Jumaat, 4 November 2011

Bila duduk sorang-sorang...: )

Hmm.. hubby keje malam ni, tak tahu laa sampai jam berapa?? Itulah pengorbanan hubby utk family.. orang lain dah siap sedia balik kg.. plan nak bercuti or sebagainya sempena hari raya lusa ni.. tp hubby still pk kerja yg tak pernah habis2.. alhamdulillah, x jadi pergi Sabah utk urgent maintenance.. mungkin lepas raye laa kot.. kalau x.. berayer dgn anak2 jer laa jawabnya.. huhuhuhu

Bila hubby x der kat sebelah ni.. mula laa rindu.. heheh..(padahal keje area Klang Valley jer.. hahaha.. tacing lelebih pulak..)mula laa mencurah-curah idea nak menaip serta berkarangan dalam blog ni.. tp kdg2 idea termati jugak.. kadang2 ilang tetiba..

Selalu mintak pada Allah SWT.. jika Aku, suami & anak2 tidak daya utk memberi sebarang bantuan/manfaat atau sebagainya kepada orang lain, semoga Allah SWT sentiasa melindungi kami sekeluarga dr sebarang kesusahan serta tidak menyusahkan orang lain...insya Allah..

Bila ada rasa susah, selalu pujuk diri sendiri bahawa ada org yg lebih susah dr aku.. aku ni, alhamdulillah ada tempat tinggal, cukup makan pakai.. walaupun tak semewah dan semenggah org lain.. dan harap aku tidak menyusahkan orang lain..

Tapi.. orang kadang2 mengambil kesempatan atas kebaikan kita kan... memang lumrah hidup.. dan harap sentiasa berfikiran positif.. yg Allah sayangkan kita dengan memberi ujian demi ujian.. Allah menduga kita dengan ujian dan dugaan itu.. sebab Allah nak kita sentiasa mengingati DIA.. tapi hati ini selalu jugak terbabas fikiran.. terpesong emosi.. walaupun redha dengan ujian, air mata nak mengalir jugak.. nak menitis jugak walaupun setitik.. terdetik jugak dlm hati.. "aku ni ..tak terima ke ujian Allah??".. sedangkan sememangnya aku terima.. mulut senang cakap kan... sabar sabar dan.. sabar..mungkin ada hikmahnya.. Akal yang waras pujuk hati.. tapi hati yang sensitif.. mudah terasa... mudah terguris.. terhiris.. terluka.. Ya Allah, kurniakan aku kekuatan jiwa... kurniakan aku kesabaran... lindungilah aku dari bisikan2 syaitan yag direjam...

Tiada ulasan:

Catat Ulasan