Rabu, 28 September 2011

Pasta baked lagi...


Pasta baked lagi.. heheh.. ni yg lebih ala-ala kampung tu.. pas tu just buatkan sos putih dan 2 biji telur.. sos putih tu, caranya: 3 sb butter, 1 sb tepung gandum, 300ml susu segar.. garam dan lada hitam secukup rasa..
Panaskan butter, masukkan tepung gandum, dan masukkn susu kacau hingga agak2 pekat pas tu masukkan laa garam ngan lada hitam.
Letakkan dlm loyang yg dah di sapu planta,pasta yg ala-ala kg tu.. kacau 2 biji telur ayam, masukkan jer... pas tu lapiskan dengan sos putih td.. buleh laa hiaskan dengan apa sahaja.. yg kali ni letak jejari ketam.. hehehe.. pas tu taburkan mozarella cheese.. masukkan dlm microwave suhu HIGH 10-12 minit..
Buleh laa angkat dan hidang.. YummY...

Lapar..?? Jom Makan..

Pasta Goreng Ala-ala kampung...


Eheks!!Sejak 2 menjak ni keroje nyer nak masak jer.. pas tu nak cuba resepi2 baru.. x kire laa anak2 nak makan ke x.. yg penting masak.. nak ikut selera semua ni susah.. just try jer.. kalau suka,lain kali masak lagi.. kalau tak.. x der laa.. skali seumur hidup... ngeh..ngeh..ngeh..

Resepi ni simple jer.. ikut suka..hehehe..
Bahan-bahannya:
400gm pasta (x kira laa bentuk ape pun.. rebus dgn garam n sedikit minyak)
15 ekor udang
ayam/daging kisar secukupnya..(ikut selera)
2-3 ulas bawang putih
1 sudu besar lada kisar (nak pedas buleh letak lebih )
2 sudu sos spaghetti (apa2 brand yg penting halal)
lada benggala merah/hijau (potong dadu) ikut suka nak byk mana.. yg ni letak sikit jer..
1 labu bawang besar (warna kuning) potong dadu jugak
1 biji tomato (potong dadu)
2/3 cendawan butang (potong dadu) yg ni beli yg fresh,, bukan dlm tin..if dlm tin pun buleh..
4 sudu besar sos cili
garam & perasa secukupnya

Nak buat nyer senang jer..
1. Panaskan minyak( kalau minyak zaitun lagi bagus..
2. Tumiskan bawang putih yg telah ditumbuk, pas tu lada kisar, biar sehingga garing or naik baunyer
3. pas tu, masukkan ayam dan udang
biarkan sekejap
4. masukkan semua bahan yg telah di potong dadu
masukkan sos spaghetti
5. kacau jap bg sebati, kemudian masukkan sos cili
Masukkan sedikit air, masak hingga agak2 empuk.Perisakan dgn garam dan bahan perasa
6. Boleh laa masukkan pasta yg telah direbus dab ditoskan
kacau jap.. buleh laa angkat

Selasa, 27 September 2011

Tak sangka..

Bila terfikir anak bertambah.. mula2 rasa tak yakin nak uruskan anak2 dalam urusan harian.. dan tak yakin dapat tempuhi hari2 yang mendatang..Almaklum laa.. kenal diri sendiri yg kurang kesabaran.. yg hati mudah panas.. dan angin mudah berubah-ubah..(cheewaahhh... cam puisi lak..) hehehe..

Alhamdulillah.. taK SanGkA.. & x di duga..eheks!! Aku boleh lalui semua tu.. walaupun kelam kabut pd mula2nya.. dan rasa tertekan itu tetap ada.. Yer laa.. mana nak kejar yg gi anak yg gi sekolah sesi pagi.. pas tu lak.. yg abangnya sesi petang.. nak masak.. nak susukan baby.. nak layan kerenah Irfan Haziq.. if baby ok.. sempat la wat semua tu.. tp bila bby meragam tu yg buat stress.. sebab kena bg sepenuh tumpuan kat baby..

Hubby selalu bg kata2 semangat.. dan dia yakin aku mampu lakukan.. walaupun, rumah tak terurus sebab dok urus anak2 jer.. mujur hubby memahami.. Alhamdulillah..abang amat memahami.. hingga abang cakap.. "Abang surrender laa utk jaga 4 hero tu.. boleh jaga.. tapi mesti kerja yg lain lingkup..,'.. hehehe..
Abang mmg boleh jaga anak2.. tapi x semua kerja rumah dia boleh buat dalam masa yg sama..

