Khamis, 29 April 2010

Ulangtahun Perkahwinan yang Ke-8 tahun...

Tarikh keramat 10 Mei .. adalah hari ulangtahun perkahwinan aku dan abang yg ke-8 tahun.. Alhamdulillah.. x sangka.. dah 8 tahun aku dan abang mengharungi kehidupan sebagai suami dan isteri.. dan dianugerahkan 3 hero yang comel,bijak.. nakal.. 

Tapi, x pasti lagi tahun ni nak sambut macam mana... abang kata ikut jer laa... spontan... x boleh dirancang, takut tak jadik.. yg pastinya.. sambutan terpaksa diawalkan dari tarikh.. coz hari 10 Mei tu jatuh pada hari Isnin.. aku kerja dan abang pulak ada training.. pas tu pulak hari Ahad abang outstation.. may be minggu ni laa sambut.. 1hb Mei.. awal 10 hari ...

Syukur kepada Allah s.w.t... dan semoga dipanjangkan jodoh.. dilindungi dan di Rahmati oleh-Nya.. serta semoga cinta akan kekal di hati aku dan abang.. Insya Allah.....  

Tiada ulasan:

Catat Ulasan