Khamis, 29 April 2010

Takut Gagal Zalim Pada Diri -Artikel Dr Azhar Hj Sarip MW Bil:1380

Bila terbaca artikel ini, baru aku sedar.. aku taklah zalim pada diri aku.. kerana aku cuba jugak sesuatu yg baru walaupun aku tahu tak tentu pun menghasilkan keputusan yang baik.. just cuba dulu baru tahu.. if x cuba langsung kita tak tahu pun apa hasilnya.. ini berkait rapat dengan pertandingan yang aku masuk hr tu.. Ambassador Hunt Keep Slim... sememangnya aku bukan nak masuk pun.. isi borang pertandingan tu pun abang yang bagi galakan.. dah alang2 buat rawatan perlansingan, apa salahnya isi borang kalau2 terpilih...

Bila diberitahu aku terpilih utk semi final tu pun aku tanya abang.. bukan aku yg buat keputusan nak masuk.. aku minta izin abang... sebenarnya memang aku penakut dan malu untuk berdepan dengan orang ramai... apatah lagi kena jalan ala-ala catwalk atas pentas.. uhuhuhu... itu semua sokongan abang.. speech pun dia yg semak dan dengar aku menghafal.. tapi lain jadiknyer bila naik pentas... berterabur.. gugup.. tapi nak buat macam mana.. itu kelemahan aku...

Petikan dari artikel ini ada menyebut." Tanda awal yang kita terdiri dari orang yang takut untuk gagal adalah takut untuk mencuba perkara baru dan bagi mereka setiap percubaan itu perlu terus berhasil..."Ini sebagai motivasi utk aku... AKU BUKAN TAKUT... semua itu jadi pengalaman yang manis utk aku... dan tahu kelemahan aku dan kelebihan aku... alhamdulillah... Allah dah aturkan semuanya... Allah tahu apa yang terbaik untuk hambanya...

" Setiap perbuatan kita akan memberi hasil, sama ada sesuai dengan keinginan kita atau bertentangan dengan dambaan hati. Seandainya bertentangan maka tugas seterusnya mencari jalan untuk mencapainya kembali..itu sahaja yang perlu kita lakukan. Jika itu yang kita lakukan, layakkah kita menzalimi diri kita dengan menganggap kita gagal sebelum bertarung.... Takut kepada kegagalan itu juga salah satu perkara yang zalim kepada diri sendiri kerana setiap dari kita berhak berjaya cuma kita berlaku zalim terhadap diri.."

Nukilan ini amat bermakna utk diri aku yang sentiasa tiada keyakinan diri.. penakut... Alhamdulillah aku ada suami yang banyak beri dorongan dan sokongan untuk aku... selepas aku x terpilih utk top 10... memang dalam hati aku bukan terkilan dengan keputusan tu.. cuma aku x yakin pada diri... Dalam fikiran aku... sentiasa terfikir.. betul ker apa yg aku buat? ucapan macam mana? menggeletar ker? gugup... arghhh.. memang x yakin langsung...

Tapi abang sentiasa bagi kata2 semangat... dia kata tak apa laa.. if tak terpilih pun  x mengapa sebab ayang dah cuba yang terbaik... tapi itu kan kenangan.. bila lagi nak disolek cantik2.. berpakaian cantik2.. baju sponsor lagi... Terima kasih abang... terima kasih kerana selalu disisi ayang di saat ayang perlukan abang... if abang bagi kata2 semangat yang ayang boleh buat.. ayang memang takkan masuk pertandingan tu langsung.. dan takut untuk cuba pun... dan termasuklah ayang di kalangan orang2 yang takut untuk gagal...

Dengan dorongan abang.. ayang cuba... hasilnya... walaupun bukan yang terbaik.. Insya Allah.. lain kali ada rezeki lain.. Allah s.w.t lebih mengetahuinya....

Tiada ulasan:

Catat Ulasan