Doa semoga Allah s.w.t kurniakan aku kesihatan yang baik.. dan kesabaran untuk mengurus, menjaga, mendidik anak2 dengan baik.. Insya Allah.. Amin..

Dan semoga anak2 memahami mamanya ini..



Soalan apakah ini???

Setelah menduduki satu ujian akhir semester, seorang pelajar cemerlang menemui profesornya. Tujuannya hanya satu, untuk bertanya kewajaran soalan terakhir dalam kertas soalan tersebut.
"Prof, adakah soalan terakhir itu dikira sebagai sebahagian daripada markah peperiksaan akhir?"
"Ya, sudah tentu."
"Tapi Prof, itu soalan luar daripada sukatan dan tiada kena mengena dengan mata pelajaran ini," pelajar itu cuba memberikan komen.
"Kamu silap. Ia ada kaitan dengan sukatana pelajaran."
" Mungkin Prof terlupa. Soalannya berbunyi,'Siapakah nama tukang cuci Jabatan Kejuruteraan Aeronautik?' Bagi saya, soalan ini langsung tiada kaitan dengan kursus yang saya ambil!"
"Pelajar seperti kamu tidak hanta semata-mata cemerlang dalam peperiksaan. Teori hanya sebahagian kecil daripada proses pembelajaran. Teori perlu dipraktikkan. Tetapi teori dan praktikal pun belum cukup. Sikap peduli seorang mahasiswa mengenai masyarakat sekelilingnya jauh lebih penting walaupun kamu nanti mungkin hanya akan bekerja dengan mesin."

~~~PenGaJaraN:~~
Kita sering melakukan sesuatu berdasarkan apa yg tercatat di atas kertas. Kita menjadi ibarat robot yg sangat patuh kepada sistem. Hakikatnya Islam membawa saranan agar mementingkan nilai kemanusiaan. Sebaik-baik manusia ialah manusia yang bermanfaat kepada manusia lain.

(Petikan: SOLUSI ISU 36)

Isnin, 26 September 2011

Ayam Masak Kurma


Hmm.. masak lagi.. pas tu makan..makan dan makan.. heheh.. resepi ni pun amik dr myresepi.com.. mamaRisya@myresipi.com, hubby puji sedap.. yg berbezanyer masak kurma ni, sebab tambah rempah kari.


Bahan-bahan ( 5-7 org makan )

1 ekor ayam ( yg buat x sampai pun sekor ayam)
1 1/2 biji bawang merah (ditumbuk)

4 ulas bawang putih (ditumbuk)

2cm halia (ditumbuk)

1 biji santan kelapa

3 sudu rempah kurma

1 sudu rempah kari

4 biji kentang (di potong 4)

1 biji bawang merah (di potong 4)

3 biji cili hijau / cili merah

3 biji buah pelaga

1 batang kayu manis

2 biji bunga lawang

1 camca gula

garam secukup rasa

sedikit minyak untuk menumis

*untuk tambahan-bole letak carrot & tomato. kalo xde pon xpe.

Cara-cara

  1. Satukan rempah kurma & rempah kari kedalam mangkuk kecil. Masukkan sedikit air, kacau sedikit Ketepikan.
  2. Tumis bahan-bahan yang telah ditumbuk. Masukkan bunga lawang, buah pelaga, kulit kayu manis. Tumis biar naik bau.
  3. Masukkan rempah yang telah disatukan tadi. Tumis biar sampai garing & wangi.
  4. Kemudian masukkan ayam. Kacau sebentar.
  5. Masukkan pula santan, sedikit demi sedikit hingga habis. Kemudian masukkan kentang yg telah dipotong 4 tadi.
  6. Biarkan kira-kira 15minit / hingga ayam empuk & kentang lembut.
  7. Masukkan garam secukup rasa & gula.
  8. Masukkan bawang merah yang telah di potong 4, cili hijau & cili merah.
  9. Biarkan mendidih sebentar. Tutup api & bole la di hidang.

KISAH KATAK

Sekumpulan katak berkumpul mengelilingi sebuah perigi yg separuh siap.
Dua ekor katal terperangkap dalam di dalam perigi itu, akibat tidak berhati-hati ketika melompat.
Mereka melihat ke dalaman perigi tersebut. Ternyata terlalu dalam. Pantas mereka sepakat, sudah tiada harapan.

"Kamu tawakkal saja la. Mungkin ini nasib kamu!" jerit katak dari atas kepada dua ekor katak di dalam perigi itu.

"Kami pun tidak tahu macam mana kami nak bantu kamu naik ke atas," kata katak lain.
"Itulah kamu, kenapa cuai sangat.Ini padahnya tidak berhati-hati.Kalaulah kamu betul-betul semasa melompat, takkan jadi tragedi macam ni," tambah katak yang lain.

Namun kedua-dua ekor katak itu tetap berusaha naik ke atas dengan melompat. Masih gagal. Dari atas terus kedengaran suara-suara yang hanya membunuh harapan mereka.
