Isnin, 26 September 2011

Ayam Masak Kurma


Hmm.. masak lagi.. pas tu makan..makan dan makan.. heheh.. resepi ni pun amik dr myresepi.com.. mamaRisya@myresipi.com, hubby puji sedap.. yg berbezanyer masak kurma ni, sebab tambah rempah kari.


Bahan-bahan ( 5-7 org makan )

1 ekor ayam ( yg buat x sampai pun sekor ayam)
1 1/2 biji bawang merah (ditumbuk)

4 ulas bawang putih (ditumbuk)

2cm halia (ditumbuk)

1 biji santan kelapa

3 sudu rempah kurma

1 sudu rempah kari

4 biji kentang (di potong 4)

1 biji bawang merah (di potong 4)

3 biji cili hijau / cili merah

3 biji buah pelaga

1 batang kayu manis

2 biji bunga lawang

1 camca gula

garam secukup rasa

sedikit minyak untuk menumis

*untuk tambahan-bole letak carrot & tomato. kalo xde pon xpe.

Cara-cara

  1. Satukan rempah kurma & rempah kari kedalam mangkuk kecil. Masukkan sedikit air, kacau sedikit Ketepikan.
  2. Tumis bahan-bahan yang telah ditumbuk. Masukkan bunga lawang, buah pelaga, kulit kayu manis. Tumis biar naik bau.
  3. Masukkan rempah yang telah disatukan tadi. Tumis biar sampai garing & wangi.
  4. Kemudian masukkan ayam. Kacau sebentar.
  5. Masukkan pula santan, sedikit demi sedikit hingga habis. Kemudian masukkan kentang yg telah dipotong 4 tadi.
  6. Biarkan kira-kira 15minit / hingga ayam empuk & kentang lembut.
  7. Masukkan garam secukup rasa & gula.
  8. Masukkan bawang merah yang telah di potong 4, cili hijau & cili merah.
  9. Biarkan mendidih sebentar. Tutup api & bole la di hidang.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan