Khamis, 23 September 2010

Cuti.. kerja.. cuti... huhuhu

Semlm cuti lagi.. hahaha.. ikut suka jer kan.. kejap masuk kerja.. kejap cuti.. tu laa kelemahan dan kelebihan kerja kat com sdr..huhuhuh.. sesuka hati jer kan... mmg x bagus.. semlm cuti coz abanng kerja kat site Melaka.. terpaksa laa amik cuti. dgn keizinan bos besar.. heheheh...

Hari ni masuk kerja.... just wat akaun.. update.. kemaskan apa yg patut.. follow up apa yg tersadai.. hahaha.... ok laa tu kan...

Selasa, 21 September 2010

Jalan-jalan....petang raya... hahahah




Ermmm...tengok laa tu gelagat anak ngan papa.. dua dua kontrol macho.. hahahah
















Abang dan adik... hehehhe.. enjoy lak tengok diorang naik kuda.. adik pegi la mana pun still x boleh tinggalkan CD otromen Dyna dan patung otromen kecik dia.. otromen terbaru mebius.. Dyna dah hilang kat taman... uhuhuhu

Itulah Hikmah...

Seorang pelajar madrasah tergesa-gesa ingin pulang ke kampungnya.

"Di kampung saya muncul seorang guru yang sesat yang telah mempengaruhi saudara dan teman-teman saya. Saya perlu pulang segera untuk mencegah kemungkaran!"

"Sabar dulu. Aku ingin mengajarmu sedikit lagi tentang hikmah," kata gurunya.

"Tak sempat. Saya perlu cepat!" Si pelajar segera bergegas pulang ke kampungnya.

Di sana dilihatnya guru yang sesat itu sedang mengajar.

"Aku ahli syurga. Aku telah nampak syurga dengan mata kepalaku. Sesiapa yang mengikut ajaranku akan masuk ke syurga. Kamu harus berbakti kepadaku dengan menyerahkan segala harta dan tenagamu." Begitulah kata-kata guru yang sesat itu.

Apalagi, dia pun berteriak dengan lantang, " Kamu sesat! Tidak ada siapapun yang selamat jika mengikut  ajaranmu!"

"Berani kau membantah kata-kata ahli syurga! Wahai pengikut-pengikutku, ajar pemuda yang kurang ajar ini!" perintah guru itu kepada pengikutnya.

Para pengikut guru yang sesat itu segera bertindak. Mereka menumbuk, menampar dan menendang si pemuda yang berani mengecam guru mereka.

Dengan tubuh dan muka yang berlumuran darah dan tangah yang patah, pelajar itu kembali ke madrasah pengajiannya.

"Aku di pukul oleh pengikut setia ajaran sesat," adu pelajar itu kepada gurunya.

"Dalam usaha mencegah kemungkaran, kita bukan sahaja perlukan keberanian tetapi ilmu serta kebijaksanaan. Mari kita berangkat ke sana!"

Sesampai sahaja di sana mereka terus ke tempat guru sesat itu mengajar.

Saya ahli syurga. Saya boleh beri jaminan bahawa sesiapa yang sayang dan berbakti kepada saya akan masuk syura. Sebelum kamu bertaubat kepada Allah, kamu wajib bertaubat kepada saya," kata guru sesat itu menjalankan diayahnya.

"Ya, tuan memang ahli syurga," tiba-tiba suara guru pelajar itu kedengaran dari belakang.

Para pengikut guru yang sesat itu berpaling. Mereka lihat seorang lelaki yang belum mereka kenali mengucapkan perkataan itu.

Si guru itu tersenyum sambil berkata,"Saya datang dari jauh untuk bertemu dengan ahli syurga. Guru di tempat saya berpesan, apabila datang bertemu tuan, tidak cukup menyerahkan harta dan memberikan tenaga kepada tuan, tetapi mesti mengambil cenderahati sebagai bukti kecintaan daripada tuan!"

"Bukti kecintaan kepada saya? Silakan," kata guru sesat itu dengan senang hati.

Sebaik sahaja berkata demikian, dia terus meluru ke hadapan dan menarik janggut guru sesat itu sambil berkata," Ayuh saudara-saudara! Mari kita cabut sebarang bulu pada kulit tuan guru kita sebagai bekalan menuju syurga!"

Mendengar seruan itu, semua pengikut yang taksub itu meluru dan menerpa guru mereka. Ada yang mencabut rambut, bulu dada, bulu ketiak dan bermacam-macam lagi.

"Aduh, aduh! Sakit! Sakit!" jerit guru sesat itu. Tetapi orang ramai tidak peduli. Mereka ingin masuk syurga. Dagu dan kepala guru sesat itu luka-luka. Badannya dihenyak, bahkan kainnya hampir dilondehkan.

"Jangan-jangan! Aku bukan ahli syurga! Jangan cabut bulu-buluku! Aku sakit, aku sakit!" jeritnya.

