Isnin, 14 Mei 2012

Mama yg tekad...

Hmm.. konon2 nyer laa kan nak bawak 4 hero jenjalan.. 1st time bawak kete sdr, dgn 4 hero.. pergi ke Giant Nilai..start je kete siap baca doa laa jawabnya.. berdebar2 rasa.. almaklum laa 1st time.. huhuhu..

Dgn yakinnya.. jam 11 pg semalam.. start kete.. drive dgn yakin.. ikut laa semua isyarat jln raya.. sampai laa kat simpang 3 Taman semarak Nilai.. ok lagi.. terus drive..jumpa traffic light yg pertama.. ok.. smooth jer laa perjalanan tu.. tetiba mcm something jer x kena.. tak perasan ada traffic light lg..'Astaghfirullahazim...alhamdulillah, tak ter'eksiden'.. ni laa kalau 'koya' sgt bawak kete.. x perasan ada lampu merah.. sebuah van nak keluar simpang.. sepatutnya aku berhenti dulu.. yg aku pulak.. terus drive sbb x perasankan lampu merah tu.. alhamdulillah sempat elak.. huhuhuh.. tau2 jer laa.. aku bukan bawak laju.. setakat 60 -80km/j jer.. hehehe.. kalau laju.. alamatnya dah berdentum dah tu.. syukur sgt2...

Dgn muka dah pucat... terus jer laa drive sampai ke Giant..

Sampai Giant.. Alhamdulillah.. dipermudahkan tempat Parking.. heheh.. terus laa berjalan2 ngan 4 hero.. kata diorg nak bg mama rehat utk hari mama kononnya.. nak makan kat luar laa.. macam2 laa acara ..

Tp lain jadiknya.. sampai jer.. "Mama.. nak mainan.." waawawawawa.. ni hari mama ker hari sons!!?? lain diorg ckp.. lain diorg buat.. tp apa2 pun.. thanks anak2 mama.. sbb jadik anak2 yg baik..

Selasa, 21 Februari 2012

Harga Segelas Susu...

Seorang budak lelaki miskin berjalan dari rumah ke rumah untuk menjaja kerepek  yg di usahakan oleh ibunya. Menjelang tengah hari, dia sudah berasa lapar, namun tidak mahu pulang selagi belum habis jualannya. Bagi menghilangkan rasa lapar, dia berhajat meminta segelas air dari sebuah rumah berdekatan.

" Kakak, boleh berikan saya segelas air?"

Direnung wajah budak yang kelihatan lesu dan sayu itu.

"Tunggu sebentar ya." Seketika kemudian wanita itu keluar dengan segelas susu di tangannya. Budak itu terus minum tanpa berlengah.

"Berapa ya saya berhutang dengan kakak?" katanya sambil menyeluk poketnya.

" Tak perlu bayar."
"Tetapi saya hanya minta air kosong. Emak saya ajar, jangan ambil apa-apa daripada orang lain tanpa bayaran."
"Kalau begitu bayarlah dengan ucapan ' Alhamdulillah' dan terima kasih."
"Okey, alhamdulillah. Terima kasih kakak!"

Budak tersebut segera beredar kembali menjaja kerepek. Entah bagaimana, dia terasa begitu bertenaga dan penatnya hilang. Bukan semata-mata kerana segelas susu itu, malah lebih daripada itu, kerana sifat pemurah wanita itu walaupun tidak dikenalinya.

Beberapa tahun berlalu, wanita tersebut diserang penyakit serius. Dia dirawat di hospital di bandar tersebut, dengan kelolaan doktor pakar.

Rupa-rupanya doktor pakar yang merawat wanita itu adalah budak lelaki yang pernah diberikan segelas susu kepadanya suatu waktu dulu. Si doktot masih mengenali wajah wanita itu, walaupun sudah berusia.

Doktor muda itu berusaha nerawat wanita itu sehingga sembuh. Malah bil hospital pun ditanggungnya. Setelah wanita tersebut sihat sepenuhnya, tiba kepadanya sekeping bil hospital. Di atas bil itu tertulis:

" Bil ini telah dijelaskan dengan segelas susu. Alhamdulillah dan terima kasih - Dr. Muhammad."



