Sabtu, 12 November 2011

MADAH SUMAYYAH

Suamiku..
Bunga semalam telah layu..
Gugur dari jambangannya
Mujur...
cinta kita
bukan itu lambangnya.

Mulutku telah kaku merayu
Hatiku malu untuk terus cemburu
Tidak seperti dulu..
Kerna kini kau seorang mujahid
yang rindu memburu syahid!

Maaf kiranya tutur dan tingkah
Senyum dan seri wajah
Pudar dan hambar di matamu
Padaku yang baru belajar
menjadi seorang mujahidah!

Aku kini hanya mendokan
agar kau menjadi Yasir
Walau kiranya...
bukan aku sebagai Sumayyahmu!

Dalam tangis kucuba senyum
tika kau keluar bermusafir
Seperti redhanya Siti Hajar
waktu ditinggalkan Ibrahim.

Biarlah kita berpisah
selalu derita
Kerana syurga menagih ujian berat
Sedang neraka itu...
dipagar ribuan nikmat!!!


~~Dipetik dr Solusi ISU 26 oleh Pahrol Mohamed Juoi

Tiada ulasan:

Catat Ulasan