"Dengar itu saudara-saudara! Semua ini tipuan belaka. Dia manusia biasa macam kita juga.Syurga hanya diraih denga ketaatan yang ikhlas kepada Allah. Jangan bertuhankan manusia," kata si guru kepada pengikut-pengikut guru sesat itu.

Sambil merenung pelajarnya dia bertanya," Sekarang kau mengerti?"

"Ya, sekarang saya mengerti apa itu hikmah!"


Petikan dari Majalah Solusi isu ke-23 : 108

Ahad, 19 September 2010

Pagi2 dah buat hal...

Tu laa.. dah kena marah ngan papa.. adik..adik... pagi2 dah nangis x tentu pasal.. x der sebab apa pun.. buat perangai comei tu aa.. kat kedai makan.. dok nangis jer.. papa nak makan x senang.. tanya nak apa, tak nak jawab... last2.. papa cakap adik dok rumah sesorg.. papa, mama, abang ngan baby jer gi shopping...

Papa hantar adik masuk rumah.. kunci grill, terus drive.. tinggal adik sorang2... huhuhu.. mau nyer x menangis.. abang ngan baby dah takut kat papa.. papa tgh marah sgt... yer laa.. tiap kali nak gi shopping or jalan2.. adik wat perangai.. x der sebab apa pun.. nangis.. merajuk.. mogok.. haaa!! Kan dah kena marah ...

Tapi.. tu papa just nak ajar anak papa jer.. takkan laa papa & mama sanggup tinggal anak mama sorang2 kat rumah.. papa pusingkan kereta semula.. slow2 tengok cam mana adik kat rumah.. rupanyer still dok kat grill pintu.. menangis.. kesian laa pulak... papa suruh abang gi bukak pintu.. & bagitau adik.. jgn wat perangai lagi... heheheh.. tu laaa..

Dalam kereta.. nak ke Giant Nilai..baby dok bodek & pujuk papa.. main cak-cak ngan papa.. baby tahu papa tgh marah... lepas dia x berjaya.. yg klaka.. dia suruh mama pulak.. hahaha... dia tarik tudung mama.. dan cakap,"Mama.. gi kat papa..," sambil tarik tudung mama ke bahu papa.. terus papa gelak.. hehehe.. pandai2 jer anak mama yg sorang ni..

Macam2 hal... tu laa.. anak2.. time ada dok gaduh.. time diorg x dok sekali sunyi pulak.. bila gi kerja cepat2 nak balik.. rindu kat diorg...

Sabar jer laa...

Sabtu, 18 September 2010

kisah anak-anak.. aku dan suami...

Urmm.. dah lama x ziarah blog aku ni.. semenjak bulan Puasa.. sekarang dah syawal.. Alhamdulillah.. aku masih bernafas dan dapat menghirup udara segar.. di sisi anak2 dan suami tercinta...

Anak-anak makin cerdik.. membesar dgn keletah masing-masing.. sampai tak terlayan .. ada lucu.. sedih.. x kurang juga kerenah yang mencabar kesabaran aku sebagai mama.. iskh..iskh... Minggu lepas.. hari raya ke-2.. abang ajak balik ke Kelantan.. utk beraya.. oklaa tu.. dpt jugak beraya.. yg x seronoknya.. aku kena cirit birit.. 1 hari terlepek atas katil.. tidur.. huhuhu.. x dpt beraya sgt laa.. esok nyer terus balik coz alang dah keje.. kalau x mahu abang stay lg 2 -3 hari kat kg..  Abang Izz.. still kata itu bukan kg.. coz rumah atuk ngan neneknya dah baru.. banglo.. hehehe.. bagi Izz.. kg dia rumah kayu.. yg dah buruk.. itu baru kg.. klaka pulak.. itu laa kan.. pandangan anak2.. anak2 seronok kat kg.. coz dpt jumpa dan bermain ngan sepupu diorg.. Mirza pulak asyik tanya, " bila nak balik rumah papa??" yg sorang ni bukan boleh jalan lama.. misti nak balik rumah jugak...

Yg seronoknya raya ni.. rumah aku dah renovate.. perabot baru.. heheh.. abih duit raya.. wahahaha...

Bagi pandangan aku secara peribadi.. anak2 if dah besar.. bekerjaya.. jgn laa kita sbg ibu bapa membebankan mereka dgn kita yg dah semakin tua.. anak-anak ada kehidupan sendiri.. dan x perlu laa kita kata anak kita derhaka or apa2 saja sbb diorg x melawat kita di hari tua nanti.. sbb kita pun bukan sempurna pun... biar laa anak2 dgn kehidupan mereka.. dan kita sebagai ibu bapa.. doakan kesejahteraan hidup anak2.. dan semoga Allah lindungi anak2 kita dr sebarang mara bahaya.. semoga jadi anak yang soleh.. if diorg jaga kita.. Alhamdulillah...