Jumaat, 26 Oktober 2012

Aidiladha 1433H.. Pengorbanan...

Selamat menyambut hari raya...
Semoga selamat semuanya..


Gambar yg tak ready.. ^_^


Pengorbanan mama.. & family.. walaupun jauh, mama still manjakan anak2.. walaupun aku dah anak 4 org.. sanggup menghantar ketupat, rendang & kuah kacang..


Hero2 penyejuk mata.. tempat mama bermanja.. ber'gaduh'.. hehehe


Bila sebut pengorbanan.. bukan korban lembu/kambing k.. kita rasa kita yg lebih selalunya.. ungkit kita yang banyak berkorban utk keluarga.. dan sebagainya.. (muhasabah diri sendiri)..

Bila bergaduh or berselisih pendapat dgn pasangan.. suami akan kata, dia lebih byk berkorban utk family.. sanggup bekerja, dr pg sampai malam.. letih mencari rezeki untuk keluarga.. Isteri pula.. berkorban apa shj utk family.. jaga anak2.. didik anak2.. menguruskan rumah tangga dan sebagainya..
Begitu juga, dalam perhubungan sebagai adik beradik.. kawan, tempat kerja.. masing2 mengatakan mereka lebih dalam melakukan sesuatu...

Bila dikaji semula.. setiap individu mempunyai peranan masing2.. tak kiralah, suami, isteri, ibu, anak2.. pekerja.. semuanya bermula dr HATI.. jika IKHLAS.. semuanya akan jadi mudah, kan??
Tak payah berkira, siapa yang lebih.. siapa yg kurang.. begitu juga if melakukan korban .. lembu/kambing yang nak dikorbankan perlulah yang terbaik dan niat kerana Allah SWT..
Kehidupan kita juga begitu..setiap apa yang kita lakukan niat kerana Allah SWT dan ikhlas..

Bg diri ini..
pengorbanan seorg ibu.. memang tidak dapat dinilaikan dgn apa jua.. bukan kata ayah tu tak berperanan.. ayah juga berkorban utk anak2.. Tapi ibu lebih2 lagi.. dgn bertarung nyawa melahirkan anak2.. menyusu..mendidik, menjaga.. dan deria rasa ibu yang terlalu istimewa, hingga boleh mengetahui apa yang anak2 lalui, kesukaran anak2.. anak2 ada masalah, ibu yang terlebih dulu dapay mengesannya tanpa diberitahu.. Naluri seorang ibu, tak boleh dibohongi..

Anak perempuan, bila dah jadi isteri org.. suami diutamakan.. bila jadi mcm aku?
Mama juga tempat bermanja.. mama juga tempat menumpang kasih.. tempat mengadu nasib, mama sbg pakar psikologi, penasihat.. Bila jadi mcm ni. hati mama lagi terguris daripada perasaan aku.. mama yang lebih sedih,
yang lebih sakit hati, mama.. yang tak dapat terima perbuatan menantunya.. Mama.. emosi mama sangat terguris, tercalar.. kerana, seorang lelaki yg diharapkan utk menjaga anak perempuan dia.. satu2 nya anak perempuan, diperlakukan mcm ni.. Begitu besar pengorbanan Mama..dan sokongan mama amat bererti utk aku terus kuat dan tabah .. Diiringi doa mama yang sentiasa mahukan anaknya dikurniakan kehidupan yang lebih baik..

Terima kasih mama.. rasa skrg nak peluk2 mama kuat-kuat.. Rindu mama.. Pengorbanan mama tak dapat ateh balas dgn harta benda.. sepatutnya ateh yg jaga mama, bukan mama jaga ateh dah..
Semoga Allah SWT sentiasa melindungi mama, panjangkan umur mama, kurniakan mama kesihatan yang baik, murahkan rezeki mama, semoga mama sentiasa bahagia di dunia dan akhirat kelak.. ^_^



...Luv ..
Ima


Tiada ulasan:

Catat Ulasan