Jumaat, 16 September 2011

Sotong Kicap Berempah pulak...

Sotong Kicap Berempah


Hehehe..suka sangat rempah2 ek?? sajer jer.. ini pun resepi direka sendiri.. apa yg ada kat dapur tu,masukkan jer kalau rasa sesuai.. sedap x sedap lain cerita..
ni resepinyer...

Bahan2nya: (2 -3 orang makan)
  • 3-4 ekor sotong saiz sederhana
  • 1 sudu besar cili kisar
  • 1 sudu teh rempah kari
  • 2-3 ulas bawang putih- tumbuk kasar
  • 2 btg serai dititik
  • kicap manis
  • kicap pekat
  • garam secukup rasa
  • gula
  • hirisan bawang besar & lada merah utk hiasan
Cara-caranyer:
  • sotong dibersihkan, dan ikut suka nak masak seekor2 ker.. or nak potong.
  • tumiskan bawang putih yg ditumbuk kasar
  • masukkan cili kisar, biarkan garing
  • masukkan rempah kari..
  • masukkan sotong, serai kicap manis, kicap pekat
  • masukkan gula & garam secukup rasa. Biar sehingga masak
  • masukkan lada merah dan hirisan bawang besar,kacau seketika .
  • rasa2 dah masak.. boleh laa angkat..

Tiada ulasan:

Catat Ulasan