Jumaat, 6 Januari 2012

Catatan pertama Utk Tahun 2012

Dah lama x menaip dlm blog ni aa.. sibuk sgt2.. dgn persiapan anak2 ke sekolah.. Tak sangka Abg Izz dah masuk Tahun 1.. Mirza dah 6 tahun.. Irfan Haziq.. 4 tahun.. dan Hilmi Asyraf.. genap
5 bulan ++ ...Alhamdulillah..  Allah kurniakan nikmat tak terhingga.. dipanjangkan umur dengan kesihatan yg baik utk melihat anak2 membesar.. utk melayari hidup ini walaupun kadang2 ujian dtg melanda tanpa memberi 'signal'..ngee~~~

Abg Izz makin nampak ciri2 kepimpinan sebagai abang yg sulung.. boleh diharap utk menjaga adik2.. sampaikan asyik nak dukungkan Hilmi Asyraf tak kira tempat.. dalam kereta.. time gi shopping.. time makan.. dok kat rumah pun sibuk nak jaga baby.. walau kadang2 pe'elnya tu ada yg membuatkan temperature mama naik mendadak... huhuhuhu...

Tak kira lagi dgn pe'el Mirza.. pantang jalan2 ader2 jer yg spoilkan mood.. merajuk kalau x dpt brg yg dia nak.. setiap kali keluar.. bukan sekali sekala perangai dia tu menjadi mama HOT.. hehehe.. sabau jer laaa.. kerenah yg kdg2 buat mama & papa gelak.. dan meradang...

Irfan haziq yg keletah.. petah dan manis... kdg2 buat mama tak dpt layan semua pertanyaan dia.. & semua yg dia mahukan.. lg laa menjadi2 dia punya manja.. sbb mungkin jeles dgn baby.. heheh

Hilmi Asyraf.. dah pandai meniarap.. pandai bergurau dan paling suka berjalan.. dia sanggup berlapar sbb nak jalan2.. Anak2 mama memang hebat2 belaka..

Apa2 pun.. mama harap dan berdoa.. anak2 mama sentiasa berada di bawah lindungan Allah SWT.. dikurniakan pemikiran dan akal yg bijak serta lidah yg fasih utk menghafal ayat2 suci al-Quran.. dan dianugerahkan cahaya keimanan...

LovE All My HerOes!!!...

Tiada ulasan:

Catat Ulasan