Khamis, 25 Ogos 2016

Part 1~ Cuti-cuti Budget Terhad ~ Langkawi 2016

Percutian Bajet bak kata orang kita..sebenarnya bukan cuti2 sangat pun, kebetulan mengikut En.Suami yang wajib hadir ke seminar yang kebetulannya diadakan di Langkawi.
Fijadikan cerita, dah alang-alang ke sana, ambil kesempatan untuk 'honeymoon' skali walaupun kawen dah 2 bulan.. 😅😅😅 Pengantin Berusia macam kami pun tak nak kalah dengan pengantin2 muda belia.. Nak rasa jugak honeymoon tu.. 😂😂😂
Bak kata sambil menyelam minum air... Alang-alang dah ke Langkawi tu, apa lagi... Ambil kesempatan untuk bercuti. Lagipun sejak kahwin, tak sempat nak merasa pergi jalan-jalan atau bercuti berdua jauh-jauh gini..almaklumlah, kata ma mertua aku, orang baru nak mulakan hidup baru, banyak urusan kena selesaikan. 
Kebetulan pulak pergi ke sana tak ada plan beria-ia sangat, memang bajet terhad sangat-sangat..termasuklah flight ticket, hotel..sewa kereta, memang kami pilih yang paling minimum, kalau boleh ada yg lagi mininum,kami akan confirm ambil. Bukan suami tak mampu, tapi macam kata ma mertua lah.. Pasangan yang baru nak mulakan hidup ni..banyak hal nak uruskan termasuklah dari segi kewangan. Tak gitu? Apapun..yang penting enjoy!! Santai-santai sudehhh... 😊😊😊😊

Flight ticket memang kami pilih time ada promotion, utk 2 org return ticket less than RM300. Utk lugagge masa pergi sana just check in utk en.Suami hanya untuk 15kg...pendapat kami berdua, setakat luggage utk hala ke sana, ada apa sgt .. Utk time balik En Suami add utk luggage 20kg hanya nama dia sahaja...aku? Tak perlu ...sbb beg kecik je untuk bawak naik ke cabin.. 😁😁😁😁 bajet sungguh kan? Errr... 😅😅😅😅 

Sewa hotel pulak, kami decide untuk sewa hotel JoyMotel , memang dekat dgn HIG Mall... 
RM60/day double bed..bilik dia not bad, sbb kami memang sepakat, kami tak lekat 24 jam pun kat bilik hotel...En.Suami nak berjalan & selusuri semua tempat di Langkawi...yg mana sempat lah kan.. Sebab kami hanya ada masa 2 hari je.. Walaupun dengar macam lama, 2 hari 6&7 Ogos tu En. Suami kena hadiri seminar dari jam 8.30pg -5.30ptg...malam je boleh keluar makan-makan. Jadi baki 2 hari (8&9 Ogos) sebelum kami balik ke KL semula malam 9 Ogos tu...jadinya sewa untuk 4 malam RM240.😎😎😎

Sewa kereta pulak, Allah gerakkn hati untuk search dalam google, jadi terjumpalah dengan Suhara Travel Agency...tanya-tanya sewa kereta viva RM60/day...yelah, untuk kami berdua cukuplah Viva.. 
Tapi bila sampai di sana, rezeki kami owner tukarkan dengan Myvi sbb kereta Viva ada masalah sikit, dgn harga lain sikit, sebelum tu dapat diskaun sikit sbb sewa kereta start malam sampai ke sana, disebabkan isu tukar kereta, RM240 untuk 4 hari lebih..ikutkan rate MyVi RM70/day... 
Banyakkn jimat? Alhamdulillah rezeki..

Bagi kami suami isteri, memang sudah dapat rate yang paling minimum...mungkin ada lagi yang paling paling murah..siapa tahu kan.. Alhamdulillah, waktu seminar tak bertembung dengan waktu cuti sekolah atau cuti umum.. Kemungkinan besar, kadar yang kami dapat takkn dapat waktu itu...

Syukur.. Alhamdulillah..

Dah panjang lebar menaip ni...tak habis lagi nak catatkan tempat-tempat yang kami lawati mengikut bajet kami..kalau kawan-kawan ada bajet lebih, terpulang untuk nikmati percutian tanpa bajet terhad..
Pilihan masing-masing.. Apa yang penting enjoy & santai!!

InsyaAllah bersambung lain kali... 😘😘😘😘

Tiada ulasan:

Catat Ulasan