Isnin, 20 Februari 2012

Rombongan Terakhir Masuk Syurga

"Daripada Abdullah bahawa Rasulullah s.a.w. bersabda yang bermaksud:

"Sesungguhnya aku benar-benar mengetahui bahawa ahli neraka yang terakhir keluar dari neraka dan ahli syurga terakhir masuk ke dalam syurga. Iaitu orang yang keluar dari neraka dengan merangkak, lalu Allah berfirman: 'Pergilah, lalu masuklah ke dalam syurga.' Dia pun sampai ke gerbang syurga. Dia membayangkan bahawa syurga sudah penuh, maka dia kembali seraya berkata:"Wahai Tuhanku,  aku mendapati syurga telah penuh.' 'Pergilah, lalu masuklah ke dalam syurga.' Dia pun sampai ke depan pintu syurga. Dia membayangkan bahawa syurga sudah penuh, maka dia kembali seraya mengatakan:' Wahai Tuhanku, aku mendapati syurga telah penuh.'

Allah berfirman:' Pergilah lalu masuklah syurga kerana kamu memperoleh semisal dunia dan 10 kali ganda - atau kamu mendapat seumpama 10 kali dunia.'

Dia bertanya:' Engkau mengejekku atau mentertawakanku, sedangkan Engkau ialah Raja.'"

Abdullah melanjutkan:' Aku melihat Rasulullah s.a.w. tertawa sehingga tampak gigi-gigi gerahamnya. Itulah ahli syurga yang paling rendah darjatnya."


~~Riwayat al-Bukhari dan Muslim~~

Tiada ulasan:

Catat Ulasan