing.. dia buat mcm x ada apa2 kesan.. Ntah.. aku rasa aku mmg bkn isteri yg terbaik utk abg..

Abang.. masih melayani aku dengan baik.. menyuapkan aku makan.. menyediakan makanan utk aku walaupun letih melayan anak2.. dan sememangnya tahu aku sudah sihat dan boleh sediakan makanan sdr..tp, abang masih melakukan semua itu demi aku..

Sedih,pilu,terharu bila ingatkan layanan abang terhadap aku.. sememangnya.. jika jodoh ku x lama dengan abang.. x mungkin or susah utk aku jumpa lelaki dan suami seperti abang.. yang sentiasa sabar melayani karenah ku.. yang kdg2 mencabar kesabaran abang..

Abang.. maafkan ayang kerana selalu menyakiti hati abang..

Rabu, 10 Ogos 2011

Suami ku terCINTA

Tetiba rasa nak cerita.. bercerita dgn blog jer laa.. hehe.. nak cerita dgn org lain, takut jugak org meluat pulak.. menyampah pun ada.. yer laa dok puji2 suami sdr.. sememangnyer layak di puji.. tp,org lain misti laa pulak ingat nak tokok tambah cerita,melainkan org2 yg terdekat yang kenal dgn suami aku or cik abe..

Sesungguhnya, aku bertuah dan amat bersyukur kerana dikurniakan suami yang amat menyayangi dan mencintai aku sepenuh hati. Sanggup susah senang bersama dan berkorban apa sahaja demi aku dan anak-anak.Alhamdulillah.. Semoga suami ku ini sentiasa menyayangi diri ini.. dan cintanya tidak berpaling kpd perempaun yang lain.Semoga hatinya utk diri ini dan anak-anak.Semoga suami sentiasa sabar melayani kerenah aku dan anak-anak.. dan menceriakan hidupku kini dan hingga ke akhir hayat.

Bila mendengar cerita-cerita dr orang lain,kawan terdekat mengenai suami2 mereka atau suami orang lain.. aku amat bersyukur kerana suami aku.. 1 dalam berjuta.. terlalu baik.. walaupun, sememangnya bukannya sempurna 100%.. tp setiap kekurangannya aku anggap itulah keunikan. Uniknya dr orang lain..

Bagi aku, tiada rahsia antara suami dan diri aku.. sentiasa berkongsi cerita.. mengenai kerjaya, anak-anak, peribadi dan kawan-kawan.Tak kira apa topik pun.. aku dan suami akan bercerita..berkongsi perasaan.. suka dan duka..susah dan senang.. KOMUNIKASI itu yang penting.Gurau senda suami amat ku rindukan saat berjauhan. Seletih mana pun suami ku, dia sentiasa sabar melayani ku dan anak-anak.Sentiasa menemani ku ketika aku sakit.. susah.. sedih dan gembira.Tapi, yang paling terharu, suami akan sentiasa mengutamakan diri aku dan anak-anak.Pergilah dia ke mana sahaja.. kerja di luar kawasan.. aku akan dihubungi sekiranya berkesempatan tak kira menggunakan medium apa sahaja yang boleh digunakan. Menemani ku tidur walaupun jauh di mata. Hairan kan?? Macam mana boleh teman tidur.. hehehe.. Zaman yang canggih ni.. gunalah sebaik mungkin untuk mengeratkan lagi hubungan.. suami,aku dan anak-anak akan berhubung menggunakan video call Skype.. akan ter ON sepanjang malam ke pagi.. dengkur suami tu laa yang menemani aku sepanjang malam ke pagi..

Ikutkan, semua tentang suami aku ingin aku nukilkan dalam blog ni.. tapi cukuplah utk kali ni.. si kecik dah berbunyi di sebelah ni aa.. hehehe.. time to SUSU... utk abang..... I LOVE YOU SO MUCH...

Selasa, 9 Ogos 2011

Alhamdulillah...

Tak sangka.. usia perkahwinan dah genap 9 tahun..Alhamdulillah.. syukur sangat2.. dan sentiasa mendoakan usia perkahwinan akan kekal hingga ke akhir hayat.. dan telah dikurniakan anak 4 org.. yang terbaru lahir 20 Julai 2011 bersamaan 18 Syaaban 1432H , 6.22 pagi, 2.1 kg.. hr Rabu.. setiap anak mempunyai pengalaman mengandung dan melahirkan yang berbeza-beza.

1st, anak sulung yg tahun depan nak masuk tahun 1,MEGAT IZZ ZAHIRULHAQ.. dr mula2 start hamil.. sampai ler nak melahirkan.. muntah2 jer.. nak lahirkan, dr jam 3 pg.. ada tanda2 nak melahirkan.. tp laluan still lambat.. sbb anak 1st.. bukaan slow ler sikit.. contraction selama hampir 9 jam.. tepat2 jam 12 tghhr, 24 JAN 2005,2.7kg lahirlah Megat Izz Zahirulhaq.. di Hospital Raub.. dan bertuahnya..papa ada semasa lahirkan dia..

