Jumaat, 26 Oktober 2012

Aidiladha 1433H.. Pengorbanan...

Selamat menyambut hari raya...
Semoga selamat semuanya..


Gambar yg tak ready.. ^_^


Pengorbanan mama.. & family.. walaupun jauh, mama still manjakan anak2.. walaupun aku dah anak 4 org.. sanggup menghantar ketupat, rendang & kuah kacang..


Hero2 penyejuk mata.. tempat mama bermanja.. ber'gaduh'.. hehehe


Bila sebut pengorbanan.. bukan korban lembu/kambing k.. kita rasa kita yg lebih selalunya.. ungkit kita yang banyak berkorban utk keluarga.. dan sebagainya.. (muhasabah diri sendiri)..

Bila bergaduh or berselisih pendapat dgn pasangan.. suami akan kata, dia lebih byk berkorban utk family.. sanggup bekerja, dr pg sampai malam.. letih mencari rezeki untuk keluarga.. Isteri pula.. berkorban apa shj utk family.. jaga anak2.. didik anak2.. menguruskan rumah tangga dan sebagainya..
Begitu juga, dalam perhubungan sebagai adik beradik.. kawan, tempat kerja.. masing2 mengatakan mereka lebih dalam melakukan sesuatu...

Bila dikaji semula.. setiap individu mempunyai peranan masing2.. tak kiralah, suami, isteri, ibu, anak2.. pekerja.. semuanya bermula dr HATI.. jika IKHLAS.. semuanya akan jadi mudah, kan??
Tak payah berkira, siapa yang lebih.. siapa yg kurang.. begitu juga if melakukan korban .. lembu/kambing yang nak dikorbankan perlulah yang terbaik dan niat kerana Allah SWT..
Kehidupan kita juga begitu..setiap apa yang kita lakukan niat kerana Allah SWT dan ikhlas..

Bg diri ini..
pengorbanan seorg ibu.. memang tidak dapat dinilaikan dgn apa jua.. bukan kata ayah tu tak berperanan.. ayah juga berkorban utk anak2.. Tapi ibu lebih2 lagi.. dgn bertarung nyawa melahirkan anak2.. menyusu..mendidik, menjaga.. dan deria rasa ibu yang terlalu istimewa, hingga boleh mengetahui apa yang anak2 lalui, kesukaran anak2.. anak2 ada masalah, ibu yang terlebih dulu dapay mengesannya tanpa diberitahu.. Naluri seorang ibu, tak boleh dibohongi..

Anak perempuan, bila dah jadi isteri org.. suami diutamakan.. bila jadi mcm aku?
Mama juga tempat bermanja.. mama juga tempat menumpang kasih.. tempat mengadu nasib, mama sbg pakar psikologi, penasihat.. Bila jadi mcm ni. hati mama lagi terguris daripada perasaan aku.. mama yang lebih sedih,
yang lebih sakit hati, mama.. yang tak dapat terima perbuatan menantunya.. Mama.. emosi mama sangat terguris, tercalar.. kerana, seorang lelaki yg diharapkan utk menjaga anak perempuan dia.. satu2 nya anak perempuan, diperlakukan mcm ni.. Begitu besar pengorbanan Mama..dan sokongan mama amat bererti utk aku terus kuat dan tabah .. Diiringi doa mama yang sentiasa mahukan anaknya dikurniakan kehidupan yang lebih baik..

Terima kasih mama.. rasa skrg nak peluk2 mama kuat-kuat.. Rindu mama.. Pengorbanan mama tak dapat ateh balas dgn harta benda.. sepatutnya ateh yg jaga mama, bukan mama jaga ateh dah..
Semoga Allah SWT sentiasa melindungi mama, panjangkan umur mama, kurniakan mama kesihatan yang baik, murahkan rezeki mama, semoga mama sentiasa bahagia di dunia dan akhirat kelak.. ^_^



...Luv ..
Ima


Khamis, 25 Oktober 2012

Acuan Hidup.. Bahagia Diri...

Selalu juga terdetik dalam hati.. bila lihat orang lain bahagia.. rasa nak je mintak tips2 bahagia drpd mereka.. Boleh je kan?? Untuk kebaikan..

Terfikirkah kita.. mungkin, bagi mereka bahagia mereka dgn cara mereka, tak semestinya kita juga boleh mengecapi bahagia jika kita ikut cara mereka.. boleh dapatkan tips.. petua dan apa sahaja..cuma, cara mengaplikasikan cara itu yg perlu disesuaikan dgn kita. Orang lain juga, mungkin melihat kita bahagia dgn cara kita, dan tak semestinya cara kita itu sesuai utk membahagiakan mereka.

