Rabu, 24 Oktober 2012

Bangkit!! Bangun!!! Yakin mampu untuk terus BERDIRI....

"Ketika kau ucap kata selamat tinggal
Ku sangka diriku kan hancur oh, oh
Nestapa menyiksa membuat aku sedar
Hanya aku yang bisa mengubah arah hidup


Lihatlah, lihatlah aku buktikan padamu
Walaupun ku jatuh tapi tak tersungkur
Biarkan, biarkan ku berdiri sendiri
Kerana ku yakin masih lagi mampu
...
Bernyawa dengan sebelah jiwaku oh

Ku tahu kau mahu melihat aku sugul
Tapi tak akan ku menzahirkannya oh, oh
Meskipun hatiku berderai bagai kaca
Ku kutip serpihannya dan cantumkan semula

Lihatlah, lihatlah aku buktikan padamu
Walaupun ku jatuh tapi tak tersungkur
Biarkan, biarkan ku berdiri sendiri
Kerana ku yakin masih lagi mampu
Bernyawa dengan sebelah jiwaku oh

Takkan ku biarkan mata mengalirkan air mata kecewa oh, oh, oh
Kini ku berani lebih berdikari yeah, yeah, yeah...."
 
~~Motivasikan diri sendiri.. Yup!! Memang sentiasa tersenyum.. hinggakan ada yang beritahu.. OK ke?? Selepas apa yang berlaku dan ditempuhi... Bangga ke dgn status JANDA?? Single mama??
Apa ada pada status?? Kemungkinan besar setiap wanita utk bergelar status tersebut amat2 tinggi.. tak semestinya bercerai or berpisah hidup.. bercerai mati pun.. status yang sama..
 
Alhamdulillah.. Allah anugerahkan pelbagai hikmah, nikmat dan rahmat selepas apas yang berlaku.. sekongan mama, abah, adik beradik, kawan2.. dan yg penting anak2 penyejuk mata dan penenang jiwa.. Hidup mesti diteruskan walaupun perit.. Kita mampu untuk berdiri sendiri.. selepas apa yg terjadi, kekuatan diri muncul..
 
Soalan2 yang paling biasa di soal..
" Kenapa minta cerai??",Tak ingat anak-anak2 ke?" "Tak sayang ke dengan rumah tangga"..
 
Macam mana ye nak jawab.. mungkin pendapat setiap orang berbeza-beza.. dan orang yang melaluinya, walaupun masalah yang sama.. tp situasi berbeza, dan cara penyelesainnya juga berlainan.
 
Ikutkan sayang.. memang sayang.. ikutkan kasihan kan anak2.. memang kasihan.. tp telusilah hati sendiri.. mampukan teruskan perhubungan sekiranya hati curiga.. syak wasangka.. bolehkah hidup bersama pasangan sekiranya, apa yang di lakukan terhadap kita, kita tidak boleh lupa.. dan hidup dalam keadaan yang sentiasa mengungkit dan mencari salah?? Selain, harga diri ini di campak ke tepi semata2 jatuh cinta pd wanita lain.. Curang?? Suami jatuh cinta pd yg lain?? Itu fitrah lelaki.. tp if nak kumpul isteri ramai2 pun.. kalau yg satu ini dah tak ada nilai.. tak boleh nak jaga.. inikan pulak nak jaga 2 hati.. or lebih.. lupakan jer laa..
 
Bahagia diri ini bukan ditentukan oleh pasangan kita.. Bahagia diri, ditentukan oleh diri sendiri..
Selain itu, yg paling penting... berdoa kpd Allah agar hati ini beroleh bahagia kerana Allah yang menganugerahkan setiap hambaNya HATI... Hati itu perlu diserahkan pada penciptaNya utk menperoleh bahagia.. Just sematkan dalam diri, hati, minda.. selepas bangkit dr jatuh.. jangan biarkan diri jatuh walaupun selepas ini dugaan datang menduga...
 
luv...
Ima


Tiada ulasan:

Catat Ulasan