Khamis, 15 September 2011

Hero penawar jiwa... Penghibur lara...Mama & Papa..

Erm.. dah 4 hero.. ini lah hero2 mama & papa yg nakal,keletah.. bijak dan aktif.. semoga menjadi anak yang soleh, dan membesar dengan sihat , menjadi insan yang berguna,serta anak yang soleh..    Memang tersusun ker susunan anak2 mama dlm gambar ni.. ehehehe.. mmg x plan nak amik gambar.. tengok, Irfan haziq.. x pakai baju.. hahaha... dgn muka nakal dia tu..

Gambar ni amik kat rumah atuk di kg.. hari raya baru-baru ni.. seronok sgt tengok anak2 mama & papa berayer.. letih pun ada layan kerenah ke empat2 hero ni.. tu yg si cilik tu belum boleh berjalan.. kalau x.. huhuhuh.. kurus la mama.. hehehe..

Sayang anak mama.. Luv U all.. sememangnya mama ni garang orang nyer dan susah nak tunjuk sayang.. berbeza dgn papa yang amat manjakan anak2 mama.. tp mama mmg terlalu sayangkan hero-hero mama ni..  

Rabu, 14 September 2011

Doa Musafir

Ertinya: Ya Allah! Mudahkanlah kami bermusafir dan dekatkanlah kejauhannya. Ya Allah! Engkaulah menemani dalam pemergian dan Engkau pulalah yang melindungi keluarga.

Himpunan Doa Didalam Al Quran

1) Surah Ali 'Imraan,Ayat : 38

" Wahai Tuhanku! Kurniakanlah kpdku dr sisiMu zuriat keturunan yg baik; sesungguhnya Engkau sentiasa Mendengar(menerima) doa permohonan".

2) Surah Al-Baqarah,Ayat : 250

"Wahai Tuhan kami! Limpahkanlah sabar kpd kami, & teguhkanlah tapak pendirian kami serta menangkanlah kami terhadap kaum yg kafir"

3) Surah Ali 'Imraan,Ayat : 147

"Wahai Tuhan kami! Ampunkanlah dosa2 kami & perbuatan kami yg melampau dlm urusan kami, & teguhkanlah tapak pendirian kami(dlm perjuangan); & tolonglah kami mencapai kemenangan terhadap kaum yg kafir.

4) Surah Ali 'Imraan,Ayat : 8

"Wahai Tuhan kami! Janganlah Engkau memesongkan hati kami sesudah Engkau beri petunjuk kpd kami, & kurniakanlah kpd kami limpah rahmat dr sisiMu; sesungguhnya Engkau jualah Tuhan Yg melimpah-limpah pemberianNya.

5) Surah A-li 'Imraan,Ayat : 16

"Wahai Tuhan kami! Sesungguhnya kami telah beriman, oleh itu, ampunkanlah dosa2 kami & peliharalah kami dr azab neraka";

6) Surah A-li 'Imraan,Ayat : 193 & 194

Wahai Tuhan kami! Sesungguhnya kami telah mendengar seorang Penyeru(Rasul) yg menyeru kepada iman, katanya: ` Berimanlah kamu kpd Tuhan kamu ', maka kami pun beriman. Wahai Tuhan kami, ampunkanlah dosa2 kami, & hapuskanlah drpd kami kesalahan2 kami, & matikanlah kami bersama orang2 yg berbakti; Wahai Tuhan kami! Berikanlah kpd kami pahala yg telah Engkau janjikan kpd kami melalui Rasul2Mu, & janganlah Engkau hinakan kami pada hari kiamat; sesungguhnya Engkau tidak memungkiri janji".

7) Surah Al-A'raaf,Ayat: 126

"Wahai Tuhan kami, limpahkanlah kesabaran kpd kami, & matikanlah kami dlm keadaan Islam(berserah bulat-bulat kepadaMu)".

8) Surah Asy-Syu'araa' Ayat : 83~85

"Wahai Tuhanku, berikanlah daku ilmu pengetahuan ugama, & hubungkanlah daku dgn orang2 yg soleh; "Dan jadikanlah bagiku sebutan yg baik (nama yg harum) dlm kalangan orang2 yg dtg kemudian; "Dan jadikanlah daku dr orang2 yg mewarisi Syurga Jannatun-Naiim.

9) Surah An-Naml, Ayat : 19

" Wahai Tuhanku, ilhamkanlah daku supaya tetap bersyukur akan nikmatMu yang Engkau kurniakan kpdku & kpd ibu bapaku, & supaya aku tetap mengerjakan amal soleh yg Engkau redai; & masukkanlah daku - dgn limpah rahmatMu - dlm kumpulan hamba2Mu yg soleh".

10) Surah Al-A'raaf,Ayat :23

"Wahai Tuhan kami, kami telah menganiaya diri kami sendiri, & kalau Engkau tidak mengampunkan kami & memberi rahmat kpd kami, nescaya menjadilah kami dr orang2 yg rugi".

11) Surah Al-A'raaf,Ayat : 151 "Wahai Tuhanku, ampunkanlah bagiku & bagi saudaraku, & masukkanlah kami ke dlm rahmatMu, kerana Engkaulah shj Yg Maha Mengasihani dr segala yg lain mengasihani".

12) Surah Hud,Ayat : 47

"Wahai Tuhanku! Sesungguhnya aku berlindung kpdMu drpd memohon sesuatu yg aku tidak mempunyai pengetahuan mengenainya; & jika Engkau tidak mengampunkan dosaku, & memberi rahmat kpdku, nescaya menjadilah aku dr orang yg rugi".

