Jumaat, 10 Februari 2012

Renungan untuk diriku yg mudah lupa...

Rama-rama, cacing & beluncas..

Seekor rama-rama terbang riang di sebuah taman bunga. Hatinya gembira memandangkan cuaca cerah, bunga berkembang mekar mengharum dengan bunyi kicauan burung mempersona.

Sang rama-rama ditegur oleh sang cacing.
"Wah, cantiknya kamu. Lihat kepak kamu yang berkilat dan berwsrna-warni," kata cacing.

"Corak kepak kamu memang menawan.Ia seolah-olah hasil karya seni seorang seniman," puji cacing lagi.

"Alhamdulillah, kita ini hakikatnya ciptaan Allah jua."
"Ada lagi yang menakjubkan kami tentang kamu, wahai sang rama-rama."
"Apa dia?"
"Di kala kamu terbang, gerak kepak kamu seolah-olah suatu tarian yang mengasyikkan."

Sang rama-rama sekadar tersenyum. Dalam hatinya turut kagum dengan cacing pula. Apa tidaknya, peranan cacing menggemburkan tanah menyebabkan tanah subur untuk pelbagai tanaman, yang seterusnya menumbuhkan pokok yanng mengindahkan lagi taman tersebut.
Rasa kagum itu disambut dengan lafaz Subhanallah.

"Eeei..apa itu?"
Tiba-tiba si cacing menunjuk ke arah seekor beluncas yang sedang memanjat daun.

"Buruk sungguh rupanya! Geli aku lihat..."
kata cacing tersebut.

Sang rama-rama yang mendengar tersenyum.
"Itulah diri aku sebelum aku menjadi rama-rama yang menawan ini. Sebelum itu aku terperuk dalam kepompong sempit," terang sang rama-rama.

"Oh, begitu? Maafkan aku kerana rupa-rupanya aku mengutuk kamu setelah memuji kamu."

 
***Renungan utk diri ini...
Kita seringkali cepat mengutuk tetapi lambat berfikir, apatah lagi    mengutip 'ibrah' di sebalik sesuatu. Jangan mudah mengutuk tanpa mengetahui asal usul sesuatu.



~~Solusi isu ke-39~~~

Tiada ulasan:

Catat Ulasan