Setelah agak lama mencuba, salah seekor katak berputus asa. Badannya sakit-sakit dan lenguh-lenguh akibat melompat tidak berhenti-henti.  Tenaganya pula semakin lemah. Dia hanya mampu tersandar di dinding perigi. Ditambah pula semangatnya lumpuh dek kata-kata yang tidak memberangsangkan dari atas.

Tidak berapa lama kemudian dia pun mati. Mati katak. Kumpulan katak-katak di atas hanya mampu melihat.
Melihat rakannya telah mati, katak yang seekor lagi meneruskan usaha melompat.

"Kamu tidak nampak ke kawan kamu tu dah mati? Kamu pun nanti akan menyusul sama!"
"Simpan saja tenaga kamu. Membazir je kamu melompat-lompat."
"Buat kali terakhir,kamu ingin makan apa?Kami akan bawakan."
Begitulah pelbagai teriakan kedengaran dari atas. Namun katak itu tidak mempedulikannya. Dia terus melompat. Akhirnya seperti ada satu semangat baru, katak itu melompat begitu tinggi dan berjaya keluar.

Takjub melihat apa yang berlaku, seekor katak menemuramahnya:" Kenapa kamu tetap melompat walaupun kami sudah menyuruh kamu menerima takdir yang kamu mungkin akan mati seperti kawan kamu?"

"Sebenarnya telinga saya kurang dengar. Saya ingatkan kamu semua memberi semangat kepada saya untuk terus berusaha melompat. Saya lihat mulut kamu semua menjerit  sesuatu, seolah-olah memberi semangat kepada saya. Sebab itu saya terus berusaha, tidak mahu mengecewakan kamu semua."

Pengajaran:
You're what you think.
Kadangkala, tersalah sangka juga ada manfaatnya,terutamanya apabila kita menyangka niat seseorang yang jahat itu sebenarnya baik untuk kita,lalu kita mendapat manfaat daripadanya.


~~Petikan: SOLUSI ISU 36

Jumaat, 23 September 2011

Mood masak-masak..

PUDING ROTI



Ni resepi dr hanis@myresepi.com  nyer laman web.. heheh... mmg senang sgt.. tp yg ni version guna microwave  sbb oven x der laa.. utk yg guna oven boleh.. kukus pun boleh.. ni resepinyer yer..

Bahan-bahan ( 3-4 orang )


4 keping roti, disapu mentega

450ml susu segar

3 biji telur

25g gula

1 sudu besar tepung kastard

Cara-cara
1.Potong roti sesuka hati dan susun di dalam loyang.
2.Panaskan susu di atas api(jangan sampai mendidih).
3.Pukul telur dan gula sampai kembang dan masukkan susu yang telah dipanaskan.
4.Masukkan tepung kastard dan kacau hingga sebati.
 5.Tuang campuran atas susunan roti. Biarkan selama 15min supaya roti kembang.
6.Bakar 20-30min pada suhu 180.
Kemudian sejukkan

Yg guna micro tuu.. just guna suhu HIGH 8 - 9 minit yer.. kalau MEDIUM tu lama laa sikit.. just try ler.. kalau x try x tahu kan.. tapi apa2 pun.. alhamdulillah..jadik jugak.. heheh
ini pun agak2 jer.. 

Opssttt..lupa pulak.. kalau puding roti ni makan sos kan sedap.. hehehe.. ada tengok resepi wat sos puding yg paling senang.. 

Campurkan 1 tin susu cair, 2 sudu besar tepung kastad ngan 2 sudu gula.. masak atas api sederhana,kacau selalu sampai dia likat..
 tapi kat dapur x der susu sejat.. wat ler sendiri sos gubahan.. heheh..
guna 1/2 tin susu pekat, tambah sikit susu segar, air 1 cawan, n gula sikit.. rasanya x yah boh gula pun x per.. sebab susu pekat kan dah manis.. pas tu masak atas api sederhana sampai likat...
jadik jugak akhirnya.. hehehe...

~~Oooo..Balik Kampung.. Last Version~~::


Aaa.. ni yg last dah.. Hmm.. banyak pulak aku update blog ni.. boleh kata tiap hari.. hehehhe.. seronok laa pulak.. Wat koleksi sendiri kan..kan..kan

Ni yg banyak sgt permintaan sampai abe x tahu nak nyanyi yg mana satu.. Kenangan yg mungkin x boleh di 'rewind' smula.. or di klik 'undo'.. detik tu takkan sama.. sebab walaupun kita harungi dan lalui hidup ini rutin yang sama.. tapi ia apa yang kita lakukan.. takkan sama.. detik takkan berulang..so.. hargai tiap detik dan saat yg kita tempuhi sebagai kenangan terindah...

So.. Let's EnJoY!!.. 

Khamis, 22 September 2011