Renungan untuk diri ini yang mudah lupa... ~~

Walaupun kecil bantuan yg dihulurkan namun disertai dengan ikhlas, impaknya tidak terjangkau oleh imaginasi kita. Hakikatnya bantuan Allah sering ada di mana-mana, dalam pelbagai bentuk dan kadang-kadang disampaikan melalui perantaraan orang yang berada berdekatan kita.



::Petikan Solusi Isu ke-41::



Yang Mana Dulu??

Korang pernah tak melalui saat-saat & kenangan, di mana time dedulu kan kita selalu main teka-teki..

Dan ada soalan yang kadang-kadang senang utk dijawab, dan adanyer perlu menggunakan logik akal.. kadang2 ada yg tak masuk akal.. hehehe

Salah satu soalan, contohnya.. 'Yang mana wujud dahulu, telur atau ayam??'

Pernah kan??

Ada sampai yang bergaduh2 nak menangkan jawapan masing2... dan ada macam2 alasan..antara telur dan ayam... yang mana dahulu wujud..?

Tetapi.. sememangnya dalam realiti dalam kehidupan kita, soal remeh temeh dan yang tak perlu difikirkan..kita ambil berat... sedangkan ada hal yang lebih penting perlu didebatkan..

Apa2 pun.. antara ayam dan telur.. tak perlu gaduh2.. jawapan yang pasti.. semua itu ALLAH S.W.T. yang wujudkan...

So.. kita sebagai makhluk.. yg merupakan ciptaan Allah.s.w.t. yg semestinya muncul kemudian.. ada awal dan akhirnya..

Yang pasti, Allah telah sedia wujud.. tiada permulaan dan tiada pengakhirannya..

^__^


Isnin, 20 Februari 2012

Rombongan Terakhir Masuk Syurga

"Daripada Abdullah bahawa Rasulullah s.a.w. bersabda yang bermaksud:

"Sesungguhnya aku benar-benar mengetahui bahawa ahli neraka yang terakhir keluar dari neraka dan ahli syurga terakhir masuk ke dalam syurga. Iaitu orang yang keluar dari neraka dengan merangkak, lalu Allah berfirman: 'Pergilah, lalu masuklah ke dalam syurga.' Dia pun sampai ke gerbang syurga. Dia membayangkan bahawa syurga sudah penuh, maka dia kembali seraya berkata:"Wahai Tuhanku,  aku mendapati syurga telah penuh.' 'Pergilah, lalu masuklah ke dalam syurga.' Dia pun sampai ke depan pintu syurga. Dia membayangkan bahawa syurga sudah penuh, maka dia kembali seraya mengatakan:' Wahai Tuhanku, aku mendapati syurga telah penuh.'

Allah berfirman:' Pergilah lalu masuklah syurga kerana kamu memperoleh semisal dunia dan 10 kali ganda - atau kamu mendapat seumpama 10 kali dunia.'

Dia bertanya:' Engkau mengejekku atau mentertawakanku, sedangkan Engkau ialah Raja.'"

Abdullah melanjutkan:' Aku melihat Rasulullah s.a.w. tertawa sehingga tampak gigi-gigi gerahamnya. Itulah ahli syurga yang paling rendah darjatnya."


~~Riwayat al-Bukhari dan Muslim~~

Selasa, 14 Februari 2012

Indahnya Redha Suami....

Rasulullah s.a.w bersabda yang maksudnya:

Apabila seseorang isteri meninggal dunia dan suaminya redha kepadanya, maka ia akan masuk syurga.”

Riwayat Tirmidzi dan Ibn Majah
Rasulullah SAW bersabda: "Mahukah aku beritahukan kepada kalian, isteri-isteri kamu yang menjadi penghuni syurga ialah isteri yang penuh kasih sayang, banyak anak, selalu kembali kepada suaminya. Di mana jika suaminya marah, dia mendatangi suaminya dan meletakkan tangannya pada tangan suaminya seraya berkata: "Aku tak dapat tidur sebelum engkau reda".
(riwayat al-Nasai dalamIsyratun Nisa no. 257.)
Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud: Demi zat yang jiwaku berada di tangan-Nya, tidaklah seorang suami memanggil isterinya ke tempat tidurnya lalu si isteri menolak ajakan suaminya (enggan) melainkan Allah SWT murka terhadapnya hingga si suami reda padanya.
(riwayat Muslim no. 1436)



credit to: http://www.anamarzablog.com

Isnin, 13 Februari 2012

Jom Tanam Jagung!!!

Seorang petani telah memenangi Anugerah Petani Cemerlang untuk sekian kalinya, selama lima tahun berturut-turut.

Anugerah itu hasil tanaman jagungnya yg membuahkan hasil yang begitu baik. Jagungnya berkualiti; lebih besar, warnanya keemasan, rasanya manis dan tahan lama untuk disimpan.

Seorang wartawan menemui petani tersebut untuk menemuramahnya.

"Apakah rahsia kejayaan tuan sehingga memenangi anugerah ini selama lima tahun berturut-turut?"

"Tidak ada rahsia sebenarnya. Saya cuma berkongsi benih jagung yang saya ada dengan petani-petani lain. Itu sahaja," terang petani itu jujur.

"Berkongsi benih dengan petani lain? Bukankah mereka juga masuk pertandingan yang sama? Petani lain sepatutnya menjadi pesaing kerana mereka juga menanam jagung dengan benih yang sama."

"Betul. Tetapi itu semua tidak penting. Yang penting ialah proses pendebungaan. Kalau pokok jagung di sekitar itu tidak ditanam dengan benih yang berkualiti, maka ladang saya pun akan terjejas,"

"Boleh jadi saya menanam jagung menggunakan benih yang berkualiti, namun proses pendebungaan yang mungkin bercampur dengan ladang berdekatan akan memberi kesan kepada hasil tanaman saya."



Renungan utk diri ini yang mudah lupa....
~~Orang yg berjaya ialah orang yg berkongsi manfaat dengan orang lain dan membantu mereka memperolehnya.~~~

Ahad, 12 Februari 2012

Takziah Untuk Angah & Kak Ain (akak ipar)...

Tengah masak tengah hari.. dpt berita yg menyedihkan hari ni..
Angah & kak Ain, selamat melahirkan baby.. tapi.. yg sedihnya, baby semuanya meninggal dunia.. dan diberitahu, anak sulung angah, kembar 3 .. dan ketiga-tiga kembar telah selamat dikebumikan di Melaka..

Tak dapat dibayangkan perasaan angah & kak Ain.. sedih, kita yg mendengar ni pun x tahu nak cakap apa.. apa lagi insan yang menanggungnya..
Hanya kata-kata semangat yg dpt diberikan.. supaya banyak bersabar & tabah mengharungi ujian itu... Allah aturkan yg terbaik utk mereka & ada hikmah di sebalik semua itu
 Dan kembar itu akan menunggu ibunya di pintu syurga, Insya Allah...

Hari ini Uda & mak Uda, dtg bertamu.. ingatkan Angah & kak Ain akak singgah di rumah on the way balik ke rumahnya di Setapak.. tp, tak singgah, mungkin, mereka perlukan masa.. lagipun, Kak Ain still lemah & sedih dengan kehilangan 3 orang baby sulungnya..


Insya Allah, plan ngan hubby nak menziarahi Kak Ain malam esok..
Semoga Allah s.w.t mengurniakan kekuatan, dan ketabahan dalam dirinya...





Makan..makan.. makan lagi...

Masak utk 4 hari berturut2 ni menu yg 1st time buat.. tak sempat nak upload..
hr Khamis menu Nasi Daging..(tukar, x der daging, just gantikan dengan ayam) x sempat nak snap.. hehe.. pas tu dengan lauk ayam kuzi & acar timun..



Hari Jumaat Nasi biasa jer, just lauk jer berbeza..

Ni sayur campur


Aaa.. ni laa lauk yg 1st time dlm hidup buat .. Ceewaahh!! Deco cam yer2 jer kan.. ngee~~
Sotong Sumbat Scramble Egg + mix vege..



Hari Sabtu.. Masak  Nasi Tomato, acar timun & ayam masak merah.. ni lagi x sempat nak snap pic.. licin.. huhuhuhu


Hari ni pulak, hubby teringin nak makan kerabu sotong.. so.. ini laa.. pas tu dengan Ikan keli bakar, air asam, ikan keli goreng.. budu semestinyer.. & ulam-ulam.. sempat snap pic kerabu sotong jer.. heheheh


Jom makan!!!!^__^

Sabtu, 11 Februari 2012

Motivasi Untuk Hari ini.... Sabtu yg Indah...

Satu kisah yg dinukilkan oleh Dr. 'Aid Abdullah Al-Qarni dlm karyanya, Jannah al-Ma'wa.
Mudah-mudahan ia menambah kerinduan kita pada anugerah-Nya...

Ketika Abu Sulaiman al-Daraniy melaksanakan haji, beliau telah bertemu dgn seorang pemuda Iraq yang kemas penampilannya. Apa yang mengkagumkan Abu Sulaiman ialah ketekunan pemuda itu melaksanakan ibadat. Beliau berpuasa sepanjang hari, bibirnya basah dengan kalamullah dan zikrullah, sedang malamnya dihiasi dengan bertawajuh dan sujud kepada-Nya. Beliau juga tidak pernah tidur.

Lantas Abu Sulaiman telah bertanya kepada pemuda itu:
" Wahai anak muda, demi Allah, terangkan kepadaku apakah yang mendorongmu begitu bersungguh-sungguh beribadat kepada-Nya?"

Pemuda itu menjawab:
"Sungguh, aku telah bermimpi melihat istana-istana yang diperbuat daripada batu bata emas dan perak. Di dalamnya terdapat bidadari jelita yang menyapaku:' Aku berharap engkau menjadi milikku dan aku menjadi milikmu kerana Allah?'
"Setelah aku terjaga. Sejak itu aku berazam dan bersungguh-sungguh untuk memilikinya."

Mendengar kisah pemuda itu, Abu Sulaiman berbisik:
" Demi Allah, dia telah bersungguh-sungguh sehingga sedemikian rupa untuk memiliki bidadari syurga ciptaan Allah, lalu bagaimana keindahan menatap Tuhan kepada bidadari tersebut?"


Wallahu a'lam...


~~Petikan Solusi isu ke-38~~

Jumaat, 10 Februari 2012

Renungan untuk diriku yg mudah lupa...

Rama-rama, cacing & beluncas..

Seekor rama-rama terbang riang di sebuah taman bunga. Hatinya gembira memandangkan cuaca cerah, bunga berkembang mekar mengharum dengan bunyi kicauan burung mempersona.

Sang rama-rama ditegur oleh sang cacing.
"Wah, cantiknya kamu. Lihat kepak kamu yang berkilat dan berwsrna-warni," kata cacing.

"Corak kepak kamu memang menawan.Ia seolah-olah hasil karya seni seorang seniman," puji cacing lagi.

"Alhamdulillah, kita ini hakikatnya ciptaan Allah jua."
"Ada lagi yang menakjubkan kami tentang kamu, wahai sang rama-rama."
"Apa dia?"
"Di kala kamu terbang, gerak kepak kamu seolah-olah suatu tarian yang mengasyikkan."

Sang rama-rama sekadar tersenyum. Dalam hatinya turut kagum dengan cacing pula. Apa tidaknya, peranan cacing menggemburkan tanah menyebabkan tanah subur untuk pelbagai tanaman, yang seterusnya menumbuhkan pokok yanng mengindahkan lagi taman tersebut.
Rasa kagum itu disambut dengan lafaz Subhanallah.

"Eeei..apa itu?"
Tiba-tiba si cacing menunjuk ke arah seekor beluncas yang sedang memanjat daun.

"Buruk sungguh rupanya! Geli aku lihat..."
kata cacing tersebut.

Sang rama-rama yang mendengar tersenyum.
"Itulah diri aku sebelum aku menjadi rama-rama yang menawan ini. Sebelum itu aku terperuk dalam kepompong sempit," terang sang rama-rama.

"Oh, begitu? Maafkan aku kerana rupa-rupanya aku mengutuk kamu setelah memuji kamu."

 
***Renungan utk diri ini...
Kita seringkali cepat mengutuk tetapi lambat berfikir, apatah lagi    mengutip 'ibrah' di sebalik sesuatu. Jangan mudah mengutuk tanpa mengetahui asal usul sesuatu.



~~Solusi isu ke-39~~~

Khamis, 9 Februari 2012

Isteri saya Hilang!!!

Seorang suami berjumpa polis untuk melaporkan kehilangan isterinya yang keluar seketika untuk membeli gula, namun tidak pulang-pulang.

"Sudah berapa lama isteri encik keluar?" soal polis.
"Saya tidak pasti pula. Pagi tadi atau tengah hari kut."
"Dia pakai baju warna apa?"
" Tak pasti la tadi. Mungkin hitam atau putih. Kalau tak pun kelabu."
"Baiklah. dia ada bawa kad kredit atau kad ATM bersama?"
"Kad ATM memang selalu ada dalam dompet dia, tapi kad kredit tidak pasti pula."

Polis tersebut menggeleng-gelenngkan kepala.
"Isteri encik  keluar dengan kereta persendirian?"

"Ya tuan, dia keluar menggunakan kereta saya, Perodua Myvi. Kereta saya tu berwarna silver, berusia empat tahun 12 Disember nanti. Bumper depan kereta sebelah kiri ada kesan calar sikit. Bahagian dalam kereta saya guna wangian Teddy Dream dari Lovely Lace."

"Okey, kalau macam tu kita cari kereta encik dahulu sebelum mencari isteri encik," kata polis menamatkan sesi soal siasat.




~~Pengajaran~~
Adakah ada ketikanya material lebih mudah kita terangkan ciri-cirinya secara detail berbanding insan yang kita sayangi?
Pulanglah ke rumah dan kenalilah insan yang dekat dengan kita.
Mengenali untuk menyayangi..bukan untuk membenci..



(Solusi isu:38)

Rabu, 8 Februari 2012

Lauk untuk hari ini...

Dah lama x masak asam pedas.. selalu masak asam pedas kepala ikan jenahak/merah.. tp hari ni just masak asam pedas kepala ikan aya hitam jer.. simple2 udah... hheheh..



Ini laa set hidangan utk hari ni.. hidangan wajib, 'the ike goreng'...asam pedas ikan aya/tongkol hitam & peria goreng udang+telur...



Tp yg memang hidangan wajib, tunggu hubby balik.. 'spesel of Budu'.. hehehe... ngan ulam-ulaman...

^__^

Selasa, 7 Februari 2012

Percaya padaku ~~Ungu~~

aku tak tahu apa yang ku rasakan
dalam hatiku saat pertama kali
lihat dirimu, melihatmu
seluruh tubuhku terpaku dan membisu
detak jantungku berdebar tak menentu
sepertinya aku tak ingin berlalu

berikan cintamu juga sayangmu
percaya padaku ku kan menjagamu
hingga waktu menjemputku
ku berikan cintaku juga sayangku
percaya padaku ku kan menjagamu
hingga waktu menjemputku

saat ku tahu kau akan pergi jauh
izinkan aku tuk selalu menantimu
untuk katakan ku ingin dirimu (ingin dirimu)
agar kau tahu betapa ku terlalu
mencintaimu aku akan menunggu
hingga dirimu kembali untukku

tolonglah aku bagaimana diriku
ungkapkan itu rasa yang membelenggu
dalam hatiku ku cinta padamu

berikan cintamu juga sayangmu
percaya padaku ku kan menjagamu
hingga waktu menjemputku

Ya Allah, Lindungilah aku dan keluargaku daripada melakukan dosa..



Abdullah bin Abi Aufa r.a menceritakan:
Rasulullah s.a.w keluar bertemu kami pada suatu hari. Baginda duduk lalu bersabda yang bermaksud:

" Sesiapa yang mempunyai hajat kepada Allah atau kepada manusia, hendaklah dia berwuduk dan memperelokkan wuduknya, kemudian tunaikanlah solat dua rakaat, seterusnya memuji Allah, berselawat ke atas Nabi s.a.w. dan mengucapkan,
'Tiada Tuhan yang layak diperhambakan diri (ini) melainkan (kepada) Allah, Yang Maha Bijaksana, lagi Maha Mulia, Maha Suci Allah, Tuhan Arasy yang hebat. Segala puji bagi Allah, Tuhan (yang menguruskan) semesta alam. Aku memohon kepada-Mu pemberian rahmat-Mu, kepastian keampunan-Mu, dan kemenangan daripada segala kebaikan, dan keselamatan daripada segala dosa. Jangan biarkan diriku berdosa melainkan Kau ampunkan. Tiada kesusahan melainkan Kau bukakan jalan keluar. Jangan biarkan aku berhajat terhadap perkara yang Kau redhai melainkan Kau tunaikan, wahai Yang Sebaik-baik Penyayang.'"

~~Riwayat al-Tarmizi~~




Lacto-Lite

LACTOLITE

Iaitu minuman Serbuk Yogurt Kultur Hidup dan Inulin yang menggabungkan kebaikan kultur hidup dan inulin bagi menjamin kesihatan sistem penghadaman (gastrousus) dan badan kita. Ia adalah sinbiotik yg menggabungkan kedua-dua probiotik dan prebiotik, tidak mengandungi sebarang herba atau bahan kimia yang bersifat laksatif (julap), Lacto-Lite sama sekali tidak akan menyebabkan kekejangan perut mahupun cirit-birit

Apa itu Lacto-Lite???
1) NURICH LACTO-LITE adalah yogurt kultur hidup & inulin menggabungkan kultur hidup dan inulin untuk menjamin kesihatan sistem penghadaman.
2) NURICH LACTO-LITE adalah sinbiotik yang mengabungkan kedua-dua probiotik dan prebiotik.
3) NURICH LACTO-LITE tidak menyebabkan kekejangan perut mahu pun cirit birit.


Kandungan Lacto-Lite
1) Inulin
2) Serbuk yogurt dengan kultur hidup
3) Serbuk konjak
4) Oligo-fruktosa
5) Maltodekstrin
6) Serbuk vanila dan silikon dioksida
7) Kondisioner makanan (agen antipengerakan) yang dibenarkan


 Kebaikan Lacto-Lite
1) Lactolite membantu menyingkirkan toksin dalam badan
2) Tingkatkan metabolisme dan mempercepatkan proses penurunan berat badan
3) Menggalakkan pertumbuhan bakteria baik untuk perut
4) Membantu dalam penghadaman dan bertindak mencegah sembelit


Panduan minum Lacto-Lite
Minum 1 sachet sehari :
Minum sebelum sarapan pagi sebab masa pagi perut masih kosong. Tetapi, jika terlupa minum waktu pagi, boleh minum Lacto-lite sebelum tidur, iaitu kurangnya 4 jam selepas makan malam.



HARGA
RM158.00/25 SACHET
(TIDAK TERMASUK KOS POS)


~~~Cita-Cita Saya.... ~~O_O

Hari ni abang, adik (Mirza) & Irfan Haziq.. melukis, mewarna.. & main cam biasa laa.. hari2 pun main.. tp hr ni beza sikit la.. Diorang melukis 'cita-cita saya ',...Owhh!!Anak-anak mama dah ada cita-cita rupanya.. dulu masa mama & papa tanya, apa cita2 .. x tahu apa tu cita2.. ngee~~sekarang dah ada cita-cita


Irfan Haziq tunjuk robot (katanyer)... hehehe




Abang Izz & Mirza punya cita-cita... boleh agak tak apa cita2 diorang??? hehehe


Ini lukisan Abang Izz.. kapalterbang... cita-cita dia... nak jadi Pilot.. Wahh!!!Tinggi betul cita-cita anak mama... Cantik tak kapalterbang Abang Izz..?^__^

 Ini robot Irfan Haziq.. (robot ker?) nak join jugak... hehehe.. Iyer kan jer laa...


Ini lukisan Mirza..buleh agak ape tak?? Nampak mcm ape ek??
Mirza bgtahu mama.. ini roket.. Mirza nak jadik 'roket' katanya?? Ngee~~
Itu bahasa dia .. dia yg paham.. dia nak jadi seorang angkasawan..
Lagi tinggi cita2 anak mama yg sorang ni...


Semoga tercapai segala cita-cita anak-anak papa & mama.. apa2 pun.. mama & papa x kisah.. yg penting, pekerjaan yg halal.. jadi insan yang menyenangkan masyarakat & agama.. dan jadi hamba Nya yg beriman & soleh..

Luv U alls!!My heroes!!..


Bersihkan Sangka Buruk dgn Takwa & Taubat

Allah melarang umat Islam mengintai-intai (tajassus) keadaan seseorang. Ketahuilah apabila prasangka diperturutkan, maka kadang-kadang tanpa berasa berdosa dia akan bertindak lebih jauh dengan mengintai-intai. Tindakan ini atas alasan untuk menelusuri kebenaran isu dan desas desus yg sebelumnya hanya sekadar menduga. Hal inilah yg biasa merosakkan suasana keakraban dan ukhuwah.


Firman Allah S.W.T;
" Wahai orang yg beriman! Jauhilah kebanyakan dari sangkaan (supaya kamu tidak menyangka sangkaan yg dilarang) kerana sesungguhnya sebahagian dr sangkaan itu adalah dosa dan janganlah kamu mengintip atau mencari-cari kesalahan dan keaiban org dan janganlah sesetangah kamu mengumpat sesetengahnya yg lain. Adakah seseorang dari kamu suka memakan daging saudaranya yg telah mati? (Jika demikian keadaan mengumpat) maka sudah tentu kamu jijik kepadanya. (Oleh itu, jauhilah larangan-larangan yg tersebut) dan bertakwalah kamu kepada Allah; sesungguhnya Allah Penerima Taubat, lagi Maha Mengasihani."

(Surah Al-Hujurat ayat 12)


** Peringatan utk diri sendiri..yg kadangkala kalah dengan emosi dan bisikan-bisikan syaitan...***

Isnin, 6 Februari 2012

Premium Beautiful....Penampilan Diri Yang Diimpikan..


Yeszzz!!! Premium Beautiful bukan sekadar pakaian biasa..
Penyelesaian masalah kepada Individu yang sememangnya WAJIB menjaga penampilan diri..
Antaranya.. anggota pakaian beruniform..



Bomba


Peramugari/Peramugara


Anggota Polis


dan lain2 lagi badan beruniform
dan amat sesuai juga untuk individu yang kerjaya professional seperti peguam, doctor, jururawat, PR, PA...
dan lain-lain individu yang menitikberatkan penampilan diri seperti artis(penyanyi/pelakon)


Antara artis yang menggunakan Premium Beautiful ialah
 Rozita Che Wan..



Inilah Rahsianya.. Premium Beautiful...^_~

Premium Beautiful... Untuk Siapa???

 Siapa yg sesuai memakai Premium Beautiful??
 Wanita sahaja?? Yang Bersaiz Plus Plus??

Jawapannya.. semua individu boleh memakai Premium Beautiful...yang kurus.. yg bersaiz plus n plus.. anak dara.. yg nak berkahwin (tahun ni or bila2 laa..kan time kawin nanti misti nak bentuk badan yg menarik kan.. ), ibu yang tengah/dalam tempoh berpantang, ibu yang menyusukan anak.. & semua individu yang ingin menjaga kesihatan...
lelaki pun boleh tapi.. waist nipper jer laa.^__^
Sambil2 memakai.. dengan Premium Beautiful juga anda boleh menjana pendapatan...

Nak tahu macam mana caranya?? Just contact saya..
FREE CONSULTATION
FREE TRIAL
FREE BUSINESS SHARING







Jumaat, 3 Februari 2012

Testimoni...

Ni laa..testimoni kawan.. walaupun x beli dr saya dan mak beliau sendiri yg jadi ahli..just nak share pengalaman beliau menggunakan Premium Beautiful..

Kelebihan & keselesaan memakai Premium Beautiful ..

 


So.. sesiapa yg ingin mencubanya.. boleh lah hubungi saya melalui email ima@lpe.com.my atau
FB saya..