Rabu, 10 Ogos 2011

Suami ku terCINTA

Tetiba rasa nak cerita.. bercerita dgn blog jer laa.. hehe.. nak cerita dgn org lain, takut jugak org meluat pulak.. menyampah pun ada.. yer laa dok puji2 suami sdr.. sememangnyer layak di puji.. tp,org lain misti laa pulak ingat nak tokok tambah cerita,melainkan org2 yg terdekat yang kenal dgn suami aku or cik abe..

Sesungguhnya, aku bertuah dan amat bersyukur kerana dikurniakan suami yang amat menyayangi dan mencintai aku sepenuh hati. Sanggup susah senang bersama dan berkorban apa sahaja demi aku dan anak-anak.Alhamdulillah.. Semoga suami ku ini sentiasa menyayangi diri ini.. dan cintanya tidak berpaling kpd perempaun yang lain.Semoga hatinya utk diri ini dan anak-anak.Semoga suami sentiasa sabar melayani kerenah aku dan anak-anak.. dan menceriakan hidupku kini dan hingga ke akhir hayat.

Bila mendengar cerita-cerita dr orang lain,kawan terdekat mengenai suami2 mereka atau suami orang lain.. aku amat bersyukur kerana suami aku.. 1 dalam berjuta.. terlalu baik.. walaupun, sememangnya bukannya sempurna 100%.. tp setiap kekurangannya aku anggap itulah keunikan. Uniknya dr orang lain..

Bagi aku, tiada rahsia antara suami dan diri aku.. sentiasa berkongsi cerita.. mengenai kerjaya, anak-anak, peribadi dan kawan-kawan.Tak kira apa topik pun.. aku dan suami akan bercerita..berkongsi perasaan.. suka dan duka..susah dan senang.. KOMUNIKASI itu yang penting.Gurau senda suami amat ku rindukan saat berjauhan. Seletih mana pun suami ku, dia sentiasa sabar melayani ku dan anak-anak.Sentiasa menemani ku ketika aku sakit.. susah.. sedih dan gembira.Tapi, yang paling terharu, suami akan sentiasa mengutamakan diri aku dan anak-anak.Pergilah dia ke mana sahaja.. kerja di luar kawasan.. aku akan dihubungi sekiranya berkesempatan tak kira menggunakan medium apa sahaja yang boleh digunakan. Menemani ku tidur walaupun jauh di mata. Hairan kan?? Macam mana boleh teman tidur.. hehehe.. Zaman yang canggih ni.. gunalah sebaik mungkin untuk mengeratkan lagi hubungan.. suami,aku dan anak-anak akan berhubung menggunakan video call Skype.. akan ter ON sepanjang malam ke pagi.. dengkur suami tu laa yang menemani aku sepanjang malam ke pagi..

Ikutkan, semua tentang suami aku ingin aku nukilkan dalam blog ni.. tapi cukuplah utk kali ni.. si kecik dah berbunyi di sebelah ni aa.. hehehe.. time to SUSU... utk abang..... I LOVE YOU SO MUCH...

Tiada ulasan:

Catat Ulasan