13) Surah Ibrahim,Ayat : 40

"Wahai Tuhanku! Jadikanlah daku orang yang mendirikan sembahyang dan demikianlah juga zuriat keturunanku. Wahai Tuhan kami, perkenankanlah doa permohonanku.Wahai Tuhan kami! Berilah ampun bagiku dan bagi kedua ibu bapaku serta bagi orang-orang yang beriman, pada masa berlakunya hitungan amal dan pembalasan"

14) Surah Al-Mu'minun,Ayat : 109

“Wahai Tuhan kami, kami telah beriman; oleh itu ampunkanlah dosa kami serta berilah rahmat kepada kami, dan sememangnya Engkaulah jua sebaik-baik Pemberi rahmat”.

15) Surah Al-Mu'minun,Ayat :118

"Wahai Tuhanku, berikanlah ampun dan kurniakan rahmat, dan sememangnya Engkaulah sahaja sebaik-baik Pemberi rahmat!"

16) Surah Al-Hasyr,Ayat : 10

"Wahai Tuhan Kami! Ampunkanlah dosa kami dan dosa saudara-saudara kami yang mendahului kami dalam iman, dan janganlah Engkau jadikan dalam hati perasaan hasad dengki dan dendam terhadap orang-orang yang beriman. Wahai Tuhan kami! Sesungguhnya Engkau Amat Melimpah Belas kasihan dan RahmatMu".

17) Surah Al-Mumtahanah,Ayat : 4~5

"Wahai Tuhan kami! Kepada Engkaulah sahaja kami berserah diri, dan kepada Engkaulah kami rujuk bertaubat, serta kepada Engkaulah jua tempat kembai. Wahai Tuhan kami! Janganlah Engkau jadikan pendirian dan keyakinan kami terpesong kerana penindasan orang-orang kafir, dan ampunkanlah dosa kami wahai Tuhan kami; sesungguhnya Engkaulah sahaja Yang Maha Kuasa, lagi Maha Bijaksana".

18) Surah At-Tahriim,Ayat : 8

"Wahai Tuhan kami! Sempurnakanlah bagi kami cahaya kami, dan limpahkanlah keampunan kepada kami; sesungguhnya Engkau Maha Kuasa atas tiap-tiap sesuatu".

19) Surah Nuh,Ayat : 28 "Wahai Tuhanku! Ampunkanlah bagiku, dan bagi kedua ibu bapaku, serta bagi sesiapa yang masuk ke rumahku dengan keadaan beriman; dan (ampunkanlah) bagi sekalian orang-orang yang beriman, lelaki dan perempuan (dalam segala zaman); dan janganlah Engkau tambahi orang-orang yang zalim melainkan kebinasaan!"

20) Surah Al-Anbiyaa',Ayat : 89

"Wahai Tuhanku! Janganlah Engkau biarkan daku seorang diri (dengan tidak meninggalkan zuriat); dan Engkaulah jua sebaik-baik yang mewarisi".

21) Surah Al-Baqarah,Ayat : 286

"Wahai Tuhan kami! Janganlah Engkau mengirakan kami salah jika kami lupa atau kami tersalah. Wahai Tuhan kami ! Janganlah Engkau bebankan kepada kami bebanan yang berat sebagaimana yang telah Engkau bebankan kepada orang-orang yang terdahulu daripada kami. Wahai Tuhan kami! Janganlah Engkau pikulkan kepada kami apa yang kami tidak terdaya memikulnya. Dan maafkanlah kesalahan kami, serta ampunkanlah dosa kami, dan berilah rahmat kepada kami. Engkaulah Penolong kami; oleh itu, tolonglah kami untuk mencapai kemenangan terhadap kaum-kaum yang kafir".

22) Surah Al-Anbiyaa',Ayat : 83

"Sesungguhnya aku ditimpa penyakit, sedang Engkaulah sahaja yang lebih mengasihani daripada segala (yang lain) yang mengasihani".

23) Surah Az-Zukhruf,Ayat: 13~14

" Maha Suci Tuhan yang telah memudahkan kenderaan ini untuk kami, sedang kami sebelum itu tidak terdaya menguasainya.Dan sesungguhnya kepada Tuhan kamilah, kami akan kembali!"

24) Surah Al-Kahf ,Ayat: 10

"Wahai Tuhan kami! Kurniakanlah kami rahmat dari sisiMu, dan berilah kemudahan-kemudahan serta pimpinan kepada kami untuk keselamatan ugama kami".

25) Surah Al-Anbiyaa',Ayat : 87

"Sesungguhnya tiada Tuhan (yang dapat menolong) melainkan Engkau (ya Allah)! Maha Suci Engkau (daripada melakukan aniaya, tolongkanlah daku)! Sesungguhnya aku adalah dari orang-orang yang menganiaya diri sendiri".

26) Surah Al-Baqarah,Ayat :127

"Wahai Tuhan kami! Terimalah daripada kami (amal kami); sesungguhnya Engkaulah yang Maha Mendengar, lagi Maha mengetahui; Wahai Tuhan kami! Jadikanlah kami berdua: orang-orang Islam (yang berserah diri) kepadaMu, dan jadikanlah daripada keturunan kami: umat Islam (yang berserah diri) kepadamu, dan tunjukkanlah kepada kami syariat dan cara-cara ibadat kami, dan terimalah taubat kami; sesungguhnya Engkaulah Maha Penerima taubat, lagi Maha Mengasihani”.

27) Surah Al-Israa',Ayat : 80

"Wahai Tuhanku! Masukkanlah daku ke dalam urusan ugamaku dengan kemasukan yang benar lagi mulia, serta keluarkanlah daku daripadanya dengan cara keluar yang benar lagi mulia; dan berikanlah kepadaku dari sisiMu hujah keterangan serta kekuasaan yang menolongku".

28) Surah Taha,Ayat : 25~28

"Wahai Tuhanku, lapangkanlah bagiku, dadaku;"Dan mudahkanlah bagiku, tugasku;"Dan lepaskanlah simpulan dari lidahku,"Supaya mereka faham perkataanku”.

29) Surah Al-Mu'minun,Ayat : 97~98

"Wahai Tuhanku, aku berlindung kepadaMu dari hasutan Syaitan-syaitan."Dan aku berlindung kepadaMu, wahai Tuhanku, supaya Syaitan-syaitan itu tidak menghampiriku".

30) Surah Al-Ahqaaf ,Ayat : 15

"Wahai Tuhanku, ilhamkanlah daku supaya tetap bersyukur akan nikmatmu yang engkau kurniakan kepadaku dan kepada ibu bapaku, dan supaya aku tetap mengerjakan amal soleh yang Engkau redai; dan jadikanlah sifat-sifat kebaikan meresap masuk ke dalam jiwa zuriat keturunanku. Sesungguhnya aku bertaubat kepadamu, dan sesungguhnya aku dari orang-orang Islam (yang tunduk patuh kepadamu)".

31) Surah Al-Furqaan,Ayat :74

"Wahai Tuhan kami, berilah kami beroleh dari isteri-isteri dan zuriat keturunan kami: perkara-perkara yang menyukakan hati melihatnya, dan jadikanlah kami imam ikutan bagi orang-orang yang (mahu) bertaqwa”.

32) Surah Al-Furqaan,Ayat : 65

“Wahai Tuhan kami, sisihkanlah azab neraka Jahannam dari kami, sesungguhnya azab seksanya itu adalah mengertikan.”

Sabtu, 27 Ogos 2011

Hmm.. Dah Nak Rayer...

Cepat sungguh masa berjalan.. sedar2 dah nak raya.. & aku sebulan x pose.. hiskhh.. biler laa boleh ganti semua ni.. Ya Allah.. kuatkanlah semangat ku dan kurniakan aku kesihatan untuk menggantikan puasa wajib ini.. Amin.. Baby Hilmi Asyraf pun dan usia sebulan lebih dah.. Alhamdulillah,bby sihat, cuma baru2 ni dia x sihat, sbb bertukar bulan dan batuk.. tp apa2 pun.. nampak dah sihat.. x melarat..

Tahun ni balik raya ke x?? hehehe.. x tahu.. kalau ikutkan aku,raya kat rumah sendiri lagi baik.. lepas tu baru pk nak gi mana.. tp bg my hubby.. mulalah ceritera sedih nak start dah.. nak suasana raya kat kampung laa.. syahdu bila dgt takbir laa.. mengalahkan perempuan pulak.. huhuhuh...aku x kisah, selagi aku raya dengan abg dan anak-anak..

Persiapan raya.. alhamdulillah.. dah settle.. sederhana jer tahun ni, sepasang seorang baju raya utk aku, hubby dan anak-anak.. tema.. biru.. hehhe.. ok tak?? Nanti lepas raya nak upload gambar family... heheh

Sabtu, 13 Ogos 2011

Novel lagi...

Semalam.. novel yg order dah dapat.. sekali order guna on9.. 6 novel aku rembat.. hehhe.. seronoknyer.. 2 novel dah aku habis baca.. abang cakap.. hiskh..hiskhh.. cepatnyer.. hehe.. mmg aku giler membaca.. sepatutnyer time pantang2 gini.. dok diam2.. tp nak wat cam mana kan.. dr melayan perasaan.. baik membaca.. x der laa terbuang je masa aku ni.. bila lg nak bersantai2..

Hari hari yang dilalui..

Hmm.. buat laa aper shj.. ckp laa apa shj.. abang masih boleh bersabar dgn aku.. aku ni kan bukan isteri yang baik.. ada2 jer yg aku buat abang terasa.. abang masih boleh sabar.. tapi sampai bila boleh bertahan??

Aku?? Aku bukan sengaja nak sakitkan hati abang.. tp mmg aku yg selalu lepas cakap.. kadang terlupa utk jaga perasaan abang.. dan x sengaja menyentuh perasaan abang.. tp abang masih bole
buat biasa.. kdg2.. apa yg aku luahkan pada dia.. sama ada melalui sms.. melalui skype.. melalui percakapan secara langsung.. dia x ambil pusing.. dia buat mcm x ada apa2 kesan.. Ntah.. aku rasa aku mmg bkn isteri yg terbaik utk abg..

Abang.. masih melayani aku dengan baik.. menyuapkan aku makan.. menyediakan makanan utk aku walaupun letih melayan anak2.. dan sememangnya tahu aku sudah sihat dan boleh sediakan makanan sdr..tp, abang masih melakukan semua itu demi aku..

Sedih,pilu,terharu bila ingatkan layanan abang terhadap aku.. sememangnya.. jika jodoh ku x lama dengan abang.. x mungkin or susah utk aku jumpa lelaki dan suami seperti abang.. yang sentiasa sabar melayani karenah ku.. yang kdg2 mencabar kesabaran abang..

Abang.. maafkan ayang kerana selalu menyakiti hati abang..

Rabu, 10 Ogos 2011

Suami ku terCINTA

Tetiba rasa nak cerita.. bercerita dgn blog jer laa.. hehe.. nak cerita dgn org lain, takut jugak org meluat pulak.. menyampah pun ada.. yer laa dok puji2 suami sdr.. sememangnyer layak di puji.. tp,org lain misti laa pulak ingat nak tokok tambah cerita,melainkan org2 yg terdekat yang kenal dgn suami aku or cik abe..

Sesungguhnya, aku bertuah dan amat bersyukur kerana dikurniakan suami yang amat menyayangi dan mencintai aku sepenuh hati. Sanggup susah senang bersama dan berkorban apa sahaja demi aku dan anak-anak.Alhamdulillah.. Semoga suami ku ini sentiasa menyayangi diri ini.. dan cintanya tidak berpaling kpd perempaun yang lain.Semoga hatinya utk diri ini dan anak-anak.Semoga suami sentiasa sabar melayani kerenah aku dan anak-anak.. dan menceriakan hidupku kini dan hingga ke akhir hayat.

Bila mendengar cerita-cerita dr orang lain,kawan terdekat mengenai suami2 mereka atau suami orang lain.. aku amat bersyukur kerana suami aku.. 1 dalam berjuta.. terlalu baik.. walaupun, sememangnya bukannya sempurna 100%.. tp setiap kekurangannya aku anggap itulah keunikan. Uniknya dr orang lain..

Bagi aku, tiada rahsia antara suami dan diri aku.. sentiasa berkongsi cerita.. mengenai kerjaya, anak-anak, peribadi dan kawan-kawan.Tak kira apa topik pun.. aku dan suami akan bercerita..berkongsi perasaan.. suka dan duka..susah dan senang.. KOMUNIKASI itu yang penting.Gurau senda suami amat ku rindukan saat berjauhan. Seletih mana pun suami ku, dia sentiasa sabar melayani ku dan anak-anak.Sentiasa menemani ku ketika aku sakit.. susah.. sedih dan gembira.Tapi, yang paling terharu, suami akan sentiasa mengutamakan diri aku dan anak-anak.Pergilah dia ke mana sahaja.. kerja di luar kawasan.. aku akan dihubungi sekiranya berkesempatan tak kira menggunakan medium apa sahaja yang boleh digunakan. Menemani ku tidur walaupun jauh di mata. Hairan kan?? Macam mana boleh teman tidur.. hehehe.. Zaman yang canggih ni.. gunalah sebaik mungkin untuk mengeratkan lagi hubungan.. suami,aku dan anak-anak akan berhubung menggunakan video call Skype.. akan ter ON sepanjang malam ke pagi.. dengkur suami tu laa yang menemani aku sepanjang malam ke pagi..

Ikutkan, semua tentang suami aku ingin aku nukilkan dalam blog ni.. tapi cukuplah utk kali ni.. si kecik dah berbunyi di sebelah ni aa.. hehehe.. time to SUSU... utk abang..... I LOVE YOU SO MUCH...

Selasa, 9 Ogos 2011

Alhamdulillah...

Tak sangka.. usia perkahwinan dah genap 9 tahun..Alhamdulillah.. syukur sangat2.. dan sentiasa mendoakan usia perkahwinan akan kekal hingga ke akhir hayat.. dan telah dikurniakan anak 4 org.. yang terbaru lahir 20 Julai 2011 bersamaan 18 Syaaban 1432H , 6.22 pagi, 2.1 kg.. hr Rabu.. setiap anak mempunyai pengalaman mengandung dan melahirkan yang berbeza-beza.

1st, anak sulung yg tahun depan nak masuk tahun 1,MEGAT IZZ ZAHIRULHAQ.. dr mula2 start hamil.. sampai ler nak melahirkan.. muntah2 jer.. nak lahirkan, dr jam 3 pg.. ada tanda2 nak melahirkan.. tp laluan still lambat.. sbb anak 1st.. bukaan slow ler sikit.. contraction selama hampir 9 jam.. tepat2 jam 12 tghhr, 24 JAN 2005,2.7kg lahirlah Megat Izz Zahirulhaq.. di Hospital Raub.. dan bertuahnya..papa ada semasa lahirkan dia..

2nd pulak.. MEGAT IZZ MIRZATak ada la alahan teruk sgt.. boleh gi kerja.. just 3 bulan pertama biasa laa.. mmg x larat laa jugak.. tp ada problem sikit.. yg ni lahir pertengahan bulan Ramadhan.. tp kena induce.. sbb air ketuban dah makin kurang.. bahaya utk bby dlm kandungan..so.. time ni hospital Raub dalam proses ubah suai.. terpaksa transfer ke hospital Temerloh.. yang baru tu.. Menangis2 aku x mau kena induce.. sbb dah pernah rasa sebelum mengandungkan yg 1st.. gugur dan kena buar D&C,, kena laa induce dulu utk bukak laluan tu,, sakit yang teramat.. sbb contraction x berhenti.. berbeza dr yg normal..lahir.. papa x sempat nak masuk labour room.. dah keluar.. hehehe..lahirnya Mirza jam 2.20pagi.. 7 October 2006.. 2.66kg.. ingatkan abgnyer yg paling kecik.. dia kecik lg.. heheh

3rd pulak.. Ngandungkan dia x der masalah.. ok jer.. just contraction awal masa 7 bulan.. gi hospital putrajaya, pas tu balik rumah.. alhamdulillah x der mslh.. tp terlebih due date laa pulak,sampai kena wat keje satu rumah,baru laa ada rasa nak bersalin, tp x der tanda mcm darah ker aper ker.. just sikit2 jer.. bgtau doc ada tanda2 nak bersalin.. biasa laa cek laluan baru 2 cm.. dok laa dlm wad.. yg aku heran, x sakit langsung.. last2 berjalan2 dlm wad tu aa.. org ada bgtau,kena byk berjalan baru laa cepat laluan terbukak.. lepas berjalan2 tu.. jam 4 pg .. ckp kat nurse,ada rasa sakit,padahal x der laa sgt,ntah laa naluri ni rasa x sedap hati.. tu yg buat2 sakit.. cek jer laluan dah 4 cm, nurse pun pecahkan ketuban,, hmm.. mujur x makan najis sdr ler bby aku.. sbb dia dah buang air besar dlm rahim.. lepas pecahkan ketuban tu.. laju laa pulak laluan tu terbuka.. sampai semua nurse panik laa pulak.. tp yg ni bersalin, papa sempat masuk  labour room..jam 5.05 pg.. dah lahir.. sampai doc cakap.. ler cepatnyer.. hehehe..MEGAT IZZ IRFAN HAZIQ lahir jam 5.05 pagi.. 02 Nov 2008,berat 3.06kg.. yg ni laa anak yg paling berat bg aku.. heheh..


Tambah kapsyen

Terbaru ni spesel sikit.. 34 minggu dah contraction.. kena warded.. sbb laluan dah 1cm.. bukan sbb dah terbuka laluan,tp naluri rasa x sedap hati,just dok rehat2 dlm ward utk dipantau.. tp yg mengejutkan.. bila check jantung bby 4pg esoknya, dah lemah, terus doc buat keputusan utk czer, 1st time czer.. mcm2 perasaan ada,tp sbb nak selamatkan bby.. apa2 pun sanggup.. yg penting bby selamat.. dan lahirlah bby ni.. walaupun terawal.. alhamdulillah, sempurna sifat dan sihat..MEGAT IZZ HILMI ASYRAF.. nama yang x diplan awal2 pun.. aku terfikir time dalam mamai sbb kena bius.. hehe.. ambil sempena nama papa.. semoga sabar mcm papa..

Pengalaman nak daftar nama pulak.. utk 1st dan 2nd,senang jer daftar, sbb daftar kat JPN Raub.. hehehe.. yg 3rd dah start wat mslh laa pulak.. bknnyer mslh aper pun.. masalah nama MEGAT.. hehe.. sbb keturunan x dop megat.. tu yg jadik masalah.. masa Irfan Haziq.. papa nak daftarkan kat JPN hentian Kajang.. x boleh.. sbb kena ada sbb yang kuat.. sampai kena jumpa pengarah laa pulak.. kena gi daftar kat Putrajaya.. boleh laa pulak.. heheh.. sbb nama abg2nyer dah Megat.. x kan laa nak ubah pulak kan.. hiskhh..yg ke4 pulak.. daftar kat putrajaya.. papa ckp mmg ada persoalan dr pihak JPN.. sbb nama anak Megat.. papa pun tunjukkan sijil lahir 3 org anak semua nama Megat.. barulah boleh daftar tanpa ada masalah..

Yg paling aku terharu.. setiap kali melahirkan anak... papa laa yg paling byk berkorban masa, tenaga dan wang ringgit utk aku dan anak2.. pengorbanan papa yang sanggup menjaga anak2.. ketika aku dlm pantang.. menjaga aku dgn penuh kasih sayang.. sanggup x pergi kerja.. demi aku dan anak2.. dan yg paling penting, papa sanggup buat apa shj utk aku sihat seperti sedia kala..

I love U abang.. sungguh.. aku mungkin x kan berjumpa lelaki sebaik abang selain dr abang.. abang antara yang terbaik.. 1 dalam berjuta... MMmmuuuuuaaaaaaahhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhh....

Khamis, 23 September 2010

Cuti.. kerja.. cuti... huhuhu

Semlm cuti lagi.. hahaha.. ikut suka jer kan.. kejap masuk kerja.. kejap cuti.. tu laa kelemahan dan kelebihan kerja kat com sdr..huhuhuh.. sesuka hati jer kan... mmg x bagus.. semlm cuti coz abanng kerja kat site Melaka.. terpaksa laa amik cuti. dgn keizinan bos besar.. heheheh...

Hari ni masuk kerja.... just wat akaun.. update.. kemaskan apa yg patut.. follow up apa yg tersadai.. hahaha.... ok laa tu kan...

Selasa, 21 September 2010

Jalan-jalan....petang raya... hahahah




Ermmm...tengok laa tu gelagat anak ngan papa.. dua dua kontrol macho.. hahahah
















Abang dan adik... hehehhe.. enjoy lak tengok diorang naik kuda.. adik pegi la mana pun still x boleh tinggalkan CD otromen Dyna dan patung otromen kecik dia.. otromen terbaru mebius.. Dyna dah hilang kat taman... uhuhuhu

Itulah Hikmah...

Seorang pelajar madrasah tergesa-gesa ingin pulang ke kampungnya.

"Di kampung saya muncul seorang guru yang sesat yang telah mempengaruhi saudara dan teman-teman saya. Saya perlu pulang segera untuk mencegah kemungkaran!"

"Sabar dulu. Aku ingin mengajarmu sedikit lagi tentang hikmah," kata gurunya.

"Tak sempat. Saya perlu cepat!" Si pelajar segera bergegas pulang ke kampungnya.

Di sana dilihatnya guru yang sesat itu sedang mengajar.

"Aku ahli syurga. Aku telah nampak syurga dengan mata kepalaku. Sesiapa yang mengikut ajaranku akan masuk ke syurga. Kamu harus berbakti kepadaku dengan menyerahkan segala harta dan tenagamu." Begitulah kata-kata guru yang sesat itu.

Apalagi, dia pun berteriak dengan lantang, " Kamu sesat! Tidak ada siapapun yang selamat jika mengikut  ajaranmu!"

"Berani kau membantah kata-kata ahli syurga! Wahai pengikut-pengikutku, ajar pemuda yang kurang ajar ini!" perintah guru itu kepada pengikutnya.

Para pengikut guru yang sesat itu segera bertindak. Mereka menumbuk, menampar dan menendang si pemuda yang berani mengecam guru mereka.

Dengan tubuh dan muka yang berlumuran darah dan tangah yang patah, pelajar itu kembali ke madrasah pengajiannya.

"Aku di pukul oleh pengikut setia ajaran sesat," adu pelajar itu kepada gurunya.

"Dalam usaha mencegah kemungkaran, kita bukan sahaja perlukan keberanian tetapi ilmu serta kebijaksanaan. Mari kita berangkat ke sana!"

Sesampai sahaja di sana mereka terus ke tempat guru sesat itu mengajar.

Saya ahli syurga. Saya boleh beri jaminan bahawa sesiapa yang sayang dan berbakti kepada saya akan masuk syura. Sebelum kamu bertaubat kepada Allah, kamu wajib bertaubat kepada saya," kata guru sesat itu menjalankan diayahnya.

"Ya, tuan memang ahli syurga," tiba-tiba suara guru pelajar itu kedengaran dari belakang.

Para pengikut guru yang sesat itu berpaling. Mereka lihat seorang lelaki yang belum mereka kenali mengucapkan perkataan itu.

Si guru itu tersenyum sambil berkata,"Saya datang dari jauh untuk bertemu dengan ahli syurga. Guru di tempat saya berpesan, apabila datang bertemu tuan, tidak cukup menyerahkan harta dan memberikan tenaga kepada tuan, tetapi mesti mengambil cenderahati sebagai bukti kecintaan daripada tuan!"

"Bukti kecintaan kepada saya? Silakan," kata guru sesat itu dengan senang hati.

Sebaik sahaja berkata demikian, dia terus meluru ke hadapan dan menarik janggut guru sesat itu sambil berkata," Ayuh saudara-saudara! Mari kita cabut sebarang bulu pada kulit tuan guru kita sebagai bekalan menuju syurga!"

Mendengar seruan itu, semua pengikut yang taksub itu meluru dan menerpa guru mereka. Ada yang mencabut rambut, bulu dada, bulu ketiak dan bermacam-macam lagi.

"Aduh, aduh! Sakit! Sakit!" jerit guru sesat itu. Tetapi orang ramai tidak peduli. Mereka ingin masuk syurga. Dagu dan kepala guru sesat itu luka-luka. Badannya dihenyak, bahkan kainnya hampir dilondehkan.

"Jangan-jangan! Aku bukan ahli syurga! Jangan cabut bulu-buluku! Aku sakit, aku sakit!" jeritnya.

"Dengar itu saudara-saudara! Semua ini tipuan belaka. Dia manusia biasa macam kita juga.Syurga hanya diraih denga ketaatan yang ikhlas kepada Allah. Jangan bertuhankan manusia," kata si guru kepada pengikut-pengikut guru sesat itu.

Sambil merenung pelajarnya dia bertanya," Sekarang kau mengerti?"

"Ya, sekarang saya mengerti apa itu hikmah!"


Petikan dari Majalah Solusi isu ke-23 : 108

Ahad, 19 September 2010

Pagi2 dah buat hal...

Tu laa.. dah kena marah ngan papa.. adik..adik... pagi2 dah nangis x tentu pasal.. x der sebab apa pun.. buat perangai comei tu aa.. kat kedai makan.. dok nangis jer.. papa nak makan x senang.. tanya nak apa, tak nak jawab... last2.. papa cakap adik dok rumah sesorg.. papa, mama, abang ngan baby jer gi shopping...

Papa hantar adik masuk rumah.. kunci grill, terus drive.. tinggal adik sorang2... huhuhu.. mau nyer x menangis.. abang ngan baby dah takut kat papa.. papa tgh marah sgt... yer laa.. tiap kali nak gi shopping or jalan2.. adik wat perangai.. x der sebab apa pun.. nangis.. merajuk.. mogok.. haaa!! Kan dah kena marah ...

Tapi.. tu papa just nak ajar anak papa jer.. takkan laa papa & mama sanggup tinggal anak mama sorang2 kat rumah.. papa pusingkan kereta semula.. slow2 tengok cam mana adik kat rumah.. rupanyer still dok kat grill pintu.. menangis.. kesian laa pulak... papa suruh abang gi bukak pintu.. & bagitau adik.. jgn wat perangai lagi... heheheh.. tu laaa..

Dalam kereta.. nak ke Giant Nilai..baby dok bodek & pujuk papa.. main cak-cak ngan papa.. baby tahu papa tgh marah... lepas dia x berjaya.. yg klaka.. dia suruh mama pulak.. hahaha... dia tarik tudung mama.. dan cakap,"Mama.. gi kat papa..," sambil tarik tudung mama ke bahu papa.. terus papa gelak.. hehehe.. pandai2 jer anak mama yg sorang ni..

Macam2 hal... tu laa.. anak2.. time ada dok gaduh.. time diorg x dok sekali sunyi pulak.. bila gi kerja cepat2 nak balik.. rindu kat diorg...

Sabar jer laa...

Sabtu, 18 September 2010

kisah anak-anak.. aku dan suami...

Urmm.. dah lama x ziarah blog aku ni.. semenjak bulan Puasa.. sekarang dah syawal.. Alhamdulillah.. aku masih bernafas dan dapat menghirup udara segar.. di sisi anak2 dan suami tercinta...

Anak-anak makin cerdik.. membesar dgn keletah masing-masing.. sampai tak terlayan .. ada lucu.. sedih.. x kurang juga kerenah yang mencabar kesabaran aku sebagai mama.. iskh..iskh... Minggu lepas.. hari raya ke-2.. abang ajak balik ke Kelantan.. utk beraya.. oklaa tu.. dpt jugak beraya.. yg x seronoknya.. aku kena cirit birit.. 1 hari terlepek atas katil.. tidur.. huhuhu.. x dpt beraya sgt laa.. esok nyer terus balik coz alang dah keje.. kalau x mahu abang stay lg 2 -3 hari kat kg..  Abang Izz.. still kata itu bukan kg.. coz rumah atuk ngan neneknya dah baru.. banglo.. hehehe.. bagi Izz.. kg dia rumah kayu.. yg dah buruk.. itu baru kg.. klaka pulak.. itu laa kan.. pandangan anak2.. anak2 seronok kat kg.. coz dpt jumpa dan bermain ngan sepupu diorg.. Mirza pulak asyik tanya, " bila nak balik rumah papa??" yg sorang ni bukan boleh jalan lama.. misti nak balik rumah jugak...

Yg seronoknya raya ni.. rumah aku dah renovate.. perabot baru.. heheh.. abih duit raya.. wahahaha...

Bagi pandangan aku secara peribadi.. anak2 if dah besar.. bekerjaya.. jgn laa kita sbg ibu bapa membebankan mereka dgn kita yg dah semakin tua.. anak-anak ada kehidupan sendiri.. dan x perlu laa kita kata anak kita derhaka or apa2 saja sbb diorg x melawat kita di hari tua nanti.. sbb kita pun bukan sempurna pun... biar laa anak2 dgn kehidupan mereka.. dan kita sebagai ibu bapa.. doakan kesejahteraan hidup anak2.. dan semoga Allah lindungi anak2 kita dr sebarang mara bahaya.. semoga jadi anak yang soleh.. if diorg jaga kita.. Alhamdulillah...

Rabu, 14 Julai 2010

Matang??!!

Matang??!! Istilah matang maksud dari dewan bahasa dan pustaka on-line iaitu " sudah banyak pengetahuan dan pengalamannya, banyak mengetahui serta memahami sesuatu dari segi tingkah alku dan pemikirannya."

Setiap individu tahap kematangan berbeza-beza.. ada segelintir yang matang sebekum usia.. dan ada yang dan berusia tapi masih tidak matang... tapi perlukah setiap individu matang??
Bagi pandangan aku sendiri... perlu ada kematangan .. mungkin tingkah laku seperti remaja tetapi akal fikiran matang.. tp jika penampilan matang, perangai macam budak2.. memang x sesuai..

Tapi.. kematangan jika tidak diselangi dengan humour dan terlalu serius.. x meriah laa hidup.. jika di selangi dgn jenaka.. mesti x kisah kan..

Bagi aku.. selalu terpikir.. aku ni matang ke x?? tapi kdg2 ada jugak terkeluar perangai yang mengikut emosi.. dan kdg2 macam budak2.. tapi.. dah ada anak 3 org.. mcm mana nak ubah yer??? tanya diri sendiri...




 

Isnin, 12 Julai 2010

Tanya "HATI"....

Bila hati kita disakiti.. bila hati seringkali dikecewakan... selalu kita salahkan org lain yg menyakiti hati ini..
Tapi pernahkah terlintas di hati.. di fikiran kita.. yang kita juga pernah menyakiti hati org lain.. mengecewakan hati org lain tanpa di sedari atau tidak...??

Tapi.. itulah lumrah kehidupan... dugaan, ujian, kecewa, pilu.. dan sebagainya itu adalah kerana Allah s.w.t sayang kan kita.. ingin menghapuskan dosa-dosa kita..
Tapi itu sekiranya kita menerima ujian dan dugaan itu dengan redha.. Insya Allah.. Allah s.w.t akan kurniakan ganjaran yang setimpal..

Kadang2.. kita terlalu menjaga hati sendiri sehingga kita lupa hati insan yang berada di sekeliling kita..begitu juga sebaliknya.. bukan kita mementingkan hati atau diri sendiri.. tapi kadang2 tindakan kita.. gerak laku kita dan ucapan kita menyebabkan orang sekeliling terasa.. dan berkecil hati... Tanpa kita sedari.. kita menyakiti dan mengecewakan hati insan lain...

Sekadar renungan utk diri sendiri... diri ini juga banyak menyakiti hati org lain.. dan begitu juga hati ini disakiti..

kesimpulannya... tiada yang sempurna... didiklah "HATI'" ini agar lebih berhati-hati...

Jumaat, 2 Julai 2010

Rezeki lagii... Alhamdulillah...


Saja mencuba nasib.. x sangka jugak dapat menang hadiah no.2.. heheh.. RM200.. berbaloi-baloi..!!! Tp still tunggu hadiah jer laa.. sbb nama ni just dlm majalah... bila yer dapat hadiah tu??? x sabar pulak rasanya nak pegang cek RM200...

Kisah Cinta....

Mm.. mcm mana nak mulakan story ni ek..!!Oklah.. cam ni.. ini bukan kisah aku.. tp kisah abang aku.. angah.. kisah cinta cyber.. biasalah.. zaman canggih manggih ni... sumer boleh jadik... dan dia dah jatuh cinta dgn kawan sekelas aku time sekolah dulu.. x sangka betul... heheh..

Kawan aku.. single mother.. tp bukan bercerai.. tp sbb suaminya dah meninggal dunia.. tahun lepas x salah aku.. dan dah dikurniakan sepasang cahaya mata.. angah aku x kisah pun.. aku lagi x kisah.. yg penting hati dah suka... tp....baru sebulan lebih bercinta... dah Putus Kasih...

Ntah laa.. aku pun x faham.. dr cerita angah aku.. yg nak declare dulu.. kawan aku.. yg putuskan hubungan jugak kawan aku... yg lebih syahdu.. putus cinta seminggu selepas 1st date!!! Pelik kan.. tp zaman skrg x ada apa yg pelik.. aku pulak yg rasa heran.. mudah nyer jatuh cinta.. mudah jugak putus cinta.. yg aku terkilan.. kesian kat angah aku.. baru nak rasa bahagia.. dah jadik cam ni.. x merasa laa nasi minyak angah aku..

Time diorg umumkan kisah percintaan diorg.. aku pun tumpang bahagia.. yer laa.. akhirnya bertemu jugak angah aku wanita impian dia... tapi.. nak wat cam mana.. impian x berkesampaian... aku ada call kawan aku tu.. tanya kan kenapa jadik cam ni?? Jawapannya... sbb x boleh nak lupakan arwah suaminya... Bagi aku.. aku x boleh nak paksa org terima angah aku.. tp just aku minta kat dia.. apa salahnya berkawan?? Dan yg herannya.. time declare dulu.. cam mana yerk?? Ni laa cinta kilat kot?? sepantas datang.. sekelip mata hilang cam tu jer..

Sememangnya.. aku x pernah alami keadaan cam kawan aku tu.. kehilangan suami.. mungkin kenangan still segar dalam ingatan.. dan mungkin bila jatuh cinta pd org lain merasakan diri bersalah dan curang pd arwah suami...tp.. yg pergi.. biarkan laa pergi dgn tenang.. yg hidup ini perlu teruskan kehidupan.. lumrah dlm kehidupan.. setiap insan perlukan sesorg sebagai teman hidup.. teman bercerita.. dan pelengkap hidup.. dan cinta akan dtg x kira pada siapa.. x kira status.. dan sebagainya.. hanya diri sendiri yang perlukan bukakan pintu hati tersebut..

Angah.. kesian jugak aku nengok dia.. sedih yg  disorokkan... tp kalau diri aku.. if hati ni mengatakan itu jodoh ku dan bakal teman hidup aku.. aku akan cuba memenangi hati dia walaupun apa yg terjadi.. usaha sampai  berjaya.. dan berdoa.. sekiranya ia terbaik utk ku... tetapkanlah hatinya utk ku dan lembutkan hatinya utk terima aku seadanya...

Macam macam kan.... aduhai hati... cinta dan sayang....

Selasa, 22 Jun 2010

Menang hadiah lagi....

Tak sesia masuk peraduan.. kos nyer x ler mahal.. beli majalah kesukaan... hantar laa borang apa yg ada.. pas tu setem RM0.30.. dah siap.. dan alhamdulillah.. dapat laa jugak.. lebih dari kos yg telah di keluarkan...

Dapat hamper barangan Goodskin Labs nilainya RM225... tp x gi amik lagi kat Measat.. rancang nak gi hr ni.. x sempat laa pulak... tunggu laa... may be esok or lusa... rezqi jgn di tolak... usaha gi ambik nanti... Insya Allah.....








Yg ni pulak dapat hadiah lens.. voucher bernilai RM105..sepasang lens warna lagi.. ni pun x gi redeem lagi... huhuhu.. bila laa nak pergi ni.... plan nak gi petang ni laa.. bukannya jauh sgt pun nak gi redeem.. kat PKNS jer... Alhamdulillah.. rezqi jugak...

Khamis, 17 Jun 2010

Coretan biasa....

Dah lama x catatkan dlm blog ni.. rindu pulak.. ^_^... anak2 dah main bijak.. lincah.. nak2 yg si kecik.. Baby Irfan.. makin nakal.. suka mengusik.. petah pulak tu.. semua yg kita cakap dia ikut.. just pelat laa sikit2... Abang2 nya.. if tonton cerita kat TV.. banyak soalan.. " kenapa mama..." kenapa Papa..??" huhuhu.. letih jugak nak jawab soalan diorg.. tp jawab jer laa walaupun soalan2 tu sama jer jawapan nya.. sbb budak2 mmg suka bertanya.. if kita x jawab.. nanti perkembangan otak dia akan terbantut... jawab jer laa...

Minggu ni plan nak bawak anak2 gi jejalan.. sempena ngan cuti sekolah.. abang Izz kan cuti.. tp x tahu nak gi mana lagi.. x pergi jauh kot.. just dekat2 jer.. .. yg penting kualiti masa bersama anak-anak.. Plan nak gi berkelah.. mandi kolam.. jalan2.. tengok wayang...apa lagi yer?? banyak jugak tu kan..  tp risau anak2  letih.. Mm.. x kot!! Bukan satu hari nak buat semua.. just plan utk 3 hari cuti... hehehe.. ok laa tu kan.. Dan satu lagi.. syarat bercuti.. OFF H/SET!!!.. No Business Matters!!!Just utk anak2..