Bina bahagia, bukan boleh diminta drpd orang lain.. pasangan kita, anak2 kita.. serta org disekeliling kita.. Bangkit dan bangun .. bina bahagia kita.. di samping sentiasa berdoa, memohon agar kita dikurniakan kebahagiaan dan ketabahan hati untuk menempuhi kehidupan di dunia ini...


^__^

Rabu, 24 Oktober 2012

Bangkit!! Bangun!!! Yakin mampu untuk terus BERDIRI....

"Ketika kau ucap kata selamat tinggal
Ku sangka diriku kan hancur oh, oh
Nestapa menyiksa membuat aku sedar
Hanya aku yang bisa mengubah arah hidup


Lihatlah, lihatlah aku buktikan padamu
Walaupun ku jatuh tapi tak tersungkur
Biarkan, biarkan ku berdiri sendiri
Kerana ku yakin masih lagi mampu
...
Bernyawa dengan sebelah jiwaku oh

Ku tahu kau mahu melihat aku sugul
Tapi tak akan ku menzahirkannya oh, oh
Meskipun hatiku berderai bagai kaca
Ku kutip serpihannya dan cantumkan semula

Lihatlah, lihatlah aku buktikan padamu
Walaupun ku jatuh tapi tak tersungkur
Biarkan, biarkan ku berdiri sendiri
Kerana ku yakin masih lagi mampu
Bernyawa dengan sebelah jiwaku oh

Takkan ku biarkan mata mengalirkan air mata kecewa oh, oh, oh
Kini ku berani lebih berdikari yeah, yeah, yeah...."
 
~~Motivasikan diri sendiri.. Yup!! Memang sentiasa tersenyum.. hinggakan ada yang beritahu.. OK ke?? Selepas apa yang berlaku dan ditempuhi... Bangga ke dgn status JANDA?? Single mama??
Apa ada pada status?? Kemungkinan besar setiap wanita utk bergelar status tersebut amat2 tinggi.. tak semestinya bercerai or berpisah hidup.. bercerai mati pun.. status yang sama..
 
Alhamdulillah.. Allah anugerahkan pelbagai hikmah, nikmat dan rahmat selepas apas yang berlaku.. sekongan mama, abah, adik beradik, kawan2.. dan yg penting anak2 penyejuk mata dan penenang jiwa.. Hidup mesti diteruskan walaupun perit.. Kita mampu untuk berdiri sendiri.. selepas apa yg terjadi, kekuatan diri muncul..
 
Soalan2 yang paling biasa di soal..
" Kenapa minta cerai??",Tak ingat anak-anak2 ke?" "Tak sayang ke dengan rumah tangga"..
 
Macam mana ye nak jawab.. mungkin pendapat setiap orang berbeza-beza.. dan orang yang melaluinya, walaupun masalah yang sama.. tp situasi berbeza, dan cara penyelesainnya juga berlainan.
 
Ikutkan sayang.. memang sayang.. ikutkan kasihan kan anak2.. memang kasihan.. tp telusilah hati sendiri.. mampukan teruskan perhubungan sekiranya hati curiga.. syak wasangka.. bolehkah hidup bersama pasangan sekiranya, apa yang di lakukan terhadap kita, kita tidak boleh lupa.. dan hidup dalam keadaan yang sentiasa mengungkit dan mencari salah?? Selain, harga diri ini di campak ke tepi semata2 jatuh cinta pd wanita lain.. Curang?? Suami jatuh cinta pd yg lain?? Itu fitrah lelaki.. tp if nak kumpul isteri ramai2 pun.. kalau yg satu ini dah tak ada nilai.. tak boleh nak jaga.. inikan pulak nak jaga 2 hati.. or lebih.. lupakan jer laa..
 
Bahagia diri ini bukan ditentukan oleh pasangan kita.. Bahagia diri, ditentukan oleh diri sendiri..
Selain itu, yg paling penting... berdoa kpd Allah agar hati ini beroleh bahagia kerana Allah yang menganugerahkan setiap hambaNya HATI... Hati itu perlu diserahkan pada penciptaNya utk menperoleh bahagia.. Just sematkan dalam diri, hati, minda.. selepas bangkit dr jatuh.. jangan biarkan diri jatuh walaupun selepas ini dugaan datang menduga...
 
luv...
Ima