2nd pulak.. MEGAT IZZ MIRZATak ada la alahan teruk sgt.. boleh gi kerja.. just 3 bulan pertama biasa laa.. mmg x larat laa jugak.. tp ada problem sikit.. yg ni lahir pertengahan bulan Ramadhan.. tp kena induce.. sbb air ketuban dah makin kurang.. bahaya utk bby dlm kandungan..so.. time ni hospital Raub dalam proses ubah suai.. terpaksa transfer ke hospital Temerloh.. yang baru tu.. Menangis2 aku x mau kena induce.. sbb dah pernah rasa sebelum mengandungkan yg 1st.. gugur dan kena buar D&C,, kena laa induce dulu utk bukak laluan tu,, sakit yang teramat.. sbb contraction x berhenti.. berbeza dr yg normal..lahir.. papa x sempat nak masuk labour room.. dah keluar.. hehehe..lahirnya Mirza jam 2.20pagi.. 7 October 2006.. 2.66kg.. ingatkan abgnyer yg paling kecik.. dia kecik lg.. heheh

3rd pulak.. Ngandungkan dia x der masalah.. ok jer.. just contraction awal masa 7 bulan.. gi hospital putrajaya, pas tu balik rumah.. alhamdulillah x der mslh.. tp terlebih due date laa pulak,sampai kena wat keje satu rumah,baru laa ada rasa nak bersalin, tp x der tanda mcm darah ker aper ker.. just sikit2 jer.. bgtau doc ada tanda2 nak bersalin.. biasa laa cek laluan baru 2 cm.. dok laa dlm wad.. yg aku heran, x sakit langsung.. last2 berjalan2 dlm wad tu aa.. org ada bgtau,kena byk berjalan baru laa cepat laluan terbukak.. lepas berjalan2 tu.. jam 4 pg .. ckp kat nurse,ada rasa sakit,padahal x der laa sgt,ntah laa naluri ni rasa x sedap hati.. tu yg buat2 sakit.. cek jer laluan dah 4 cm, nurse pun pecahkan ketuban,, hmm.. mujur x makan najis sdr ler bby aku.. sbb dia dah buang air besar dlm rahim.. lepas pecahkan ketuban tu.. laju laa pulak laluan tu terbuka.. sampai semua nurse panik laa pulak.. tp yg ni bersalin, papa sempat masuk  labour room..jam 5.05 pg.. dah lahir.. sampai doc cakap.. ler cepatnyer.. hehehe..MEGAT IZZ IRFAN HAZIQ lahir jam 5.05 pagi.. 02 Nov 2008,berat 3.06kg.. yg ni laa anak yg paling berat bg aku.. heheh..


Tambah kapsyen

Terbaru ni spesel sikit.. 34 minggu dah contraction.. kena warded.. sbb laluan dah 1cm.. bukan sbb dah terbuka laluan,tp naluri rasa x sedap hati,just dok rehat2 dlm ward utk dipantau.. tp yg mengejutkan.. bila check jantung bby 4pg esoknya, dah lemah, terus doc buat keputusan utk czer, 1st time czer.. mcm2 perasaan ada,tp sbb nak selamatkan bby.. apa2 pun sanggup.. yg penting bby selamat.. dan lahirlah bby ni.. walaupun terawal.. alhamdulillah, sempurna sifat dan sihat..MEGAT IZZ HILMI ASYRAF.. nama yang x diplan awal2 pun.. aku terfikir time dalam mamai sbb kena bius.. hehe.. ambil sempena nama papa.. semoga sabar mcm papa..

Pengalaman nak daftar nama pulak.. utk 1st dan 2nd,senang jer daftar, sbb daftar kat JPN Raub.. hehehe.. yg 3rd dah start wat mslh laa pulak.. bknnyer mslh aper pun.. masalah nama MEGAT.. hehe.. sbb keturunan x dop megat.. tu yg jadik masalah.. masa Irfan Haziq.. papa nak daftarkan kat JPN hentian Kajang.. x boleh.. sbb kena ada sbb yang kuat.. sampai kena jumpa pengarah laa pulak.. kena gi daftar kat Putrajaya.. boleh laa pulak.. heheh.. sbb nama abg2nyer dah Megat.. x kan laa nak ubah pulak kan.. hiskhh..yg ke4 pulak.. daftar kat putrajaya.. papa ckp mmg ada persoalan dr pihak JPN.. sbb nama anak Megat.. papa pun tunjukkan sijil lahir 3 org anak semua nama Megat.. barulah boleh daftar tanpa ada masalah..

Yg paling aku terharu.. setiap kali melahirkan anak... papa laa yg paling byk berkorban masa, tenaga dan wang ringgit utk aku dan anak2.. pengorbanan papa yang sanggup menjaga anak2.. ketika aku dlm pantang.. menjaga aku dgn penuh kasih sayang.. sanggup x pergi kerja.. demi aku dan anak2.. dan yg paling penting, papa sanggup buat apa shj utk aku sihat seperti sedia kala..

I love U abang.. sungguh.. aku mungkin x kan berjumpa lelaki sebaik abang selain dr abang.. abang antara yang terbaik.. 1 dalam berjuta... MMmmuuuuuaaaaaaahhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhh....