Selasa, 11 September 2012

Berusaha walaupun perit...

Yup!! Adakalanya segelintir org yg alami masalah.. keperitan hidup.. mesti terlintas dlm hati.." Alah.. org lain ckp senang laa.. itu ini.. tp tak rasa bebanan yg ditanggung..!".. Hurm.. memang itu pun pernah terlintas dlm fikiran ini masa mula2 menghadapi kemelut ini..Tapi, Alhamdulillah.. Allah sedarkan diri ini dr terus berperasaan begitu... sebab bila dengar dan lihat sendiri ujian yg Allah berikan pd insan lain lebih hebat & berat.. apa lah sangat dengan ujian yg diri ini tempuhi.. ujian kecik je kan??

Berusaha bangkit dengan doa mama tercinta, yg sentiasa di sisi ini.. ketika kemelut melanda.. abah,adik beradik.. saudara mara & kawan2 yg x pernah putus memberikan kata2 dorongan.. agar terus tabah.. tabah dan tabah .. serta sabar.. Redha?? Mula2 memang sukar utk redha.. bergelen2 air mata ni aa.. baru boleh terima kenyataan.. sbb apa yer susah?? Sebab ada sifat dendam, sakit hati dan sukar memaafkan.. Alhamdulillah.. terus berusaha & mencuba utk memaafkan.. siapalah diri ini yg hanya hamba Allah s.w.t.. diri yg byk kekurangan & kelemahan.. so..MAAFKAN INSAN TERSEBUT serta sesiapa shj!!!Maha Suci Allah.. selepas memaafkan.. walaupun tak melupakan.. rasa seluruh beban dalam diri dan hati ini hilang .. terasa ringan sangat2..

Detik itu.. terus melangkah kehadapan.. walaupun masa depan yg kabur & tak boleh diramalkan.. just  berusaha teruskan hidup dan berdoa sentiasa di bawah perlindungan,rahmat & redha Allah s.w.t.. berdoa semoga Allah s.w.t aturkan yg terbaik di dalam hidup ini , di dunia.. dan akhirat kelak..

Ada juga suara2 yg menyarankan utk rujuk semula dgn X.. hurmm.. nak tergelak pun ada.. perlu ke?? Bukan nak berckp besar.. ketentuan Allah kita x boleh nak halang, kan? Tapi hati ini sedar.. sekiranya tak ada kepercayaan dlm sesebuah perhubungan.. mcm mana nak teruskan? Tp hati ini tahu.. X pun x hingin nak kembali, serik hidup bersama selama 9 tahun, yg mcm2 kerenah.. hehehe.. aku?? Komplekskan hati ini.. bila dah org tak suka dan sayang.. terang dan nyata 'x ada feel' dengan kita.. buat haper terhegeh2 dgn dia, kan?? Bila dia men'delete'kan nama kita dlm hati dia.. apa susah.. kita juga mampu 'removed'kan dia dr seluruh hidup utk selamanya... Bila kita ni terlalu byk kurang & kelemahan di mata seseorang..  jawapannya, tak memenuhi keperluan & kehendaknya.. apa lagi yg tinggal?

Teruskan hidup!!! Hilang kasih dr seorang insan bergelar suami tika dulu.. bukan makna hidup kita berakhir!! Hilang kasih dr seseorang.. bukan seluruhnya.. Allah kurniakan nikmat cinta dr insan.. dan Allah juga berkuasa mengambilnya semula..

Jika dia cinta pertama.. bukan semestinya dia cinta terakhir, kan?? Harapan cinta terakhir di dunia ini dikurniakan Allah lebih baik dr sebelumnya.. yg boleh membimbing diri ini utk menggapai redha Allah.. yg menyayangi diri tanpa sebab.. yg menerima kekurangan, kelemahan dan keunikan diri ini dengan ikhlas..

Opsstt!!Awal lagi nak berfikir soal jodoh.. hehehe.. Fobia pun ada jugak.. tp sentiasa berdoa agar Allah kurniakan ketabahan hati utk menerima ujian dan dugaan dalam hidup ini..

Peace No War!!!
Luv;
Iemma

Tiada ulasan:

Catat Ulasan