Khamis, 9 Februari 2012

Isteri saya Hilang!!!

Seorang suami berjumpa polis untuk melaporkan kehilangan isterinya yang keluar seketika untuk membeli gula, namun tidak pulang-pulang.

"Sudah berapa lama isteri encik keluar?" soal polis.
"Saya tidak pasti pula. Pagi tadi atau tengah hari kut."
"Dia pakai baju warna apa?"
" Tak pasti la tadi. Mungkin hitam atau putih. Kalau tak pun kelabu."
"Baiklah. dia ada bawa kad kredit atau kad ATM bersama?"
"Kad ATM memang selalu ada dalam dompet dia, tapi kad kredit tidak pasti pula."

Polis tersebut menggeleng-gelenngkan kepala.
"Isteri encik  keluar dengan kereta persendirian?"

"Ya tuan, dia keluar menggunakan kereta saya, Perodua Myvi. Kereta saya tu berwarna silver, berusia empat tahun 12 Disember nanti. Bumper depan kereta sebelah kiri ada kesan calar sikit. Bahagian dalam kereta saya guna wangian Teddy Dream dari Lovely Lace."

"Okey, kalau macam tu kita cari kereta encik dahulu sebelum mencari isteri encik," kata polis menamatkan sesi soal siasat.




~~Pengajaran~~
Adakah ada ketikanya material lebih mudah kita terangkan ciri-cirinya secara detail berbanding insan yang kita sayangi?
Pulanglah ke rumah dan kenalilah insan yang dekat dengan kita.
Mengenali untuk menyayangi..bukan untuk membenci..



(Solusi isu:38)

Tiada ulasan:

Catat Ulasan