~~~Ooooo Balik Kampung Version 3...


Uishh..punya laa susah nak upload video ni.. huuhuhuh.. ni vers yg panjang sikit.. Pak Uda @ Papa heroes ngan anak2 sedare.. eheheh...banyak tul permintaan lagu.. EnjoY yaaa!!!

Makan Lagi...

Resepi Pasta Seafood Microwave Baked


Hahaha.. last2 jadik jugak resepi suka-suka ni.. ni mmg ingredients sdr ni.. apa yg ada dlm peti n kat dapur campak masuk dlm periuk.. heheheh.. alhamdulillah, menjadik.. sedap pulak tuu.. walaupun ada kurang bahan..

Bahan-bahan untuk buat pasta seafood ni aa..
200 gram pasta (apa2 bentuk pun..yg ni kat rumah ada bentuk kerang jer)
4 biji telur ayam
2-3 ekor sotong (dipotong)
15 ekor udang
isi ayam/daging (ikut ler yg dah siap cincang pun ok)ikut laa nak banyak mana pun)
4 sudu cili sos
1 sudu kecil lada kisar
2 ulas bawang putih
1 labu bawang besar (dipotong dadu)
2 sudu besar sos tomato
garam & bahan perasa secukupnya
sedikit serbuk lada hitam

Nak buatnyer cam ni yerr...
1. Rebus laa pasta tu dulu sampai masak pas tu tapis ek..
2. Sementara tu, tumiskan bawang putih yang ditumbuk ngan bawang besar tuh.. (kalau guna minyak zaitun lg baguss)pas tu agak2 dah naik baunyer, masukkan cili kisar tuu..biarkan jap
3. Masukkan ayam,udang,n sotong.. gaul laa rerasa dah masak
4.masukkan sos tomato ngan sos cili
5. rasa2 semua lauk2 tu dah empuk.. isikan sedikit air(if nak kuah sikit..)pas tu masukkan garam ngan serbuk perasa dan lada hitam sikit
6. Readykan loyang, sapukan kat loyang tu planta sikit, masukkan pasta yg dah ditapis tu
7.Masukkan pulak bahan2 yg dah dimasak td atas pasta tersebut
8. Pecahkan telur pas tu kacau cam wat telur dadar tuu ngan sedikit garam, curahkan jer atas pasta ngan lauk tu.. agak2 rata laa..
9.Ratakan ngan sos dan mayonis..as topping ler kekonon..
10. Masukkan dlm microwave, HIGH selama 10 minit..
11. Boleh laa makan lepas tu..


Sebenarnya kalau ada mozarella cheese lg bagus.. pas tu ada lak lada benggala ngan cendawan..
tp kat rumah x der .. main hentam jer laa.. sebenarnya resepi ni x berapa menjadi sebab x der bahan2 utk benar2 western.. ni ala-ala Malay ler .. hehehe.kalau nak pedas boh laa cili api..Ikut laa kreativiti masing2 yer..Cuba laa kalau ada BERANI!!! heheheh



Rabu, 21 September 2011

Iskh..iskhh..iskhh..

Pening pale tul laa...yg sorang ni kuat makan...yg sorang lg memilih makan.. yg lg sorang asyik susu jer.. huhuhu.. yg kuat makan,x kisah laa,mmg suka sgt sebab anak suka makan..tp yg pening nyer..nak ikut dia nyer selera jer.. dah kalau ikut pun.. dia x makan laa pulak.. bila x masak makanan yg dia suka, ,merengek-rengek suruh masak.. adushh!!

Mirza.. makan x berhenti.. tu tengah makan maggi goreng.. pedas2 sikit kata ok ler.. sebab 'MAGGI' kan.. cuba makanan yg lain,pedas sikit jer nak meraung mintak air.. huhuhu...

Abang Izz pulak, roti canai or aper jenis roti jer laa yg buat dia berselera sangat.. tp ikut time2 jugak,ini memilih makan.. kadang2 nak makan nasi ngan gulai ayam jer.. x pun ayam pedas.. kari laa.. tu pun pening jugak sebab selera dia berubah-ubah.. kecuali "ROTI CANAI".. hehehe

Si kecik ni pulak, Irfan Haziq.. hikshh.. cakap jer nak makan... x nyer makan pulak,kita pulak yg disuruh makan.. dah tu mcm mana mama ngan papa x bambam.. kita yg dok perabih makanan dia.. tapi time dia nak makan.. makan laa jugak,tu pun ntah angin haper ntah yg dtg ... hiskh...hiskhh...

Baby Hilmi Asyraf.. belum sampai masanyer lagi.. yg paling senang.. (buat masa ni..) heheheh...


Selasa, 20 September 2011

Ooooo Balik Kampung... ~~~ Version 2


Hehehe.. sajer jer kan.. ni versi yg panjang sikit.. yg versi 1 tu.. 5 saat jer.. hahahah... okey... EnjoY!!!...

OOoooo Balik kampung... oooo balik kampung...~~~ Version 1


Ni kenangan di hari raya... hubby,hero2..dan anak2 sedare.. nyanyi sambil cik abe main gitar.. hhehhe.. skali skala nak berhibur ..

Selalu ler kena tinggal...

Hmm.. abang outstation ke Sabah utk 3-4 hari ni.. tinggal laa aku ngan 4 hero ni aa.. alhamdulillah.. boleh lg aku uruskan anak2 ni buat masa ni.. walaupun x terkejar jugak di buatnyer.. tp boleh lagi update blog..hehehe..

Ringan sikit, sebab abang Izz dan Mirza dah pandai uruskan diri sendiri.. lagipun,sorang sekolah pagi, sorang lagi sekolah petang so..x der laa kelam kabut sangat..

Cuma aku x boleh wat keje kalau si cilik comel tu bangun awal or nangis.. huhuhu.. tergendala laa semua kerja.. tp pagi ni sempat masak, dan uruskan Mirza utk ke sekolah.. sebab baby x bangun lagi.. Hemdak-Nya, tetiap pagi dan hari-hari mendatang Allah memudahkan segala urusan aku untuk uruskan anak2  ni.. dan kurniakan aku, suami dan anak-anak kesihatan yang baik.. Insya Allah...

Apa-apa pun.. lalui hidup ini dengan suka hati.. dan ceria.. Amin...

Jumaat, 16 September 2011

Sotong Kicap Berempah pulak...

Sotong Kicap Berempah


Hehehe..suka sangat rempah2 ek?? sajer jer.. ini pun resepi direka sendiri.. apa yg ada kat dapur tu,masukkan jer kalau rasa sesuai.. sedap x sedap lain cerita..
ni resepinyer...

Bahan2nya: (2 -3 orang makan)
  • 3-4 ekor sotong saiz sederhana
  • 1 sudu besar cili kisar
  • 1 sudu teh rempah kari
  • 2-3 ulas bawang putih- tumbuk kasar
  • 2 btg serai dititik
  • kicap manis
  • kicap pekat
  • garam secukup rasa
  • gula
  • hirisan bawang besar & lada merah utk hiasan
Cara-caranyer:
  • sotong dibersihkan, dan ikut suka nak masak seekor2 ker.. or nak potong.
  • tumiskan bawang putih yg ditumbuk kasar
  • masukkan cili kisar, biarkan garing
  • masukkan rempah kari..
  • masukkan sotong, serai kicap manis, kicap pekat
  • masukkan gula & garam secukup rasa. Biar sehingga masak
  • masukkan lada merah dan hirisan bawang besar,kacau seketika .
  • rasa2 dah masak.. boleh laa angkat..

Resepi Untuk Hari ni...UDANG GORENG RANGUP NESTUM

Hari ni terasa lak nak masak udang goreng bersalut nestum.. main hantam sajer .. ikut suka hati sebab nak abiskan lauk dlm peti tu aa.. kalau lama2 sgt, x sedap jugak.. hilang manis udang tu. Hidangan ni untuk 2-3 org makan.


Udang Goreng Rangup Nestum
Bahan2nya:(2-3 orang makan)
  • udang sederhana            15 ekor/1/2 kg
  • rempah kari                    1 sudu teh
  • sedikit garam dan kunyit serbuk
  • tepung jagung                  2-3 sudu besar
  • telur ayam (ambil putih )   1 biji
  • nestum (ikut suka)
caranya:
  • Gaulkan udang dengan rempah kari,garam,kunyit
  • masukkan telur ayam (putih) dan gaulkan sebati
  • masukkan nestum..
  • panaskan minyak dan goreng hingga kekuningan.

Ya ALLAH, lapangkanlah dadaku agar ikhlas membantu

Daripada Abu Hurairah r.a meriwayatkan daripada Nabi s.a.w . Baginda bersabda yg bermaksud:

" Sesiapa melepaskan salah satu kesusahan dunia daripada seorang Mukmin, maka Allah akan melepaskan salah satu kesusahan pada hari kiamat daripadanya. Sesiapa memudahkan orang yang sedang dilanda kesulitan, maka Allah akan memudahkannya di dunia dan akhirat. Sesiapa yang menutup aib seorang Muslim,maka Allah akan menutup aibnya di dunia dan akhirat. Allah menolong hamba-Nya selama hamba itu menolong saudaranya. Sesiapa menempuh suatu jalan dalam rangka mencari ilmu, maka Allah akan memudahkan baginya jalan menuju syurga. Tidaklah suatu kaum berkumpul di salah satu rumah Allah dengan membaca kitab Allah dan mempelajarinya bersama-sama, kecuali bahawa ketenteraman akan turun kepada mereka, malaikat menaungi mereka di hdadapan makhluk yang di sisi Nya, dan sesiapa yang lambat (kurang) amalannya, maka tidak akan dipercepat mengangkat darjatnya." ~~~ Riwayat Muslim

Khamis, 15 September 2011

Masalah yg sama setiap kelahiran...

Demam kuning... 4 orang anak.. yg sulung jer x der kuning.. yg lain semua demam kuning.. time kena.. standard laa... dlm pantang2 tu kena laa dok hospital skali ngan anak.. huhuhu.. dan macam macam petua supaya kurangkan kuning pada anak.. semua try,, sebab tak sampai hati tengok baby kena cucuk kat kaki or tangan yang masih kecik tuu.. utk cek darah..


Anak yang ke-2,Mirza@adik.. kena kuning.. kena tahan ward pun.. masa ni, siap to'ma dan arwah to' abah belikan ubat dari homeopathy.. aku curik2 suapkan bby.. usaha jer laa.. mujur laa ubat homeopathy kan jenis kecik2, manis pulak tu.. aku lenyek bg hancur .. pas tu bagilah anak hisap sikit2.. alhamdulillah.. boleh keluar pas tu.. x der laa lama sangat kena kuning..


Sama jugak ngan Irfan Haziq, kena tahan ward jugak.. dan cara yg sama, ubat homeopathy jugak.. alhamdulillah.. diizinkan Allah.. sihat ..


Yg terbaru..Hilmi Asyraf.. dah ler lahir 34 minggu.. kena pulak kuning.. huhuhu.. tapi terpaksa bawak ballik rumah sebab papa kena pergi outstation.. yg ni lain sikit, sebab tukang urut yg jaga.. siap mandi air rebusan inai  untuk kurangkan kuning.. Alhamdulillah... kuningnya semakin turun..


Itulah, penyakit yang selalu buat aku risau kalau setiap kali melahirkan anak.. tapi,apa2 pun.. usaha yang terbaik untuk anak-anak..

Alhamdulillah.. Hilmi Asyraf berusia 58 hari....

Walaupun melahirkan anak mama yg sorang ni special.. melalui czer.. sebab belum sampai masanya lagi dan ada komplikasi .. jantung baby lemah.. alhamdulillah.. Hilmi Asyraf membesar dengan sihat.. sekarang dah berusia 58 hari.. lusa genap 2 bulan.. heheh.. masa timbang minggu lepas.. beratnya dah capai 3.3 kg..


Sempat lagi ambik gambar dlm kereta,time pergi berayer kat rumah sedare di Kota Bharu.. susah nak dpt pose cam ni.. hehe



Uih...tengok mama.. cam x pernah tengok kan.. hehehe.. comelnyer mama.. ahahahha...


ADIRMA SWEET MEMORY: Hero penawar jiwa... Penghibur lara...Mama & Papa..

ADIRMA SWEET MEMORY: Hero penawar jiwa... Penghibur lara...Mama & Papa..