Jumaat, 5 Februari 2010

Curahan Rahsia Hati Buat Suami Tercinta...

Suamiku, pendamai jiwa….
Sayang ini semakin bercambah..
Kasih ini makin mekar berkembang
Cinta ini makin teguh dan kukuh di hati

Suamiku, pelindung ku…
Ku harapkan limpahan kasih dari mu seperti air mengalir
yang berterusan dan tidak pernah kering...
Ku dambakan cinta dari mu terus berkembang... mewangi..
Ku impikan diriku tetap bertakhta di hati mu..

Suamiku,jiwa raga ku...
Kita bina istana ini dengan cinta yang tulus
Ku harapkan ia kukuh dan teguh
Ku doakan agar istana ini cekal menghadapi dugaan
Tabah mengharungi setiap percaturan hidup

Suamiku, raja hatiku,
Setiap nafasku, hanya untuk mu..
Setiap detik jantungku terfikirkan mu..
Setiap saat waktu berlalu, ku harapkan kita kan terus bersama
Suamiku, sahabat, kekasih dan pendampingku...
Terima kasih kerana ikhlas mencintai aku..
Terima kasih kerana tidak pernah menyakiti ku..
Terima kasih kerana hidup dengan ku..
Terima kasih sudi menjadi pendengar yang setia
Terima kasih menjaga dan melindungi ku..
Terima kasih kerana warnai dan penuhi hidup ku dengan CINTA DAN KASIHMU

Tiada ulasan:

Catat Ulasan